Friday 21 March 2008

Hari Jumaat selepas Maulidur Rasul

Assalamualaikum! Semalam hari Maulidur rasul dan sekolah kami cuti. Namun pelajar-pelajar tidak dibenarkan pulang, mereka berada diasrama. Pukul 7.30- 9.30 seperti hari-hari lain mereka mentasme' hafalan Al-Quran mereka dihadapan ustaz. Kemudian mereka rehat sebentar. Selepas itu Pak haji memberi ceramah maulidur rasul kepada mereka hingga pukul 11.00 pagi. Pak haji menceritakan sirrah nabi untuk menanamkan kecintaan kepada Rasulallah SAW. Kelebihan Pak haji dalam hal ini ialah dia mengetahui terperinci riwayat nabi dan boleh mengalirkan air mata apabila mengingati Rasulallah sedangkan saya belum boleh berbuat demikian!

Hari ini saperti hari-hari Jumaat lain, pelajar-pelajar termasuk pelajar perempuan telah dibawa ke Masjid Negri untuk menunaikan solat subuh. Keutamaan solat subuh Jumaat ialah untuk melakukan sujud sajaddah iaitu apabila imam membaca surah Assajaddah semasa berdiri di rakaat pertama, tiba diakhir satu ayat itu kita akan sujud serta membaca doanya dalam sujud itu. Sujud sajaddah ini amat bermakna bagi orang yang memahaminya terutama yang memahami makna ayat yang dibaca itu akan mengalirkan air mata. ( Dalam satu post yang lama dulu telah saya ulaskan perkara ini).

Selepas sessi bacaan Al-Quran hari ini, pukul 9.30-11.00 pelajar-pelajar pergi ke kelas Khat. Mereka belajar menulis khat dari seorang ustaz pakar selama satu setengah jam tiap minggu. Kami dapati ada beberapa orang pelajar kami yang amat berpotensi dalam bidang seni menulis khat ini. Namun kebanyakkan pelajar kami mempunyai tulisan yang cantik apabila mereka menulis Al-Quran setiap hari. Pernah ada seorang pelawat menangis melihat tulisan Al-Quran pelajar-pelajar kami.

Sebentar tadi jam 11 pagi pelajar-pelajar berehat dan di hidangkan dengan roti arab toast butter cicah kari ayam. He,he sudah pasti, habislah mereka makan hingga menjilat jari. Sekarang sementara mereka akan berehat sebentar dan jam 11.30 pelajar-pelajar leleki akan bersiap-siap untuk ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat Jumaat. Untuk tujuan solat jumaat ini mereka sediakan sepasang jubah yag putih bersih seta berkopiah dan serban putih. ( kami galakkan mereka berpakaian bersih kerana ramai orang akan memerhati pelajar-pelajar kami-- tak tau kenapa mereka memang menarik perhatian orang . Kerana itu juga kami sentiasa berpesan mereka supaya sentiasa berkelakuan baik ) Jam 12.00 tengah hari Pak haji akan bawa mereka ke Masjid dengan menaikki Hiluxnya berualang alik (sehingga kami dapat Van yang akan dihadiahkan itu ).

Selepas solat Jumaat mereka makan tengah hari dan rehat sebentar. Pada tiap minggu Jam 4.00 petang Pak haji akan bawa mereka ke Perpustakaan Negeri. Mereka disitu hingga jam 6.00 petang.Mereka di galakkan membaca buku-buku sebanyak mungkin dan mencatitkannya dalam buku Nilam mereka. Mereka menunaikan solat asar mereka di perpustakaan. Tetapi pada hari ini mereka tidak akan dibawa ke Perpustakaan kerana mereka perlu rehat, sebab malam nanti ada majlis lagi yang akan mereka ikuti.

Malam ini pelajar-pelajar akan di bawa ke Masjid negeri lagi untuk solat Maghrib dan Isya kerana ada majlis ceramah khas Maulidur Rasul. Besok pula mereka akan lakukan aktiviti ko-kuriculum mereka iaitu memanah yang sangat mereka minati. Pada hari ahad pula mereka di jemput membaca Yassin dan tahlil di rumah seorang pegawai yang telah bersara.

Begitulah ringkasnya hari-hari yang dilalui oleh pelajar-pelajat kami. Walaupun hari ini dan besok merupakan hari cuti hujung minggu mereka jadual mereka sentiasa padat. Walaupun jadual mereka padat, Alhamdulillah pelajar-pelajar kami kelihatan sihat dan ceria. Itulah caranya kita hendak menjadikan mereka orang yang cemerlang untuk hidup dunai dan akhirat. Mereka tidak boleh lalai walaupun seketika! Wallahua'alam!

12 comments:

  1. The book that you recommended long time ago (rasa macam dah lama) i.e Muhammad by Martin Lings is a very good book, tentu banyak lagi buku lain yang boleh di baca.

    Saya masih belum berkesempatan nak buat sujud sajdah - nak buat sendiri tak hafal surah sajdah!

    Anak2 tahfiz sememangnya ada aura tersendiri - tentunya itu salah satu mukjizat Al Quran yang mulia. Muka mereka berseri2 dan bercahaya.

    Setiap kali I read a posting like this, it reminds me to check on myself. TQ Mak Teh.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah anak-anak ini mendapat didikan yang terbaik dan bersepadu. InsyaAllah mereka semua menjadi anak-anak yang bertaqwa, sihat dan cerdas.

