Saturday 31 May 2008

Kisah Hidup Seorang Insan

Assalamualaikum!

Bulan lepas aku telah bertemu dengan sepasang insan yang gaya hidupnya sedikit berbeza dariku. Pertama pasangan ini hidupnya mewah tetapi agak kesunyian kerana tidak mempunyai anak. Allah telah mempertemukan kami dan kemudiannya si suami memberitahu bahawa Pak haji pernah menjadi pensyarahnya. Selepas mendapat tahu kami telah membuka sebuah sekolah tahfiz, mereka dengan sepontan menyatakan ingin mendermakan sesuatu. Lalu kami mempelawakan mereka datang kerumah.

Minggu lepas mereka datang membawa water filter untuk kegunaan di asrama kami.Alhamdulillah Allah telah mempertemukan kami dengan insan-insan yang nampaknya ikhlas dan prthatin. Oleh kerana mereka datang ke rumah hampir waktu maghrib ( sebab mereka tersesat, lama berpusing bawah bukit mencari rumah kami ), kami tidak sempat bersembang panjang. Dengan janji bahawa mereka akan datang lagi, mereka berangkat pulang apabila kedengaran azan maghrib di laungkan.

Semalam si isteri Puan Za menelifonku menyatakan ingin datang kerumahku. Hampir zohor beliau tiba dengan menjinjing beberapa beg plastik berisi barangan. " Apa ini? " tanyaku setelah bersalaman dan mempelawanya masuk.

" Ini kordial buah-bauhan untuk anak-anak tahfiz " katanya. " Adakah mereka boleh minum minuman ini?" Ada 8 botol yang dibawanya dari pelbagai perisa.

" Hmmm, boleh! kalau kordial ini dari jus buah-buahan asli. Kami tidak beri minuman kordial kepada anak-anak tahfiz kami kerana kordial yang murah mengandungi bahan kimia. Kami buat sirap dan air jus limau atau rosell sahaja " kataku.

" Yang ini asli kak di import dari luar negara dan di pek di Malaysia " celahnya.

Sambil membelek barangan itu, menyedari beliau seorang ejen jualan langsung, aku berasa ragu, " Berapa harganya sebotol? " aku bertanya.

" RM X sebotol " katanya, " Berapa botol sebulan kak perlu, nanti saya boleh hantarkan " sambungnya dengan senyuman. Boleh tahan harganya, kalau nak dihidangkan kepada anak-anak tahfiz kami setiap hari pokailah kami fikirku.

" Bolehlah harga tu kalau untuk sesekali beli" kataku, " tetapi kalau untuk tiap-tiap hari tak mampulah. Ni Za nak sumbangkah ? Kalau nak beli saya tak mampu ."

" Ye! Berapa botol yang kak perlu setiap bulan? "

" Kalau sehari setengah botol, sebulan 15 botol. Tak payahlah beri 15 botol banyak sangat 10 botolpun dah cukup." kataku lega.

" Apa lagi yang kak perlu nanti saya boleh hantarkan. Kami nak menumpang buat jariah kak, nak menyumbang pada sekolah ini " kata Za lagi.

" Alhamdilillah! Terima kasih semoga Allah berkati usaha Za dan di limpahkanNya rezeki."

"Mulianya hati orang ini, juga orang yang cerdik sambil berniaga sambil buat bersedekah. " fikirku.

Kami sambung bersembang mengenai bisnessnya yang semakin menjadi, dia dah pakai kereta mewah. Kehidupannya mewah kerana suami juga ahli korporat yang berpendapatan tinggi. Beliau mempunyai rumak besar, ada orang gaji dan boleh saja melancong kesana sini. Namun hidup mereka sunyi kerana tidak mempunyai zuriat. Aku mendengar saja dan tidak bertanya lebih dari apa yang diceritakannya.

Kemudian beliau menyatakan hasratnya, kalau ada anak yatim atau anak orang susah yang nak belajar di sekolah kami, dia nak sponsor dan nak buat anak angkat. Akupun berjanji akan usahakan mencari kalau-kalau ada anak seperti yang dihajatkannya itu.

" Saya bukan nak baby, saya nak yang dah sesuai nak masuk belajar ke sekolah ini. Bila cuti-cuti bolehlah bawa balik ke rumah saya. Kalau boleh kami ingin anak lelaki. " katanya.

Setelah melambainya yang drive keretanya mewahnya berlalu dari depan rumahku, aku berfikir, Sememang Allah itu Maha Adil. Orang yang kaya wang tak ada anak, orang yang kaya anak selalunya tak kaya wang. Sebenarnya sudah 2 orang yang pesan padaku begini, dan 3 orang yang nak sponsor sebahgian yuran sekolah tiap bulan untuk anak-anak tahfiz kami yang sesuai mereka buat anak angkat.

3 comments:

  1. assalammualaikum,sesungguhnya ALLAH telah berfirman,sesiapa membantu AKU,nescaya Aku akan buka pintu rahmat untuk nya.
    guru saya pernah bersyarah,usah kamu risau tentang rezeki kamu,orang kafir pun tuhan bagi,inikan pula kita yang hendak berjalan menuju padanya.
    pengalaman saya,satu hari jiran minta pinjam rm10(dia memang tak ada duit langsung masa tu).dan saya pula cuma ada rm20.isteri saya tanya ,macammana?nak bagi tak? saya jawab ,bagilah.kita pun susah,dia pun susah.maka kami bagilah rm10.
    pada 2hari selepas tu ,hari jumaat,saya perasan ada seorang lelaki dok duduk sebelah saya ketika sedang sembahyang sunat,selesai saja saya sembahyang,terus dia masukkan sesuatu dalam poket jubah saya.dia terus barlalu,bila saya periksa,duit rupanya,ALLAHUAKBAR.DIA TUHAN.DIA MERANCANG,DIA MENENTUKAN SEGALANYA.
    OLEH ITU JANGAN RISAU,KERANA RISAU ITU MAINAN SYAITAN DAN NAFSU KITA.
    YANG PENTING SELALULAH KITA MEMBUAT PENGAKUAN KITA INI JAHIL,DAIF,HINA LAGI BANYAK DOSA,KERANA ALLAH ITU MUTQABBIR.
    ALLAHUWALLAM.ASSALAMMUALAIKUM.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, bertambah murah rezeki Makteh dan anak-anak tahfiz tu...
    pasti lebih ramai lagi yang akan datang memberi sumbangan. Insyaallah...

    ReplyDelete
  3. MASYAALLAH MAK TEH! ADA-ADA SAJA ALLAH SALURKAN REZEKI!! SYUKUR ALHAMDULILLAH..

    AMARMA'ARUF,

    " ALLAHUAKBAR.DIA TUHAN.DIA MERANCANG,DIA MENENTUKAN SEGALANYA.
    OLEH ITU JANGAN RISAU,KERANA RISAU ITU MAINAN SYAITAN DAN NAFSU KITA"

    Terima kasih kerana mengingatkan!!

    Mudah2an Allah menggantikan orang-orang yang telah menyumbang dan bersedeqah tu yang lebih baik sebagai gantinya. Subhanallah!

    ReplyDelete