Assalamualaikum!
Hari ini hari konvokesyen anakku Lia di Jordan University of science & Technology, Irbid Jordan. Aku dan Pak Haji tidak dapat pergi ke Jordan untuk bersama-sama Lia di hari kegembiraannya ini. Dahulunya kami memang bercadang untuk pergi tetapi takdir telah menentukan. Pak haji baru pulih dari pembedahan yang agak major sedangkan tahap kesihatan aku sejak 2 tahun kebelakangan ini sekadar boleh bertahan sahaja.
Harapanku, anakku Lia akan melalui majlis konvokesyennya dengan perasaan tenang dan bersyukur. Aku berharap dia tidak akan bersedih tanpa kehadiran ibubapanya di hari ini.Kepada Aliaa aku berkata, " Bersyukurlah kepada Allah di atas kejayaan yang di kurniakanNya. Pujuklah dirimu untuk bergembira bersama ibubapa kawan-kawan yang hadir di sana.Jangan bawa perasaan sedih atau envy terhadap kawan-kawan yang ada ibubapa bersama mereka. Tiap insan ada kelebihannya. Ingat perkara lebih yang Allah beri padamu dan bersyukur!"
Walaupun kami tidak dapat datang ke majlis Konvokesyen Lia, aku dapat bayangkan perjalanan majlis itu, Lia memakai topi dan jubah keramat itu. Aku dapat lihat Lia bergaya di majlis itu dengan baju istimewa yang telah aku tempah dan kirimkan melalui Nurazzah mak Asmak. Sedikit hadiah wang saku juga telah di sampaikan melalui Nurazzah. ( Terima kasih Nurazzah!)
So Aliaa, enjoy your celebration day and be Happy! Post the photos soonest possible!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
As-salam Mak Teh...saya dah pass baju dan duit tu pada Alia semalam..dan sekarang tentu dia sedang dalam perjalanan ke JUST bersama-sama kawan2 mereka... graduan kena datang awal...saya masih di rumah Asma'...pergi lewat sedikit...sebab nak pergi awal2 pun skrg ni musim panas...tghr ni teramat panas....programnya bermula pukul 6 ptg nanti ... sini Asma' beritahu majlis konvo nya sekejap saja..dalam 1 jam saja..bukannya macam konvo di UiTM itu...panggil nama sorang2...dalam dewan nampak grand saja...di sini sama mcm kat USA dulu... konvo nya ringkas sahaja dan di buat di stadium... mereka hanya panggil semua graduan serentak bangun ...InsyaAllah saya akan sambut sama-sama anak-anak kita..makTeh jangan bersedih... saya dan bapa Asma' dulu grad di USA pun tiada parents yg datang..kerana kita maklum ibu bapa kita mmg tak mampu nak datang.... cuma kita skrg ni ada kelebihan sedikit dan rezeki yang Allah kurniakan dan Allah izinkan untuk bersama2 anak di sini...saya pun datang seorang sahaja...bapa Asma' tak dapt datang...
ReplyDeleteok..sekejap lagi saya nak bersiap pula untuk ke JUST....nanti saya ambil gambar banyak2...
InsyaAllah