Assalamualaikum!
Kebelakangan ini kami adik-beradik sentiasa berulang alik ke Kedah kerana ibu kami sedang uzur. Ditambah pula dengan dugaan Allah keatas kami kerana berikutan ibuku masuk hospital abang sulung pula disrang demam dan sekarang dalam keaadaan yang serius. Semoga kami tabah menghadapi apa yang di takdirkan Allah.
Sayang kami kepada ibu adalah seperti orang lain sayang kepada ibu mereka. Tetapi sayang kami kepada abang mungkin berbeza dari orang lain kerana abang telah menyara kami setelah ayah meninggal dunia. Semasa itu abang berumur 21 tahun namun beliau terpaksa memberika segala tumpuannya kepada kami 8 orang adiknya. Abang memberi segala wang gajinya untuk menyara kami sehinggalah 10 tahun sehinggalah abangku yang kedua mengambil alih tugas itu. Seterusnya setiap orang diantara adik-beradik yang bekerja akan menyumbang kepada keluarga besar kami.
Kepulangan aku baru-baru ini mendapati ibuku amat lemah tetapi beransur pulih. Alhamdulillah beliau sudah mahu minta makanan. Sebelum ini sudah beberapa hari beliau tidak makan. Jirannya berpendapat mungkin kepulangan ramai anak cucu menziarah beliau menceriakannya dan membantunya beransur pulih. Kami bergembira melihat perubahan positif kesihatan ibu.
Namun kami sangat bersedih melihat keadaan Abangku yang semakin merosot tahap kesihatannya. Kami dapati pihak hospital tidak segera memastikan penyakit yang beliau hadapi. Pihak hospital juga tidak bersikap customer friendly walaupun mereka hospital berbayar. Macam-macam perkara yang kami berasa tidak puas hati terhadap hospital dan kakitangannya.
Setelah 2 minggu di hospital swasta itu kami mengambil tindakan nekad mengeluarkan abang dari hospital itu dan masukkannya ke Hospital Kerajaan. Alhamdulillah suasana dan perkhidmatan di hospital kerajaan ini memuaskan. Kami dan keluarga abang dapat sentiasa bersama disisi beliau semasa beliau dalam keadaan tenat ini. Berbeza dari hospital swasta itu sekurang-kurangnya kami dapat bersama abang dan membaca surah-surah Yassin dan berdoa serta membisikkan doa-doa ketelinganya. ( Hospital swasta itu tidak benarkan kami bersama Abang melainkan masa lawatan dan masuk sorang sahaja dalam ICU, walaupun isteri tidak boleh masuk diwaktu lain.. bayangkan kebimbangan kami semua )
Sehingga pagi tadi aku dapat lapuran abang masih dalam keadaan tenat. Esok aku akan pulang lagi melihat Abang. Walaupun dalm keaddan begitu abang masih kenal dan memanggil namaku sebaik menyedariku disisinya. Sama-samalah kita berdoa semoga Abang akan di sembuhkan Allah dan di beri keringanan atas apa jua dugaan yang beliau sedang hadapi. Ameen!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Memang kalau Allah nak duga dia kan datang bertimpa2kan. Ummi doakan semoga ibu dan abang mak teh cepat sembuh.
ReplyDeleteThis is testing time.
ReplyDeleteSemoga saja Abang Mak Teh diberi keringanan menghadapi sakitnya sekarang. Mudah-an saja Allah memberi ganjaran terbaik terhadap apa yang telah sisumbangkan terhadap adik2nya dulu. Abang Mak Teh bernasib baik kerana adik2nya mengenang budi yang telah ditabur.
Ada orang tidak begitu bernasib baik, malah dilupakan. Apapun, budi yang ditabur bukanlah diminta untuk dibalas kan? cuma bila orang berbudi kita berbahasa, itu lebih mulia saya kira.
Alhamdulillah juga ibu Mak Teh dah mula berselera nak makan.
Mudah2an Allah juga bagi kesihatan dan permudahkan urusan Mak Teh dan Pak Haji sekeluarga.
Doakan maklang moga2 ibunda tercinta dan kekanda Mok teh yang dikasihi akan diberi kesihatan yang baik...Amin..Ya Rabbal 'Alamin...
ReplyDeleteTake care ye mak teh...kesihatan mak teh juga perlu dijaga...
Bersabarlah Mak Teh ye. Neeza tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Neeza boleh la cakap macam2 tapi hati Mak Teh lebih terasa kan... banyakkan doa.
ReplyDeleteInsyaallah, segala kesusahan akan mendapat keberkatan kemudian hari. Neeza juga doakan Mak dan Abang Mak Teh segera sembuh...
Ummi, mak teh pun rasa ini adalah dugaan Allah kepada kami sekeluarga. Mudah-mudahan ada hikmah dari dugaan-dugaan yang sedang kami lalui ini. Terima kasih.
ReplyDeleteOO, apa yang sedang berlaku amat berat terutama ke atas Abang. Kami hanya mampu berdoa semoga beliau sembuh semula dan diringankan kesakitannya.
ReplyDeleteMak lang, terima kasih diatas doa mak lang dan keprihatinan terhadap mak teh sekeluarga. Thank you.
ReplyDeleteNeeza, Insya-Allah mak teh boleh bersabar yang amat tak tahan melihat penanggungan yang Abang mak teh sedang lalui. Thank you for the doa.
ReplyDelete