Assalamualaikum!
Kebanyakkan orang bangun lewat dipagi Ahad. Alasannya ialah dah penat bekerja sepanjang minggu. Ada yang sempat solat subuh ada yang subuh gajah ada juga yang tak solat langsung. Anak-anak akupun adakalanya perlu di kejutkan untuk subuh pagi Ahad. Namun ada satu perkara yang agak menghairankan; iaitu sekiranya mereka ada aktiviti di hujung minggu mereka boleh pula bangun awal tanpa di kejutkan.
Sesetengah keluarga menjadikan amalan bangun lewat di hari minggu. Kemudian mereka tidak bangun untuk sarapan pagi. Mereka akan bangun jam 9 - 10 pagi kemudian terus pergi keluar untuk makan yang mereka sebut 'brunch' iaitu gabungan breakfast and lunch. Ini adalah satu budaya orang-orang bandar yang tidak sihat. ( Budaya ini mereka tiru dari jiran mereka yang bangsa lain yang bukan Islam. Orang-orang itu tak perlu solat subuh dan tak perlu mandi pagi ) Jadi mereka mendidik anak-anak mereka tidak perlu bersolat subuh, merestukan sikap kemalasan dan memakan pemakanan yang tidak tentu masa dan kebaikkan nutrisinya ( bukan makanan yang disediakan di rumah ).
Bagi aku, ibu dan nenek telah melatihkan aku bangun awal, pertama untuk menunaikan solat subuh. Kedua ( mereka )orang tua-tua pantang kalau kita bangun selepas matahari naik. Katanya tidak membuka pintu untuk malaikat rahmat datang kerumah kita. Maka tidak ada rezki dan keberkatan untuk keluarga yang bangun lewat. Katanya kesihatan badan kita akan terganggu dan kita akan pendek umur. Sejak dahulu masa zaman persekolahan, aku bangun sendiri tanpa di kejutkan oleh jam atau orang.
Aku sangat percaya kepada pendapat itu dan aku tidak pernah bangun selepas matahari naik. Di sebabkan kebiasaan itu aku tidak pernah boleh tidur hingga matahari naik. Mengenai pendek umur itu sudah pasti kalau kita bangun jam 10.00 kita telah kehilangan masa yang penting iaitu dari jam 6.00 hingga 10.00 bermakna 4 jam dalam hidup kita berjumlah 8 jam seminggu ( kalau untuk 2 hari ). Anda hitunglah sendiri betapa ruginya kalau kita praktikan bangun lewat.
Aku amat berharap anak menantuku kelak tidak akan mengamalkan budaya bangun lewat ini. Aku pernah terdengar ada jiran pernah merungut, " Bukan saja kena kejutkan anak-anak untuk subuh, menantupun kena dikejutkan!" Minta-minta janganlah jadi begini pada diriku.
Untuk anda yang bangun awal untuk bersolat subuh, bacalah ayat ini setelah terbangun, " A'uzubillahi samiil'aalimi minasyaithonirrojim. Huwallah huladzi laa ilahailla huwa 'aalimulghaibi wassyahaadah, huwarrahmaanurrohiim. Huwallahuladzi laaillaahailla huwal malikulquddus sussalam mulmukminul muhaimin ul 'azzizul jabbarul mutakkabbir, Subhanallahhi 'aammayusyrikuun. Huwallahulkhawlikhul baariul mussawir, Lahulasmaa ulhusna yusabbihulahu maafissamawaatiwal ard . Wahuwal azzizulhakkim."
Ayat ini adalah tiga ayat yang terakhir dari surah Al- Hashr. Sesiapa yang membaca ayat ini 70 malaikat akan berselawat keatasnya sepanjang hari dan apabila di baca sebelah petang, sebelum matahari terbenam 70 malaikat akan bersolawat atasnya sepanjang malam sehingga pagi. Wallahu'alam.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago