Tuesday 12 February 2008

Guru Idaman

Pak Haji sedang mencari seorang Guru Kanan, seorang yang berkelulusan Master atau equivalent degree (Al Azhar). Kami dah jumpa orangnya tetapi dia teragak-agak nak join sekolah kami. Reason dia pernah kata suatu masa dahulu bahawa dia malu ( tak tergamak) nak menerima gaji dari kami yang berusaha membuka sekolah ini. Pertemuan pagi tadi dengan beliau membuat kami amat teruja sebab beliau tidak menyambungkan perkhidmatannya dengan majikan sekarang. Lalu saya berdoa (diaminkan oleh pelajar-pelajar Ting 2) agar beliau join sekolah kami. Sekiranya beliau masuk mantap lagilah sekolah kami. Semoga Allah akan membuka hatinya untuk menjadi warga MTAQSA.

Pagi tadi, 2 pelajar baru dari luar Negara telah datang mendaftar jadi pelajar sekolah kami. Mereka adalah 2 beradik, nenek mereka saja yang berasal dari Malaysia. Pendek kata mereka kelihatan asing dari segi rupa paras dan memang bertaraf kewarganegaraan asing. Awal2lagi kami telah memberi amaran kepada pelajar-pelajar lain supaya tidak memandang asing terhadap mereka ini. Pelajar-pelajar juga telah diberitahu agar tidak mengejek, mengacah membuli atau menyakat mereka ini. Esok mereka akan masuk asrama dan mula belajar.

6 comments:

  1. Alhamdulillah dapat dah guru idaman untuk semaikan bakti di sekolah makteh. Memang bukan mudah nak dapat guru yang rajin dan berakhlak mulia.

    ReplyDelete
  2. dear mak teh,
    semoga that person akan dibukakan hati untuk join your school. Ameen.

    Meriahnya dah sekolah you tu, bagus lah kalau ada percampuran students ni, hopefully they will try to adapt and consequently improving their social skill.

    ReplyDelete
  3. Hello Mak Teh, minta ma'af Bahasa saya da la karat, as I learned Bahasa wayyy back in 1956, before Merdeka.
    So minta ma'af I not able to comment, takut comment salah pulak nanti sounds like I invite you for a date, arhaaa ha ha. Just kidding, mak Teh.
    Bila senang drop in my place, ada cherita baru. Gurantee no ahemm, gambars, make anyone kelang kabote, ha ha.
    You have a nice day, Mak teh, Lee.

    ReplyDelete
  4. silver sarina, ya kami amat bersyukur apabila guru itu bersetuju join sekolah kami. Sudah lama kami mengidamkan guru saperti itu. Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  5. OO, that person ( and you know who) telahpun bersetuju join sekolah kami tetapi mungkin untuk sementara waktu sebab beliau mempunyai cita-cita yang lebih tinggi. Namun kami amat bersyukur!

    ReplyDelete
  6. U Lee, thank you for visiting my blog. You can always write in broken or antiquated bahasa or in English, it does not matter. Read your new entry will comment later. He, he.

    ReplyDelete