Tuesday 24 June 2008

Di Pagi Selasa

Assalamualaikum!

Hari ini hari Selasa, bangun pagi selepas solat subuh, selepas anak-anak semua dah keluar ke sekolah dan keluar kerja fikiranku mula berputar. " Aapakah jadual aku hari ini? " Mula-mula sekali aku sudah tahu aku nak ke pasar, kemudian aku ada kelas English jam 9.45 hingga 10.45. Kemudian aku ada tugas besar aku nak kena buat. Apakah tugasku itu?

Semalam aku terbaca dalam akhbar harga kertas akan naik 50%. Jadi tugas aku hari ini adalah untuk membeli seberapa banyak kertas dan buku-buku latihan yang kami perlu . Aku hendak pergi ke Kedai pemborong alat-tulis yang terbesar di Shah Alam. Berdebar juga hati, mungkinkah aku akan dapat harga lama atau seperti beras juga, mereka akan naikkan harga itu dengan bersegera kerana hendak mengaut keuntungan!

Hai, kalau nak mengeluh dah boleh sangat! Bagaimanakah kami akan menangani kenaikkan harga barang-barang ini. Nak sumpah seranahpun tak guna nanti takut dapat dosa pula. Maka kenalah cekalkan hati untuk menempuh hari-hari yang mendatang, seribu doa ku luahkan, sebesar dulang tangan di tadahkan dan segunung harapan ku sematkan dihati. Semoga semangat juang yang ada pada kami tidak mudah tergoncang oleh keadaan yang melanda.

Entahlah! sekarang aku hendak pergi kepasar dahulu mencari bahan makanan untuk keperluan kami dan warga sekolah. Tiap kali pergi ke pasar kepalaku tidak boleh bajet lagi. Sangat memeningkan. Harga ikan sudahlah terlalu mahal, harga ayampun sudah naik ke rm 6.50 sekilo dan khabarnya akan naik lagi, harga santan dan lain-lain keperluan semuanya meningkat. Penangan kenaikkan harga minyak belum melanda sepenuhnya lagi. Mungkinkah tidak ada penghujungnya dalam perkara kenaikkan harga barang ini?

Sedih melihat keadaan dan kami hanya boleh mengadu kepada yang Maha Berkuasa. Ya Allah kami pohon supaya perjalanan sekolah ini tidak terjejas. Ameen, Ameen Ya Robbul'aalameen!

9 comments:

  1. sedihnya tengok masalah disana sini akibat kenaikan harga minyak..
    yang sedihnya, negara kita pengeluar minyak.. entahlah Mak Teh.. tak leh cakap banyak seba cakap banyak pun takleh ubah pendirian kerajaan..
    sama-samalah kita berdoa supaya yang terbaik bakal tiba..

    ReplyDelete
  2. banyak bersabar ya mak teh, semoga Allah balas dengan setimpalnya.

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera.dalam perkara barang naik ni,kita banyak bersabar,dan paling utama kena redho,(bukan redho dengan barang naik)tapi redho dengan ketentuan tuhan.segala kekususutan dalam hati tidak akan hilang selagi mana ia tidak redho.
    kita redho kerana,kita lemah,daif,jahil dan banyak dosa.segala yang berlaku adalah ujian,balasan tuhan dan kafarah.
    pada nezaa sharil yg dihormati,sedih tidak boleh mengubati hati yang lara,tetapi titisan airmata ketika mengadapNYA adalah penawanrnya.Allahuwallam.

    ReplyDelete
  4. Elisa, mak teh dan pak haji selalu berdoa agar kami di beri kekuatan iman dan kesabaran dan dipermudakanNya segala urusan.

    Terima kasih diatas sokongan anda.

    By the way, Yanna akan balek bercuti awal bulan 7 ini. Adakah Elisa akan bercuti about that time?

    ReplyDelete
  5. Kitab Kuning, kita sememangnya redho dengan ketentuan Allah SWT tetapi kita tidak redho dengan perbuatan orang.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah bagi kita2 ni, masih mampu bertahan dgn kenaikan harga ni. Saya sangat simpati dgn keluarga yg sebelum ni pun hidup cukup makan, sekarang makin tertekan...

    ReplyDelete
  7. Mamamia, Alhamdulillah setakat ini kami masih mampu bertahan. Ada juga orang yang bersimpati datang memberi bantuan kepada sekolah kami.

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah...segala doa kita akan dikabulkan dan segala usaha akan dipermudahkan olehNya...Amin...

    ReplyDelete
  9. Mak lang, terima kasih di atas doa mak lang dan sokongan moral. Ameen, diatas doa mak lang itu.

    ReplyDelete