Assalamualaikum! Hari ini mak teh tersangatlah letih. He, he, kalau anak-anak buah mak teh dengar ni tentu mereka akan kata, " Namapun mak teh tentulah letih!". Nak tahu kenapa mak teh letih sangat hari ini? Awal pagi lagi rutin mak teh macam biasalah yang pernah mak teh ceritakan dulu tu. Selepas mengajar iaitu pukul 11 am mak teh pergi beli buku-buku dan alat tulis tambahan untuk 3 orang pelajar baru. Kemudian balik makan lunch. Lepas tu pukul 3 pm pergi K.L. bawa pelajar-pelajar baru lelaki, (satu dari Temerloh, satu dari Raub dan satu lagi dari luar Negara orang putih) tempah jubah uniform sekolah kami. Dah sampai K.L. tu sambil pergi beli keperluan lain untuk mereka dan yang di order oleh pelajar-pelajar perempuan.(Oh ya, pelajar perempuan yang latest addition adalah dari Kemamang, Ganu) Kemudian lepas maghrib pergi Giant beli roti dll untuk breakfast.
Selepas Isya mak tehpun berehatlah, sedang berehat itu, mak teh hairan tengok anak-anak yang berkerja (dari K.L.) pulang awal. Selalunya mereka pulang lewat malam. Rupa-rupanya mereka telah mengaturkan mesyuarat keluarga untuk membincangkan mengenai majlis yang bakal dilangsungkan. Itulah, dahlah mak teh penat sehari, mereka suruh mak teh join mesyuarat mereka pulak. Penat lagilah kepala mak teh ni, banyak nak difikirkan. Nasib baik mesyuarat berlangsung atas katil mak teh. Bolehlah mak teh rehat-rehat sambil beri idea. Mereka telah melantik Kin sebagai wedding planner dan Ude sebagai designer and Zed pula sebagai co-ordinator majlis. So mak teh dengan Pak Haji keluarkan belanja kenduri dan jadi host sahaja. Yang lain mereka akan uruskan. Alhamdulillah! nampaknya tak sia-sialah mak teh dan Pah haji melatih mereka dari kecil lagi handle functions yang selalu kami buat zaman dahulu.
Mak teh baru dapat tahu rupa-rupanya mak teh ni ada ramai juga silent follower yang baca blog mak teh ni. Selepas entry yang baru lepas tu, adalah beberapa orang yang telefon mak teh excited mengucapkan tahniah sebab mak teh nak menerima menantu. Kemudian mak teh dapat warning dari anak-anak iaitu friends mereka dan saudaramara BB pun baca blog ni. So mak teh kena lah hati-hati apa yang nak ditulis. Alahai, mak teh ingatkan orang tak baca blog mak teh ataupun orang tak kenal mak teh pun.
InsyaAllah, inilah senarai yang akan bersama rombongan mak teh on 1st may nanti: pertama mengepalai rombongan sebagai spokesman ialah Datuk A and Tok Puan J ( my husband's cousin and wife ), kemudian Second Brother and SIL, then younger sister and BIL follwed by husbands youngest sister and BIL, then my good friend Mazz and my good neighbour Kak Z, then Tok Su and son and daughter, then our family members (11 less Yana n Lia n the BP, jadi 8 ). I received the feedback (after I wrote in last entry saying that we will be bringing 7 dulangs ), that we are supposed to bring 5 dulangs only for the bertunang. However according to my family tradition we always bring 7 dulangs,(my grandma had always insisted that we bring 7 dulangs for such occassion. So in this case the other 2 we will bungkus je, no problem, tradition can always be adapted to the local condition. He, he,jangan marah )
I hope whatever I have written in my blog would not have caused anybody to be upset or any misunderstanding. Please take it with humour and in good nature! Thank you for following my blog!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Alhamdulillah, anak-anak Mak Teh semuanya boleh diharap - tak adalah pening kepala nak fikir macam-macam.
ReplyDeleteHopefully the majlis berjalan lancar dan diberkati Allah.
Kepada silent follower tu, drop lah a word or two baru lagi meriah blog mak teh ni hehehehehe..
Salam Mak Teh
ReplyDeleteTahniah pB ucapkan sebab tak lama lagi dah nak dpt menantu.
pB doa doakan agar majlis akan berlangsung dengan sempurna ...
Alhamdulillah. Tumpang seronok dengar Mak Teh nak menerima menantu. Bertambah besarlah lagi ahli keluarga. Nanti jangan jadi macam Mak Dara dalam cerita P Ramlee 'Ibu Mertuaku' tu sudahlah ya Mak Teh? Hahahaha...jangan marah, saya bergurau saja!
ReplyDeleteOO, Alhamdulillah! Anak-anak mak teh sememangnya orang yang suka buat function or kenduri. Dapat perangai keturunan tok nenek macam tu. Ada-ada je kenduri or makan-makan yang nak di buat setiap tahun beberapa kali. He,he, Tambahan pula Zed ada degree in Hotel management. Ude memang a designer and Kin suka plan, he, he, he! Mak teh and Pak haji suka jadi host. Doakan semuanya selamat.
ReplyDeletePb, terima kasih atas doa anda. Sebenarnya Majlis Perkahwinan tu lambat lagi. Yang terdekat ni baru majlis pertunangan. Mak teh ni jenis riuh sekampung mengenai perkara macam ni.
ReplyDeletemak aji, terima kasih atas ucapan dan doa mak aji. Mak teh excited sebab BM yang pertama. Jangan bimbang mak teh akan jadi MIL yang ideal, insya-Allah. Jenis mak teh ni tegur orang anak menantu berdepan dan fikir dulu sebelum menegur orang. He, he , baguskan?
ReplyDeleteBestnya nampak majlis tu nanti . I yang baca rasa teruja macam I pulak nak terima menantu ...:)
ReplyDeleteada student baru dari kemaman ye... INsyaAllah bertambah maju sekolah makteh.
Tahniah Mak Teh, nak tambah ahli keluarga. Projek besar ni, nasib baik anak2 boleh harap kan...
ReplyDeleteStill ada new students join sekolah? Alhamdulillah....
Sarina sudah ada pengalaman menerima menantu sebab tu lah boleh rasa teruja.
ReplyDeleteTQ! mamamia, yes, projek macam ni memang dikira project besar. Tetapi mak teh rasa kita nak buat sederhana sahaja.
ReplyDelete