    ReplyDelete
  3. Bragging ???? Sapa yang kata tu memang pelaq. Kami ni masih khayal dalam hidup, hidup hanya untuk perut kami dan tak der masa nak berbakti pada jalan Allah.

    Kalau makteh tak cerita pasal pak haji ulang alik masjid bawak pelajar pi jumaat, kalau makteh tak habaq mai pasai pak haji dok ulang alik bawak pelajar pi perpustakaan, kami tak kana tau kisah2 macam ni ada di dalam masyarakat.

    Kami nak tau..kami nak tau ada lagi orang2 yang dok buat benda benda macam ni dengan nama ugama Islam.. Kami yang ulang alik pi shopping centre, pi panggung wayang ni nak tau pasai pak haji.



    Kami nak tau pasai ada lagi anak2 muda kita yang mau belajaq ilmu Allah. Kami nak tau depa makan apa, depa pakai apa, depa pi mana..

    Kami nak tau pasai semua nih..

    Sapa yang dok kata makteh bragging tu memang mangkuk hayun. kami ni, nak pi ulang masjid seminggu sekali pun payah...

    Ustat Adiejin...heheh

    ReplyDelete
  4. Bila anak-anak tak di sogokkan dengan perkara melalaikan, hati mereka bersih. Belajar pun senang dan mereka takde teringin dengan benda-benda duniawi ni. Neeza wish sangat anak2 neeza bersekolah kat tempat macam tu Mak Teh...

    ReplyDelete
  5. Salam mak teh,
    cerita2 mak teh semua menarik minat umie... apa lagi pendidikan yang mak teh berikan pada pelajar2 mak teh tu... sekurang2nya boleh di jadikan panduan kepada ibu bapa sekarang yang selalu sibuk dgn tugas harian...
    Terimakasih mak teh...

    ReplyDelete
  6. OO, mak teh pun nak ulang lagi baca buku Martin Lings tu untuk kali ke 3. Tiap kali baca masih minat tak jemu membaca riwayat hidup Rasulallah SAW.

    Sujud sajaddah lazimnya dilakukan di masjid berjemaah pada subuh jumaat sahaja mengikut sunnah nabi.

    Pelajar-pelajar kami memang beruntung kerana mereka dapat mempelajari dan melakukan semua ibadah termasuk yang sunat. Saya sendiri pun kadang-kadang tak dapat melakukannya kerana urusan menguruskan mereka umpamanya solat dhuha kadang-kadang saya tak sempat lakukannya.

    ReplyDelete
  7. Sarina, itulah tujuan kami nak berikan mereka pembelajaran ilmu dunia dan akhirat. Insy-Allah mereka akan boleh bertazkirah dalam bahasa Melayu, English dan Arab. Mereka akan jadi professional yang ada ilmu agama.

    ReplyDelete
  8. Adik Jin, seronok baca komen adik jin! Thank you! Manalah mak teh tau jin pun suka baca kisah orang macam kami ni. Tapi dah baca apa yang adik jin tulis mak tek rasa naik bersemangat nak menulis lagi, nak beritau macam-macam lagi yang kami lalui. Moga ramai lagi orang jadi macam adik jin tertarik dengan tulisan ini.

    Tahukah adik Jin dalam surah Jin ada berceritakan ada Jin ( yang Islam lah ) yang suka mendengar orang membaca Al-Quran. Katanya dikalngan mereka pun ada yang tertarik mendengar ayat-ayat suci.

    Jadi kalau kita membaca Al-Quran malam-malam ada dua makhlok lain yang mendengarnya iaitu Jin dan Malaikat. Kita manusia amat beruntung kerana kita sahaja yang di ajar Allah SWT membaca. Nanti lain masa mak teh ulas lebih panjang dalam post mak teh akan datang.

    Semoga adik jin mendapat sedikit faedah dari blog ini. Terima Kasih!

    ReplyDelete
  9. Neeza, Alhamdulillah! Semoga niat neeza yang murni itu tercapai. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  10. Umie, terima kasih melawat mak teh di blog ni. Datanglah selalu kalau nak dengar banyak cerita lagi. Yes! pelajaran dan didikan anak-anak adalah sangat mustahak terutama pendidikan agama. Dan perkara ini perlu bermula dari anak-anak itu kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh hendaklah dari rebungnya lagi.

    ReplyDelete
  11. Untung anak2 ni, masa mereka padat terisi dgn benda2 yg bermanfaat.

    Mak Teh, do continue blogging. Saya suka baca cara Mak Teh & Pak Haji run the school. Mana yg terdaya saya cuba ambil sikit2 & praktikkan dgn anak2 saya.

    ReplyDelete
  12. Mamamia, Mal teh dan Pak haji telah mendidik anak-anak macam tu. Cuma anak-anak yang terdahulu kurang penekanan Al-Quran dan pelajaran agama. Hanya mulai anak yang ke 5 sahaja kami menyedari hal ini.

    Semua anak-anak kami diajar berdikari, berdisiplin dan outdoor activities. Mereka boleh berenang, memanah dan menunggang kuda. Namun aktiviti sebegini kosnya tinggi dan tidak mudah didapati.

    Oleh itu apabila buka sekolah ini kami nak didik pelajar-pelajar ini seperti kami telah mendidik anak-anak kami serta memberi peluang kepada mereka melakukan aktiviti tersebut.

    Insya-Allah, dari pengalaman kami mereka akan dapat pendidikan yang terbaik.

    ReplyDelete