Thursday 6 August 2009

Sambung Cerita

Salam Semua !

Hari ini hari ada di antara anak-anak Tahfiz yang berpuasa sunat kerans Nisfu Syaaban. Mak teh akan sediakan sedikit makanan istimewa untuk mereka. Hari ini sibuk juga dengan aktiviti biasa mak teh.

Rasa lega kerana seorang pelajar baru H dari Kanada telah keluar dari sekolah ini kerana tidak mahu belajar. Ada 2 orang lagi Pak haji sedang berbincang dengan ibubapa mereka untuk mengeluarkan mereka dari sekolah ini kerana kes disiplin. Bukan mudah untuk membentuk kelakuan baik anak-anak orang Luar Negara ini. Alhamdulillah berbanding dengan mereka nampaklah ada baiknya anak-anak Tahfiz kita.

Bersambung cerita kelmarin, sepatutnya tengah hari tadi, aku menginterview 4 orang pemohon dari luar negara. Mereka telah telefon untuk datang lewat hari ini. Jadi aku suruh mereka datang hari sabtu ini. Kita berserah kepada Allah bagaimanakah nasib mereka nanti. Ikutkan anak-anakku dan Pak haji mereka tidak mahu menerima orang-orang luar negara ini lagi kerana pengalaman yang dah ambil dulu tu amat menyusahkan kami. Mak teh yang tak sampai hati kalau tidak memberi mereka peluang langsung.

Mak tehpun dah faham sekarang kenapa orang luar berebut-rebut datang ke Negara kita. Pertama adalah kerana orang-orang Melayu ni baik sangat. Semua jenis orang mereka boleh accomodate. Hehehe!

Anak-anak Tahfiz sedang giat membuat persediaan untuk perkhemahan !

2 comments:

  1. Salam Mak Teh...

    Dah beberapa hari masuk blog ni tapi tak tinggal jejak sebab busy and bergelumang dengan anak-anak kat rumah yang silih berganti tak sihat termasuklah mamanya sekali. Tentu seronok anak-anak tahfiz dapat menyertai aktiviti perkhemahan!

    ReplyDelete
  2. Ummu Adam,

    Mereka amat teruja dan seronok melakukan persiapan sebelum pergi ke perkhemahan ini.

    ReplyDelete