Assalamialaikum! Sejak membuka sekolah kami 3 tahun yang lalu, kami dapat ramai anak-anak baru. Setiap tahun bilangannya bertambah. Apabila kami membela dan mendidik anak-anak ini tak ubah seperti kami membela anak-anak sendiri. Kemudian perasaan kesihan dan sayang pada anak-anak orang pun ada. Ibu saya pernah berkata apabila mendengar saya dan Pak haji membuka sekolah ini," Hai tak penatkah hampa? Selepas penat menjaga anak-anak sendiri, ni menjaga anak-anak orang pula?"
Mendengar itu saya terdiam tak terkata apa-apa, sedangkan Pak haji hanya tersenyum. Beberapa lama kemudian saya terfikir mungkin ini diantara hobby kami iaitu memdidik. Dua hari lepas kami terpaksa memanggil parents seorang pelajar kerana didapati budak itu suka mengganggu ketenteraman pelajar-pelajar lain. Ada-ada saja perkara yang dia buat melanggar peraturan asrama. Kalau ikut hati kami panas memang elok dibuang sekolah sahaja budak itu. Tetapi ada perkara yang menghalang kami berbuat demikian, pertama, budak ini tidak akan menjadi orang akan terus hanyut kalau kami buang dari sekolah dan kami amat sedar itulah yang syaitan harapkan supaya budak ini tidak menjadi Al-hafiz. Kedua budak ini pelajarannya agak bagus dan hafalan Al-Qurannya mantap. Ketiga Pak haji dah sayang anak orang yang dia didik ni yang dia percaya masih dapat dibentuk perangai dan akhlaknya.
Oleh yang demikian Pak haji telah menjatuhkan hukuman gantung dari sekolah selama seminggu. Parents dia pun datang malam itu, menerima hakikat perangai anaknya yang salah itu dan bersetuju dengan hukuman Pak haji terus bawa dia pulang. Sejak dua hari pelajar yang dihukum itu tidak ada, nampaknya keadaan tenang dengan pelajar-pelajar lain bernafas lega serta melakukan aktiviti mereka dengan penuh semangat dan keceriaan.
Mak teh harap kepada ibu-ibu yang membaca blog ini, usahlah bimbang, kami akan pantau semua pelajar-pelajar setiap masa. Kalau anda tidak dapat panggilan telefon dari kami bermakna anak anda dalam keadaan bagus, sihat dan sedang tekun belajar atau aktiviti ko-ku yang mereka amat suka. Kalau ada berita dari anak-anak dalam bentuk pengaduan ambillah (percaya) 50% sahaja. Kalau berita gembira seperti, sekolah ni best, makan best, belajar dengan Pak haji dan Mak aji best, yang macam tu bolehlah ambil (percaya) 100% ! He, he he nak jaga anak orangpun susah tau!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago