Pak Haji dan anak kami Alan sangat suka memelihara kambing. Namun kami tidak ada kesempatan nak membela kambing-kambing sendiri. Jadi sudah 2 kali Pak haji cuba membelanya, pertama (beberapa tahun yang lalu) menggajikan seorang sepupu pak haji. Malangnya orang itu telah menjualkan kambing pak haji itu tanpa pengetahuan kami dan wang hasil jualan pun tidak sampai kepada kami. Kali kedua, tahun lepas pak haji beli lagi 2 ekor ibu dan 3ekor anak kambing dan pawah kepada seorang bekas pekerja kami yang sangat amanah. Namun setelah kambing-kambing itu membesar dan membiak, sisuami tidak suka dia meneruskan pekerjaan memelihara kambing itu dengan memberi beberapa alasan. Kerana kesiankan bekas pekerja yang kami anggap seperti saudara sendiri, pak hajipun dengan berat hati nmelepaskan sekandang ( 7 ekor) kambing-kambing itu untuk dijual (pagi tadi telah berlaku penjualan itu). Sekarang saya masih terbayang wajah kambing-kambing yang comel-comel itu. Favourite Yanna (masa dia pulang malaysia dulu ) ialah dua ekor anak kambing comel nama Choco dan Latte. Alahai sayangnya kambing-kambing tu! ( Nanti kemudian nak cuba post gambar Yanna dengan kambing-kambingnya)
Mak teh dan Pak Haji tak jadi pergi Kelantan lagi sebab terlalu banyak kerja. Semalam ada tetamu istimewa datang ke Sekolah kami. Tetamu itu telah membawa kueh-kueh lazat untuk warga MTAQSA. (Syukran Jazilan!) Pagi ini pula ada lagi tetamu istimewa datang melawat kerana mereka hendak buat laporan mengenai sekolah ini berikutan permohonan kami untuk mendapatkan sebuah Van dari sebuah Syarikat multi nasional. Alhamdulillah mereka sedang memproseskan permohonan itu yang telah diluluskan oleh orang yang ada kuasa meluluskan. Dengar-dengar cerita insya-Allah dalm bulan Mac dapatlah. Eeee! Bagusnya bila dapat nanti, tentu cantik sebab akan dilukiskan logo syarikat itu dan logo setr lambang kata-kata sekolah kami. Kami bercadang hendak menjemput YAB Tan Sri (tak boleh sebut lagi kena dapat persetujuan beliau dahulu) sebagai penasihat MTAQSA menerimanya bagi pihak kami. (Promosi...kan!)
Sehari dua ini mak teh tak punya kawan. Kawan baik mak teh Mazz telah pergi outstation, ke Labuan. Katanya balik nak kontek mak teh tetapi belum dapat kontek dia. Kawan mak teh yang lagi satu Mak Long, dia balik kampung tak balik ke PJ lagi. Mak teh nak ajak dia ikut kami pergi kelantan, so call dia rupanya masih dikampung sebab ada kematian. Kesian mak long dia memang teringin sangat nak ikut mak teh ke kelantan sebab K.B tempat dia tinggal masa dia sekolah rendah dahulu. Lepas tu dia berpindah ke kedah, lepas tu berkahwin masa umur 16 tahun. Dia berkahwin dengan Pak Long sepupu emak saya. Sepanjang perkahwinan dia bawah cotrol Pak Long agak terkongkong tinggal jadi suri rumah sahaja. Tiap kali kami cakap nak ke Kelantan dia amat ingin ikut sama tetapi tidak berani minta kebenaran suaminya. Sekarang Pak Long sudah lebih setahun meninggal, jadi inilah masanya kami nak bawa dia ke Kelantan menjenguk kawan-kawan yang dah hampir setengah abad dia tak berjumpa. Kesian mak long! ( Mak long mailah balik segera boleh ikut kami, he, he... tolong beritahu dia ada geng mak long yang baca blog ni kan ? )
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Hehehehe..Mak Teh sempat ke makan lagi kuih seri muka pulut hitam tu? atau dah habis? Alhamdulillah kuih tu sedap ikut selera mak teh dan pak haji...
ReplyDeleteAlhamdulillah again for the good news on the van. Syukurlah. Nanti dah dapat School Van tu boleh proudly letak on MTAQSA's website.
Tentu sayang kambing2 peliharaan tu. I can imagine how hectic both of your schedules and I am actually amaze with your capabilities to run the school with minimal help. Mana ada masa lagi tu nak bela kambing.
SEmoga bertambah murah rezeki Mak Teh..
ReplyDeleteOO, Alhamdulillah, ada lagi kuih serimuka badannya hitam tu lebih untuk mak teh sebab banyak kan? Kuih yang lagi satu tu habis awal-awal lagi, he, he. Syukran jazilan! Terma kasih daun keladi!
ReplyDeleteItu yang Pak haji kata, mana ada masa nak fikir pasal kambing tu so dia lepaskanlah saje untuk dijual. Katanya lagi, diantara bela kambing sekandang baiklah bela anak-anak tahfiz ini. Betul juga kan?
Ameen! Terima kasih diatas doa mamamia. Allah telah membuka hati ramai hambanya membantu kami. Doa anda adalah merupakan satu bantuan kepada kami. Insya-Allah kami akan terus berusaha. Jazakallah!
ReplyDeleteAssalamualaikum Mak Teh, baru balik dari outstation & baru dapat bukak blog Mak Teh. Alhamdulilah, tumpang gembira bila baca ada syarikat perihatin yang sanggup nak menderma van untuk sekolah Mak Teh dan Pak Haji. Memang rasa dah lama tak jumpa Mak Teh, rasa rindu nak catch up with all the news. Bila agaknya Mak Teh free???
ReplyDeleteWaalaikumsalam Mazz, sedang sibuk sangat. Memang dah lama kita tak berjumpa untuk sembang panjang-panjang. We will confirm a tea appointment ok?
ReplyDeleteSaya doakan semuanya berjalan lancar .. saya pun tak sabar nak lihat wajah kenderaan baru sekolah makteh tu.
ReplyDeleteI suka anak-anak kambing . memang cute :)
Berkenaan anak yatim ( sahabat kami di Paka tu ), buat masa ni masih terlalu awal untuk kami nak berjumpa . mereka perlukan sedikit masa untuk membina kekuatan hati dan perasaan ditinggalkan suami dan bapa tercinta. InsyaAllah bila dah tiba masanya kami akan cuba bertemu dan berbincang tentang rancangan yang mulia ini.