Friday 4 April 2008

Pemakanan Anak-anak Tahfiz kami

Assalamualaikum! Pada suatu ketika dahulu ada seorang rakan blogger berkata beliau ingin tahu apa anak-anak tahfiz kami makan. Jadi hari ini saya nak beritahulah.

Sarapan pagi mereka diberi hidangan roti dan telur western style setiap hari ( supaya mereka cergas tidak mengantuk ) Kemudian mereka diberi makan 7-10 biji kismis seorang (untuk tajam minda) dan juga minyak ikan plus ( vitamins B complex n iron for girls )untuk kesihatan badan melawan penyakit.

Makan waktu rehat jam 10.30 mereka diberi makanan yang mengeyangkan (carbohydrates) seperti, mee, bihun, nasi lemak, nasi goreng, bubur nasi, roti arab, koay teow, roti jala atau sphgetti. Pada masakan tersebut dimasukkan daging ayam, sotong or udang dan sayuran. Ini adalah untuk tenaga dan mereka tidak berasa lapar hingga kelas tamat pada jam 2.00 petang.

Makan tengah hari, mereka di sajikan nasi dengan lauk dari jenis ayam, ikan atau daging dan sayuran serta buah-buahan. Mereka makan jam 2.30 petang.

Minum teh petang pada jam 5.30, mereka disajikan teh/ teh susu bersama sebiji/sepotong kek or biskut or kueh-kueh melayu.

Makan malam mereka pada jam 6.30 petang, mereka di beri nasi dan lauk dari jenis ayam, ikan atau daging seta banyak sayuran dan ulaman.

Pada malam hari mereka buat sendiri supper iaitu pada jam 10.30 malam. Air panas disediakan dan mereka ada bahan minuman seperti milo, susu dan biskut sendiri. Sebelum tidur mereka juga minum nisan lebah. (Ibu-bapa sediakan)

Kami cuba sediakan makanan berkhasiat yang seimbang serta qualiti dari segi pemakanan. Kami sentiasa pilih bahan segar, tidak gunakan bahan pengawit, perasa seperti ajinomoto, dan bahan pewarna. Yang kami pentingkan sekali sumber adalah dari barangan yang tidak syak kehalalannya.

Alhamdulillah anak-anak ini sihat dan ceria serta tidak pernah kurang makanan. Dari mas kemasa ada orang mendermakan makanan atau menjemput mereka makan kenduri.

Makanan yang orang hantar dari sisa lebihan jualan kami tidak benarkan. Makanan segera, minuman berkarbonat, asam-asam, setengah bahan organ dalaman, otak ikan, nasi semalam (nasi goreng pun kami masak yang baru ) tidak di galakkan. Dalam makanan yang saya sebut ini ada bahan ejen yang melembapkan minda.

Percaya atau tidak, dari pengalaman kami dapati anak-anak tahfiz ini makan banyak kerana mereka sentiasa lapar sebab mereka menggunakan banyak tenaga menghafal. Tambahan pula anak-anak kami ini melakukan banyak aktiviti riadah. Selalunya selepas pulang dari berenang mereka akan makan hampir 2 kali ganda.

12 comments:

  1. ni yang kami jeles nih. Kalau lah kami muda lagi, buleh pi sekolah sana. Nampak gaya makan minum depa cukup...

    ReplyDelete
  2. salam,

    Bagus sekali makanan yang disediakan. Elok tak dibenarkan makan lebihan jualan sebab makanan fresh lah lebih utama.

    btw, I dah berjumpa 3 ibubapa tentang sekolah makteh, masing2 belum bagi jawapan.

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah...
    lapar elisa baca post makteh yang ini.
    :)

    ReplyDelete
  4. Adik jin, kalau nak mai join depa makan semasa rehat mereka jam 10.30pun boleh, cuma beritahu sehari sebelumnya.

