Assalamualaikum! Bila baca kisah nenek tua yang nak bertanding pilihanraya, aku terus teringat akan ibuku dikampung. Ibuku berumur muda sedikit dari nenek calon pilihanraya itu. Namun ibuku sudah uzur dan tidak bercakap kisah politik lagi, dia hanya banyak bercakap kisah ibadah atau mati. Di umur mudanya lebih setengah abad dia mengabdikan diri kepada masyarakat mengajar Al-Quran di kampung kami. Dia mula mengajar sejak berumur 10 tahun. Itu tidak menghairankan kerana zaman dahulu ramai orang-orang dewasa tidak pandai membaca Al-Quran dan terlalu kurang orang yang celik Al-Quran.(zaman awal abad 20) Lagi seperkara ibu adalah anak Tok Guru Haji Ibrahim yang membuka pondok di Perak Utara dekat Lenggong. Kemudian bapanya meninggal semasa dia berumur 6 tahun. Dia dan ibunya pulang ke Kedah tinggal di pondok bapa saudaranya Tuan Guru Haji Hussain.
Semaza zaman semangat kemerdekaan dia sangat aktif dan terlibat secara lansung membantu pergerakan Seberkas dan kemudian Umno di Kedah. Dia bukanlah barisan Hadapan wanita Umno tetapi dia adalah tunggak dibelakang. Seorang bapa saudaranya yang aktif dalam politik telah berkata kalaulah ibu seorang yang berpelajaran sudah tentu boleh jadi Menteri. Saya masih ingat dibawa ibu ke majlis-majlis dan mesyuarat umno. Ibu lah yang akan sanggup membuat segala kuntum bunga-bunga rosset untuk pergerakan umno masa itu mencari dana meminta derma. Namun apabila Umno menjadi parti perikatan ibu telah berundur diri dari aktif dalam umno.
Selepas itu dua bapa saudaranya yang dia kasihi, tempat dia bermanja, telah masuk bertanding. Seorang adalah kuat UMNO dan yang seorang lagi diletakkan sebagai calon PAS. Itu yang membuat ibu serba salah dan terus memdiamkan diri dari semua pergerakan politik. Kampung kami menjadi terbelah dua, seberang jalan UMNO dan sebelah kami PAS. Walaupun begitu kalau ibu buat majlis kenduri akan dihadiri oleh kedua-dua belah pihak. Perang mulut berlaku pada zaman itu sehingga aku jelak mendengarnya. Dalam hati kecilku "sampai bilalah orang melayu bansaku nak bersatu".
Alhamdulillah dikampungku sekarang ini generasi yang muda sudah pandai membawa diri. Sudah tidak ada perang mulut yang bodoh dan generasi baru ramai yang berkahwin pasangannya dari kem parti yang berlawanan itu. Nampaknya anak-anak yang mereka lahirkanpun lebih bijak. Oleh itu aku berharap mereka-mereka generasi yang baru ini bijaklah berfikir memilih wakil mereka nanti.
Berbalik kepada ibuku, dia tidak menggalakkan anak-anaknya menceburi politik. Kalau ada anak-anak buahnya masuk politik dia doakan kejayaan sekiranya orang itu buat yang betul. Di saat orang demam pilihanraya ini aku teringatkan ibu yang uzur dan kesaorangan di kampung. Hidup ibuku telah banyak berbakti kepada kami dan masyarakat dan tidak perlulah dia menjadi calon. Insya-Allah, aku akan meneruskan perjuangan ibu memertabatkan ilmu Al-Quran. Semoga ibu sentiasa bahagia dan dalam pemeliharaan Allah SWT. Ameen!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Hanya orang-orang yang betul ikhlas jer boleh terjun ke bidang politik ni. Kami adik-beradik buat masa ni pun tak minat nak terjun ke bidang politik ni.
ReplyDeleteSaya pun berdo'a agar satu hari umat Islam akan bersatu!
makteh,
ReplyDeleteAssalamualaikum wrt wbt,
salam ziarah. saya bloghop dari blog OndeOnde.
bila baca blog makteh ni, saya rasa saya kenal makteh, dan rasanya kita dah pernah berjumpa beberapa kali kerana saya dah pernah datang rumah makteh (kalau tak silap orang lah)...
OO, ramai yang gila nak masuk politik sekarang ini menyatakan kerana perniagaan mereka. Mak teh pernah terkejut dan tergamam apabila mendengar anakbuah ibu saya berkata demikian. Sekarang mak teh tak terkejut lagi kerana rupa-rupanya itu lah motif kebanyakan mereka yang berjuang itu kerana poket mereka. He, he jangan marah kalau terkena batang hidung setengah pembaca.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Nurazzah, selamat datang keblog mak teh. Memang tak salah lagi mak teh adalah orang yang Nurazzah kenal itu. Sudah lama mak teh nampak Nurazzah dalam blog kawan-kawan blogger lain dan mak teh tahu siapa anda. He,he silalah datang rumah bawa anak anda yang suka sphagetti mak teh tu. Ingat tak?
ReplyDeletehehehe makteh, mestilah saya ingat, anak saya cium bau aje dah tau spagetti makteh memang sedap....
ReplyDeletesaya dah link blog makteh ke blog saya...senang2 sudilah singgah ke rumah/blog saya....
macam re-union pulak mak teh and kak azzah :)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteBoleh bayangkan betapa aktif ibu makteh masa muda-muda dulu, yelah hidup di kala negara bertungkus lumus mahu mencapai kemerdekaan. Banyak jasa orang dahulu .
btw, nurazzah juga adalah rakan saya ,dia pernah singgah rumah saya di Jordan dulu dan saya jugak kenal rapat dengan anaknya Asma' yang sama belajar dengan Alia... kecik dunia ni kan... :)
OO, berkenalan dalam blogpun boleh menjadi sahabat! Dah kenal di dunia luar ni kalau nampak dalam blog mesti boleh kenal gak! Best kan?
ReplyDeleteNuazzah, Insya-Allah nanti senang saya singgah.
ReplyDeleteSarina, masa zaman tu mak teh baru berumur 5 tahun. Itu yang ibu mak teh heret sana, heret sini bawa semua majlis dan mesyuarat UMNO. Jadi kiranya masa tu mak teh dah aktif politiklah! So bila berkenalan dengan ahli politik sekarang (berdepan ke, melalui media ke) mak teh boleh tahu - sekilas ikan diair dah tahu jantan betinanya! He, he, he. Depa tak boleh chong!
ReplyDelete