Tuesday 8 April 2008

Resepi Koay Teow Kaw Mak Teh

Assalamualaikum! Dah lama postpone nak blog about the koay teow mak teh Kesian kat lollies dan beberapa orang lagi yang dok tunggu recipe koay teow kaw mak teh ni. Perkataan "Kaw" tu lollies yang mula sebut, jadi mak teh pakai lah. Bukan apa susah nak put down in writing sebab mak teh tak pernah ukur proportion bahan-bahan yang di gunakan. Let me try my best.

Bahan-bahanya :
1 kg koay teow ( kalau disini ! peket 400 gm. Sah halal yang melayu bikin punye)
10 - 20 ekor Udang ( cari yang fresh saiz sedang )
1/2 kg taugeh
300 gm kucai

minyak kacang ( cap pisau )
oyster sos ( cari yang ori bukan oyster flavoured sos or tiruan )
black pepper sos ( muslim best )
kicap manis pekat ( cap udang )
chilli sos ( kimball)

bawang merah/ bawang besar ( blend )
bawang putih ( hiris dan sebahgian lagi blend )
cilli kering ( blend )
telur 3-4 biji ( pukul lightly )

Cara Buatnya:

Panaskan 2 cawan minyak or lebih. Goreng bawang putih yang telah di hiris ( 4-5 ulas) sampai kuning brown. Keluarkan buang. Ambil sedikit minyak itu letak tepi. Masuk 2-3 sudu besar chilli blended ke dalam minyak dalam kuali. Kacau sekejap then masukkan bawang merah blended, kacau sekejap masukkan bawang putih kacau. Dah naik minyak masukkan udang semua atau separuh. kacau hingga udang separuh masak, masukkan oyster sampai warna chilli sedikit kehitaman. Masukkan black pepper sos agak sedikit banding oyster sos. Then masukkan chilli sos pun sedikit lebih pada black pepper sos. Masukkan kicap sampai sos nampak agak merah hitam. Bila sos ni dah masak ada a thin layer of oil floating above the sos. Kalau tak ada makna tak cukup minyak. Kalau keaadaan macam tu masukkan balik minyak yang di asingkan tadi. Setakat ini sos dah siap.

Next ada dua cara: Koay teow fresh tadi telah di leraikan. Kalau nak makan sekarang boleh masukkan semua koay teow tu dalam sos yang telah di masak dan kacau sehingga rata bahan koay teow disalut sos. Masak hingga sos dan koay teow lembab kering. Then masukkan telur caranya boleh masak kuali lain, buat macan scramble eggs tapi lembut dan masih cair lepas tu cepat masukkan dalam kuali koay teow tadi. Kacau ratakan. Minyak kita gunakan minyak bawang putih yang di asingkan tadi. Kalau yang cekap masak telur tu di masak dalam kuali pertama je by the side after ketepikan sedikit koay teow yang ada dalam kuali itu ( Tilt the kuali to one side ). Selepas telur dah mix well, cepat-cepat masukkan juga taugeh dan daun kucai. Kacau rata tak lama siap lah. Boleh hidang terus makan sebab koay teow sedap makan panas.

Cara kedua boleh simpan sos ini. Bila nak makan serve hawker style, cedok sedikit sos yang telah siap masak tadi, agak lah banding dengan koay teow, panaskan dalam kuali dan masukkan koay teow sebanyak mana nak serve. Masaklah seperti yang diatas tadi.

Note: Masa blender bahan-bahan ini gunalh sedikit mungkin air. Minyak kalau nampak tak cukup buat lain minyak bawang putih itu untuk telur. Di sarankan masa buat minyak garlic tu biar agak lebih sikit. Kalau nak pedas cilli mula tadi lebihkan lah atau guna black pepper sos yang xtra hot. Udang yang lebih tadi untuk garnish di steam kemudian dimasukkan last sekali dalam koay teow telah masak tadi. Kalau nak campur ayam pun buat camtu lah. Boleh garnish juga dengan bawang goreng dan sliced chilli jeruk. Lagi sedap !

He,he, selamat mencuba! Bila makan ingat mak teh tau!

9 comments:

  1. Salam Mak Teh,

    Dah lama juga tak masuk blog Mak Teh sebab sibuk sikit nak exam. Teruklah jadi student tua ni, sel-sel otak dah kurang berfungsi. Anyway, bila masuk blog Mak Teh hilang rasa pening kepala dan rasa terlior pulak baca your fried kwew teow recipe. No wonder semua orang kata sedap, banyak ramuannya dan ada cara tertentu nak masaknya pulak. I selalu buat campak aja semua kat dalam kuali.

    Insyallah will try your recipe bila ada masa nanti. In the meantime, tunggu ikhsan dari Mak Teh ajalah.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. kecur air liur neeza. nanti nak buat memang kena buka balik resepi mak teh ni..

    nape bawang putih tu dibuang mak teh?

    ReplyDelete
  3. Mazz, lama betul kita tak berhubung. Kita masing-masing sibuk hal sendiri. Kisah study lagi tu I dah tak sanggup dah. So kiranya you lebih gigihlah. Untuk sel-sel otak tu makan lh kismis banyak-banyak. Hehehe!

    I dok tengah nak buat uniq recepi book, resepi warisan tok nenek dan nak boh anecdotes sekali. Tak tau lah kut boleh siap cepat.

    Boleh, kalau nak makan koay teow mak teh kami selalu buat untuk makan jam 10.30 pagi sabtu. Mailah boleh pekena sekali dengan teh tarik.

    ReplyDelete
  4. Neeza, adakah koat teow basah tu kat sana? Bawang putih yang dah goreng tu dibuang kerana dia hanya digunakan untuk buat garlic oil tu. Kalau tak buang semua misal ada tertinggal dalam minyak tu dia pahit dan tak sedaplah!

    ReplyDelete
  5. Am still in the office. Jam dah dekat 9pm.

    Jenguk jap resepi kuey tiao ni mana boleh tak tinggal komen!!!

    I've tried mak teh's recipe but buat hawker style tu! FUUHHHHH!!! memang sedap hingga menjilat garfu!!! cuma I didn't get the correct color - tak merah macam mak teh punya; a bit pale. Rasa dah ada.

    kuey tiao ni kena angkat terus makan, dah sejuk kureng sedap kan? Sekarang dah tahu rahsia kuey tiao sedap dah. thanx to makteh.

    kalau dah cuba resepi ni sure tak mo dah beli kat kedai!!!

    *two thumbs up for this recipe!*

    mak teh: kalau orang dah biasa ke dapur tak ada masalah nak ikut resepi ni kalau belum biasa tu..rajin2 lah mencuba hehehehe..insya-Allah.

    ReplyDelete
  6. Thanks OO! Esok kalau rajin mak teh blog resepi lain pula. So tunggulah. Hehehe.

    I hope lollies and pB get the recipe.

    ReplyDelete
  7. best ni, resipi exclusive dari makteh.. weekend nak buat , waktu sekolah tak de orang nak makan .. thanks.

    ReplyDelete
  8. Sarina, sebenarnya mak teh malu pada kawan-kawan blogger yang pandai masak especially mak lang tu. Tapi sebab orang berhajat sangat mak teh cubalah tuliskan resepi tu. Entah orang faham atau tidak? Nampak boleh ke ikut resepi ni.

    ReplyDelete
  9. Mak Teh,
    wahhh dah kira terrer masak jugak ni... nanti umie nak cuba buat ikut resepi mak teh...
    yumm yum...

    ReplyDelete