Sunday 12 July 2009

Pagi Ahad Yang Mendung

Assalamualaikum !

Pagi ini cuaca kelihatan mendung seolah-olah hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Angin sejuk bertiup masuk ke ruang aku sedang menaip ini, membuatkan aku merasa macam berada di sebuah rumah percutian di Cameron Highlands dan seketika ini terdetik kerinduanku untuk berada di sana.

Semalam katerer kami yang supply makanan tengah hari, Maria telah memohon cuti emergency untuk hari ini. So cepat-cepatlah minda aku mencaturkan apa yang perlu aku lakukan untuk mendapat supply makanan tengah hari ini. Maka pada jam 12.00 tengah hari semalam bergegaslah aku ke pasar walaupun pada awal pagi tidak bercadang berbuat demikian. Kemudian aku pergi ke kedai mamak kawan baik kami untuk meminta dia masakan nasi beriyani. Kawan baik kami itu bersetuju untuk memasakkan nasi untuk kami dan memberikan kami kuah kari ayam dan acar timun. Lauk ayamnya kami akan sediakan sendiri. So nampaknya tengah hari ini warga MTAQSA makan nasi beriyanilah. ( Itulah cara aku "berjimat" dalam situasi emergency walaupun belanjanya lebih dari bajet makanan biasa kami ).

Seperti biasa hari ini aku ada 2 kelas BM. Kemudian aku ada buat temujanji dengan sekeluarga dari Kanada yang ingin memohon untuk memasukkan anak mereka ke sekolah kami. Di samping itu ada seorang sahabat yang juga bapa kepada pelajar kami ingin datang bertemu kami. Sibuklah kami pagi ini hingga tengah hari nanti.

Selepas tengah hari aku bercadang nak ajak Pak haji pergi shopping keperluan kami berdua. Dah lama tak pergi shopping jadi adalah beberapa barangan penting yang kami perlu beli. Kalau kami keluar shoppingpun tidaklah pergi jauh, selalunya kat Subang Parade saja. Kalau rajin sikit mungkin sampai ke Bandar Utama.

Hari ini, jam 5.00 petang, anak-anak Tahfiz akan membuat latihan kawad berformasi berpakaian uniform lengkap. Ramai ibubapa telah menyatakan akan hadir untuk melihat latihan kawad petang ini. Aku juga ingin berada di padang petang ini untuk menyaksikan mereka berkawad. Pak haji akan mengambil banyak gambar dan Insya-Allah aku akan muatkan dalam blog selepas ini. Kebolehan anak-anak Tahfiz kami sememangnya membanggakan kami.

Sekian dulu untuk hari ini sehingga kita bertemu lagi.

2 comments:

  1. Sedap tu nasi beriani dan lauk ayam , saya pun semalam beli beriani jugak, kes tak larat nak masak :)

    ReplyDelete
  2. Sarina,

    Sememangnya sedap! Habis licin dibuatnya. Kemudian mereka dapat rezeki lagi. Ada Hamba Allah telah menghantar kueh untuk pencuci mulut pula. Alhamdulillah rezekai semuanya datang dariNYA.

    ReplyDelete