Assalamualaikum!
Ramai orang setelah meningkat umur, terjaga dimalam hari lalu tidak boleh tidur semula. Seeloknya kalau terjaga malam bangunlah dan lakukan solat-solat malam. Ada juga orang sebut Qiamullail ( Bersolat malam ). Ada satu surah khas yang menyerukan kita berdiri/bersolat malam iaitu surah Al-Muzammil. Bacalah surah ini dan lihatlah maknanya. Masa yang paling bagus untuk kita bersolat malam ialah 1/3 akhir malam maknanya lebih kurang pukul 3.30 am hingga ke subuh.
Apakah yang kita perlu buat setelah terbangun? Bacalah doa baru bangun dari tidur.
Kemudian setelah bersuci ambillah wudhuk. Setelah ambil wudhuk tunailah solat sunat Hajat 2 rakaat, kemudian tunaikan solat sunat Tahajjud 2 rakaat, kemudian buat solat witir boleh 2 rakaat campur 1 rakaat, atau sekurang-kurangnya 1 rakaat sebagai penutup ibadah solat-solat malam. ( Ini untuk permulaan, banyak lagi jenis solat sunat yang boleh dilakukan di malam hari.)
Setelah selesai solat-solat itu, hendaklah berzikir. Zikir yang utama ialah beristighfar ( Astaghfirullahal'azeem waatubuilaih, Laaqaulawala khuuwataillabilla hil'aliyilazeem )sebanyak 100 kali. Selepas itu bersolawat atas nabi ( SAW ) sebanyak mana yang mahu atau 100 kali. Selesai itu kalau masih belum subuh bacalah al-Quran.
Tak berapa lama akan kedengaran azan subuh. Setelah menjawab azan dan membaca doa selepas azan, lakukan solat sunat Fajar 2 rakaat. ( solat sunat fajar ialah solat sunat sebelum solat fardu subuh, ganjarannya sangat besar, mendapat dunia dan seisinya ! Masya-Allah ! ). Selesai solat sunat fajar berdoalah dengan doa Rasullallah. Bunyinya dalam bahasa melayu begini: Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail, Tuhan Nabi Muhammad SAW aku berlindung dengan MU dari api neraka. Kemudian lagi satu doa yang disyorkan oleh para ulama' begini: Ya Allah ya Tuhanku janganlah aku menzalimi hambamu dihari ini, dapatlah aku menolong hambamu yang mazlum ( orang yang di zalimi ) dan dapatlah aku menunaikan hajat saudara muslimku lillahiTa'la! ( Doa yang kedua ini mendapat ganjaran seperti pahala orang menunaikan Haji, Wallau'alam )
Sebenarnya segala doa amat makhbul pada masa selepas solat tahajjud dan witir itu, begitu juga selepas solat sunat fajar. Berdoa lah banyak-banyak apa saja, Insya-Allah akan makhbulkan. Kalau kita baru nak mulakan amalan yang disebut tadi mulalah sedikit-sedikit dahulu mana yang rasa mampu, kemudian tambahlah lagi hari demi hari. Allah suka kepada orang yang melakukan ibadah ( sunat-sunat ) yang sedikit tetapi terus menerus ( consistant )
Nabi Muhammad SAW beristighfar 100 kali setiap malam. Kalau nabi pun minta ampun dari Allah sehari 100 kali setiap malam apatah lagi kita ni yang banyak buat dosa ! Nabi SAW amat suka kepada 3 solat sunat mengikut hadth riwayat Aisyah ( RA ) Nabi tidak pernah tinggalkan solat sunat Tahajjud, solat sunat Fajar dan solat sunat Dhuha setiap hari.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
MAK TEH
ReplyDeletethanks a lot for this reminder.
memang, bila dah meningkat usia (mungkin juga kerana banyak berfikir) maka tidur tak lena sangat).
there's lot more to be learned for me. Alhamdulillah Allah bagi hidayah dan baru nak mula sikit-sikit terasa sangat the differences - baik dalam pergaulan, kerja, suami isteri, anak-anak dan lain-lain. Syukur Lillahi Ta'ala.
Kita ni mudah lupa and need to be constantly reminded!
Alhamdulillah! sebenarnya tazkirah itu untuk mak teh juga. Supaya mak teh ingat buat selalu walupun sedikit!
ReplyDeleteMasa muda kita kurang buat yang sunat-sunat tu bila dah meningkat usia kita mulalah buat yang sunat-sunat tu, tambahlah sedikit demi sedikit. Semoga Allah SWT sentiasa memberi Hidayah kepada kita. Ameen!
Terima kasih Mak Teh. Banyak benda yang Neeza tak pernah tahu pun sebelum ni... seperti doa yang Mak Teh tulis bahasa melayu tu.. Memang susah nak hafal doa dalam bahasa arab especially bila umur dah banyak ni... lagipun kalau tak faham, tak guna juga kan...
ReplyDeleteSekali lagi, thanks ye Mak Teh..
thank you so much mak teh for the tazkirah..
ReplyDeleteTazkirah yang amat bagus sebab I memang selalu terjaga malam untuk ke tandas tapi jarang ambik peluang untuk solat malam sebab sayangkan tido :(
ReplyDeletemak teh. Thank you for such an informative reminder. Satu nak tanya, solat sunat subuh an dsunt fajar , are they two different prayers? From some readings, some quotes that Nabi Muhamad SAW tak pernah tinggalkan 4 rakaat solat sunat sebelum solat subuh. Thanx in advance for the clarifications
ReplyDeleteNeeza, mak tehpun mula belajar buat yang sunat-sunat ini selepas pergi menunaikan Umrah. Kemudian selepas pergi Haji tambahlah sikit-sikit lagi. Kan proses belajar ini tidak akan habis-habis sehingga kita di transferkan kealam lain.
ReplyDeleteNeeza tolong cek balik ada mak teh buat sedikit pembetulan pada Doa Rasullallah itu. Masa buat entry hari tu tergopoh gapah sebab nak balik Kedah.
Thank you kembali Umie, kalau Umie suka nanti mak teh buat entry tazkirah lagi ye.
ReplyDeleteMaaf sebab belum hantar resit kepada Umie. Mak teh ada kekalutan sedikit kerana kerap balik kampung sebab mak dan abang sakit teruk serentak.
Sarina, kekadang bukan mak teh bangun tengah malapun cuma bangun subuh lebih awal eg pukul 4.30 am or 5.00 am. Begitupun bagus dapat melakukan sedikit sunat-sunat itu kalau tak banyak pun tak mengapa. Kita mula je dulu untuk biasakan.
ReplyDeleteAnonymous, mula dulu-dulu (masa muda sikit ) mak teh buat sunat fajar kemudian buat sunat sebelum subuh. Selepas itu mak teh pergi bertanya bapa saudara makteh Sheikh Mohammad seorang ustaz lulusan Al Azhar. Dia menerangkan solat sunat fajar dan solat sunat sebelum subuh itu adalah maksud solat yang sama sebab dalam arab fajar itu bermaksud subuh.
ReplyDeleteWalaubagaimanapun mak teh akan bertanya lagi satu Imam lulusan Tontor, kalau pendapatnya berbeza nanti mak teh ulaskan. Kalau mak teh tak bangkitkan lagi maknanya seperti yang di sebut disinilah ok?
Tazkirah mak teh amat berguna utk kami semua... alhamdulillah...
ReplyDeleteUmie, thank you! Nanti mak teh buat entry tazkirah lagi.
ReplyDelete