Sunday 13 April 2008

Kisah Membesarkan Anak-anak.

Assalamualaikum! Hari ini mak teh nak cerita mengenai kecemasan yang pernah kami lalui semasa membesarkan anak-anak. Memandangkan ramai kawan-kawan bloggers masih mempunyi anak-anak kecil elok juga mak teh ceritakan agar ada yang dapat faedah darinya.

Kes pertama, anak sulung kami Kin telah jatuh longkang depan rumah agak dalam. Masa tu Kin baru berumur setahun lebih ( sudah berjalan tapi belum tegap, masih terhoyong hayang ). Maka menjerit-jeritlah sambil aku, malangnya kebetulan pada hari itu aku memang tak ada suara ( dah lupa kerana apa kehilangan suara ), jadi jeritan itu tidak keluar dan tidak kedengaran. So aku melompat-lompat, menggapai-gapai tangan menghentak-hentak kaki untuk tarik perhatian Pak haji. Pak haji tidak berapa jauh dari aku tetapi sedang asyik buat gardening. Beberapa saat juga baru Pak haji sedar dan terus turun mengangkat Kin yang mukanya tersembam dalam air longkang (nasib baik longkang yang bersih )

Kemudian Pak haji bersih dan lapkan muka kin terus bawa ke Paediatrician kami Dr Lee di Subang Jaya Medical Centre. Kata Doc nasib baik Kin jatuh terhempas muka, bukan belakang kepala, kalau jatuh terhempas belakang kepala kecederaannya akan lebih serius. Kami sangat bersyukur, Alhamdulillah! Malaikat telah menolong anakku, mukanya yang terhempas, dan badannya lurus masuk longkang itu, hanya dagunya yang pecah berdarah. Doc hanya mengenakan sedikit ubat luka dan plaster. Dalam masa beberapa hari luka itupun sembuh meninggalkan a small scar didagunya sebagai kenangan untuk peristiwa itu.

Can you imagine if you were in my situation? Moralnya jangan main dengan anak-anak tepi benteng longkang. Kalau rumah anda ada lonkang dan ada benteng selalunya kita duduk-duduk santai di situ. Itu sangat bahaya. Pagarlah benteng itu.

Kes yang kedua berlaku pada Kin juga. Masa tu aku dalam pantang kerana melahirkan Amal ( anak yang kedua ). Kin berumur 2 tahun, akan mengikut aku bergerak kemana jua. Dia suka tarik-tarik kain aku kalau nak sesuatu. Hari itu aku bangun kedapur nak buat minuman. Baru aku tuang air panas dari flask, Kin menarik tangan ku lalu tertumpah air panas ke muka dan dadanya. Maka menjeritlah aku dan dia. Nasib baik ibuku ada bersama menjaga aku dalam pantang. Lalu ibu mengambil telur ayam dari peti ais. Ibu buang putih telur ambil kuningnya sahaja, hancurkankan dan sapu pada tempat yang sedang melecur merah bekas air panas tu. Keesokkan paginya Kin dimandi dan dibersihkan, didapati tiada lagi bekas melecur itu.

** Nota selain dari petua guna kuning telur untuk lecur air panas or minyak panas anda boleh gunakan kicap pekat atau butter. Anda hendaklah segera siram dengan air paip(running water ) dahulu tempat yang terkena lecur itu kemudian sapukan bahan tadi. Ini untuk keadaan lecur sahaja bukan terbakar atau keadaan yang terkeluar kulit.

4 comments:

  1. boleh neeza bayangkan betapa kalutnya Mak Teh masa Kin jatuh longkang dan kena air panas tu. Kalau Neeza pun gitu jugak agaknya..

    Tapi, anak neeza - Coan pernah jatuh sink. Dia naik sink. Sink jatuh berderai. Serpihan sink tu kena kaki dab badan dia. Tendon dia putus. Darah banyaknyaaaa... neeza dah cerita benda ni dalam blog dia.. hehee

    cuma nak cakap, memang panic sangat masa tu sampaikan neeza takut nak pegang dia.. sebab neeza takut darah..

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Teh,
    Suka duka membesarkan anak2 akan tetap dikenang sampai bila2... dalam ramai2 anak kita... pasti ada seorang yg agak berbeza dari yg lain2 kan..... umie anggap yg berbeza tu terlalu istimewa...sebab ia mengajar kita utk bersabar...

    ReplyDelete
  3. Neeza, yes memanglah panik, kesal dan sedih apabila berlaku kemalangan pada anak-anak. Mak tehpun takut darah juga. Masa muda mak teh yang akan jerit or menangis dulu, tapi bila dah matang mak teh handle the emergency first terketar-ketar then later baru menangis.

    ReplyDelete
  4. Umie, mak teh pun ada anak yang beza dari yang lain. Tapi dia ada keistimewaannya sendiri. Allah maha adilkan! Memang betul 9 orang ada lain-lainnya.

    ReplyDelete