Salam Semua!
Mengikut takwim sekolah kami, hari ini adalah " Hari Outing". Namun hanya pelajar-pelajar Ting 1 sahaja yang keluar outing kerana pelajar-pelajar Ting 2 dan Ting 3 mengikuti Seminar Falak yang telah di anjurkan oleh Pejabat Mufti. Seminar ini berlangsung selama 2 hari dan setakat ini nampaknya anak-anak Tahfiz mendapat faedah darinya. Anak bongsu mak teh, Cik Su yang menjadi Presiden Persatuan Astronomi sangat gembira mengikuti program ini.
Anak-anak orang Luar Negara, kebanyakan telah mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah kami. Hanya seorang pelajar Luar Negara yang belum mahu tinggal di asrama untuk meneruskan pelajarannya. Namun ibubapanya yang telah mendaftarkannya enggan untuk mengeluarkannya dari sekolah ini. Ada 6 orang dari luar Negara yang masih menunggu jawapan Pak haji samaada mahu menerima mereka atau tidak.
Sesekali Pak haji rasa tidak sanggup menerima mereka ini, tetapi tidak tenang hati untuk menolak mereka. Kami tidak ada katil kosong lagi dalam asrama lelaki. Apapun kami berdoa Allah SWT akan memberi pertunjuk dan pertolongan.
Esok, seperti biasa akan ada latihan Kawad pada jam 5.00 petang. Terima Kasih.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Memang kalau ada tempat kosong kurang manis kalau ditolak permohonan pelajar luar negara tu .
ReplyDeleteSeronok anak2 tu dapat pelajari ilmu falak, saya yang tua ni taktau apap2 pasal falak :(
Sarina,
ReplyDeleteMereka sangat seronok mengikuti program itu dan sangat teruja kerana menang peringkat naib johan. Hehehe!