Assalamualaikum !
Kelibat bulan Ramadhan sudah melambai-lambai kita. Kami telah membuat persiapan awal untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.
Pertama semua jubah putih baru untuk ke masjid yang kami tempah sudahpun siap. Begitu juga baju Melayu untuk pelajar-pelajar yang di pilih untuk bertaddarus di Istana. Kami juga sudah menempah sebuah bas untuk menghantar Anak-anak Tahfiz ke masjid setiap petang dan membawa mereka pulang selepas solat Tarawih setiap malam.
Makanan untuk anak-anak Tahfiz bersahur sudah di tempah dari katerer. Buah kurma untuk berbuka sudahpun di beli dan ada juga yang dermawan hantar ke asrama sedekah. Majlis berbuka puasa istimewa yang di undang oleh sebuah hotel Lima Bintang sudahpun di terima.
Anak-anak Tahfiz akan dikejutkan jam 4.50 pagi setiap hari untuk bersahur. Jadual waktu persekolahan akan di ikuti sepenuhnya dan aktiviti kokurikulum di kurangkan. Mereka akan berbuka puasa di masjid dan akan berada di masjid sehingga jam 10.30 setiap malam selepas selesai solat Tarawih. Anak-anak Tahfiz akan pulang ke asrama dan akan bertaddarus hingga jam 11.30 malam. Kadangkala mereka di hidangkan lagi dengan supper sekiranya ada orang bersedekah.
Mengikut takwim sekolah kami, kami akan mula bercuti pada 23 bulan Ramadhan dan sekolah akan buka balik selepas 1 minggu berhari Raya.
Mak teh mengucapkan Terima Kasih kepada dermawan-dermawan yang menghidangkan kami juadah berbuka puasa pada hari Isnin lalu. Juga tidak lupa mak teh berterima kasih kepada yang menghantar kurma, yang bersedekah jariah ( datang sendiri dan masuk akaun tiap bulan ) dan hamba-hamba Allah yang telah mengeluarkan zakat kepada kami. Jazakallah !
Kepada semua sahabat yang kukasihi dan kepada pembaca blog ini di ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Semoga kita semua dapat melakukan lebih banyak ibadah untuk merebut ganjaran yang di janjikan Allah SWT.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Selamat Menymbut ramadan buat Makteh dan semua warga sekolah .
ReplyDeleteSiap dah program untuk anak2 pelajar, Alhamdulillah.
Sarina!
ReplyDeleteAlhamdulillah! Mengambil panduan dari pengalaman tahun-tahun yang lalu, kami membuat persediaan lebih awal untuk tahun ini.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat Mak Teh sekeluarga dan semua warga MTAQSA. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua dan lebih baik dari yang terdahulu. Selamat Berpuasa, Berbuka, Berterawih, Bertahajjud dan Berzikrullah. Semoga segala amalan kita diterima Allah swt.
ReplyDeleteUmmu Adam,
ReplyDeleteInsya-Allah kami akan cuba lakukan mengikut keupayaan kami.
Syukur Allah SWT panjangkan umur kita dapat bertemu Ramadhan sekali lagi.