    Ramai pelawat yang datang jam 9.00 melihat anak-anak ini mentasme' hafalan mereka. Kemudian bolehlah join makan masa mereka rehat. Cara begini boleh beramah mesra dengan anak-anak ini dan dapat merasa sedikit kehidupan sebagai seorang pelajar tahfiz ( mereka bersama alQuran 5 jam setiap hari )

    ReplyDelete
  5. Sarina, kalau depa suka kami akan pergi kesana untuk interview dahulu. Kalau nampak ada potensi baru kami offer. Kami akan explain dulu kalau mereka akhirnya tak terima offer pun tak pe.

    ReplyDelete
  6. Elisa, sebabnya anda tinggal jauh disana. Samalah seperti anak-anak mak teh Yanna dan Lia kalau dah baca blog mak teh mesti SMS kata teliur atau lapar. Kesian kau orang !

    Tapi kalau elisa nak apa-apa benda fresh or bahan makanan dari sini mak teh boleh uruskan. Sudah 4 tahun mak teh menguruskan kargo ke Mesir and Jordan.

    Get my number from Yanna u may sms me. Ok?

    ReplyDelete
  7. thanx for the offer, mak teh. Tapi perut kita ni, tak boleh ajar jadi manja sangat, nanti susah nak berjalan :)
    Elisa kena belajar survive with whatever yang ada. Tak bolehlah ikut nafsu aje kan?
    hee hee.

    ReplyDelete
  8. lisa, apa lagi tu mak teh dah offer tu..hehehehe

    I learn something new! Tak tahu pulak saya nasi goreng made from nasi overnite tu tak bagus untuk minda! Sebab selalu tu, nasi overnite lebih sedap kan untuk digoreng. PAtutlah my mom kata tak elok bagi anak2 makan nasi dingin..i thought she meant nasi dingin putih yang dihangatkan! eh, come to think of that - nasi goreng guna nasi overnite pun dihangatkan jugaklah ya?

    Thank you for sharing this Mak Teh! Now I knew!

    Nak tanya - kalau macam anak2 I ni usia 4 - 10 ni elok tak bagi makan nisan lebah? how many times per day and when? TQ!

    ReplyDelete
  9. sangat berkhasiat meal mereka ya Mak Teh. Ini yang lagi semangat neeza nak hantar anak2 ke situ. Tapi boleh ke? ada syarat khas tak? Tapi, kena tunggu neeza balik duduk malaysia lah kot. Buat masa ni, belum lagi lah rasanya..

    Baru neeza tahu tak elok makan nasi yang bermalam. Kenapa ye Mak Teh?

    ReplyDelete
  10. OO, boleh je beri diorang makan nisan lebah tetapi jangan banyak sebab mereka masih kanak-kanak. Make sure you dapatkan yang tulen, then gunakan sudu plastik (not metal) celupkan sudu sebesar sudu teh tu berikan mereka yang melekat kat sudu tu saja tak perlu penuhkan sudu itu. Kalau kesihatan mereka bagus 2 or 3 kali seminggupun dah cukup.

    ReplyDelete
  11. Neeza, kami terima masuk anak-anak untuk tingkatan 1 selepas peperiksaan UPSR. Keputusan UPSR more As than Bs no C etc Kalau yang dari luar negara tu kami relaxlah sikit syaratnya. Mesti anak-anak itu sendiri berminat menghafaz al-Quran dan semasa interview boleh membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid.

    Mengenai nasi overnight yang tak boleh diberi kepada anak-anak Tahfiz kerana apabila overnight nasi tu dah ferment. Bila dah ferment ada bahan ( bacteria? ) yang akan melembapkan minda. Perkara ini diberitahu kepada makteh oleh seorang kawan dari Guru dari sebuah maktab perguruan yang telah menjalankan kajian mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  12. Salam Mak Teh,
    It is very interesting to read your blog; but i oni managed to read few of the entries. Ceria betul Mak Teh bercerita :)
    Entry ttg pemakanan pelajar2 tahfiz juga sgt menarik hati sy. Pendek kata mmg menariklah blog ni. InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan bila sy dah berkahwin dan punya anak sendiri, ingin sekali sy didik bakal anak2 sy belajar di Tahfiz :) Amin.

    p/s : Asking your permission to paste this entry into my blog, just for my reference :) and for other bloggers to read. Thanks in advance Mak Teh! :)

    ReplyDelete