Beberapa tahun yang lalu ada perselisihan faham diantara aku dan seseorang. Tengah hari tadi kami mendapat berita dia sedang sakit tenat. Kami batalkan hasrat nak keluar outstation, Pak haji dan anak-anak pergi menziarah pesakit itu kerana beliau merupakan saudara yang dahulunya sangat rapat dengan kami. Aku tidak pergi kerana takut kehadiranku akan menggugat ketenteraman pesakit itu.
Apabila aku flash back mengenai kisah kami yang lampau, aku kenangkan zaman perhubungan persaudaraan yang baik diantara kami. Anak-anak sangat mesra dan sayang akan dia ini. Jadi petang tadi, ( setelah Pak haji dan anak-anak pergi ziarah ) dan aku tinggal bersaorangan, aku telah berfikir cerita flashback itu. Lalu dengan hati yang lapang aku telah memaafkan saudara ini atas kesalahannya yang telah melemparkan kata-kata kasar terhadapku. Akupun tidak faham dan tidak tahu punca kenapa dia tidak suka akan aku dan sejak bila dia berubah begitu. Hatiku pada masa itu sangatlah hancur dan sedih bila mendengar orang ketiga menceritakan perkara-perkara yang dikatakan terhadap aku. Sejak dari hari itu kami tidak pernah bertegur sapa lagi.
Aku tidak pernah berdendam terhadapnya tetapi merasa sedih. Pak hajipun kena hentam juga tetapi tak pernah memberitahu aku tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kapadanya. Tidak lama selepas kejadian itu kami dapat berita yang dia ni mengidap kanser. Pak haji memaafkannya dan membawa anak-anak mengunjunginya. Kami kesihan pada dia kerana dia tidak ada anak-anak atau waris yang sanggup menjaganya. Allah saja maha mengetahui kenapa perselisihan faham itu berlaku, kalau tidak tentu saja dia akan datang tinggal dirumah kami dan kami akan menjaganya. Dia pernah tinggal bersama kami zaman kami muda dahulu kerana kami membantu diantara satu sama lain kerana Pak haji dan dia sama-sama menganggap saperti adik beradik saudara yang berkongsikan nenek dan atuk yang sama.
Tahap sakit saudara Pak haji itu sangat kritikal. Walau apapun yang telah berlaku sekiranya tidak ada orang menyanggupinya kami akan terima kewajipan yang mungkin akan jatuh kebahu kami.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Kesian pulak dengar pesakit terlantar kesakitan tanpa saudara2 terdekat. Semoga saudara Pak Haji diringankan kesakitannya dan elok juga dia bawak anak2 datang melawat pesakit.
ReplyDeleteMemberi maaf tu sesungguhnya susah dan syukur you've done one of the toughest things.
Ya, memang mak teh bersa sangat kesian kapada saudara yang terlantar sakit itu. Alhamdulillah setelah mak teh maafkan dia terus mak teh teringat perkara-perkara yang baik dahulunya berlaku diantara kami. Selepas itu mak teh rasa reda apa yang telah berlaku (tentu ada hikmahnya ) dan bersedia mengambil tanggungjawab mengikut apa yang di takhdirkanNYA. Insya-Allah.
ReplyDelete