Thursday 13 December 2007

Kami Mula Bercuti

Assalamualaikum! Hari ini barulah aku dan Pak Haji dan anak-anak yang membantu MTAQSA mula bercuti. Pelajar-pelajar kami telah pulang untuk cuti akhir tahun pada 6 disember lalu. Kemudian pada 8 disember hingga 12 disember(semalam) kami telah mengendalikan KEM TAHFIZ untuk anak-anak berumur 10 hingga 12 tahun. Bayangkanlah kepenatan yang telah kami lalui selama setahun. Jadi hari ini terasa lapang, lega dan ada sedikit perasaan sayu. Mungkin perasaan lain itu anda akan faham tetapi perasaan sayu itu kami saja yang faham. Selama 2 tahun kami bergelut menghidupkan MTAQSA dengan tujuan memberi peluang kepada anak-anak kita mempelajari Al Quran dan Agama serta akedamik suatu pembelajaran yang berqualiti. Pelbagai kepenatan dan dugaan yang telah kami lalui termasuk kerenah, guru-guru, pelajar-pelajar, ibu-bapa kepada pelajar-pelajar dan juga pekerja sampingan. Allah sahaja yang mengetahui termasuk gangguan makhluk yang musuh manusia itu sekiranya kita buat kerja di jalan Allah!Alhamdulillah setahun lagi telah berlalu dengan penuh kejayaan (sedaya yang boleh kami lakukan) di jalan NYA. Sekarang debaran kami menunggu tahun baru dengan kemasukkan pelajar-pelajar baru di harapkan lebih dar 30 orang!

4 comments:

  1. Mak Teh, both you and Pak Haji deserve a break after all that both of you have done. I'm sure it was an uphill task and syukur Alhamdulilah, you have seen signs of your efforts becoming successful.

    Bukan calang2 orang yang boleh buat what both of you did and I'm sure ganjarannya would not only the satisfaction of anak2 kita berjaya bukan saja di dalam bidang pelajaran biasa tetapi di dalam bidang agama juga. Lebih2 lagi ganjarannya akan datang dari Allah swt. So hang in there and do what both of you love to do.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah and congratulations!

    Memang bukan mudah nak melaksanakan kerja kerana jalan NYA, insyaAllah kalau hati ikhlas dan sabar semua ada hasilnya nanti.

    Dan bukan senang nak didik anak2 menjadi harapan agama kita pun manusia ada ups and downs...hanya usaha yang bersungguh2 which I am sure you all did and tawakkal yang dapat membantu.

    I pray that all your students will become bakal2 pemimpin yang sound and strong aqidah dan cukup knowledge dunia akhirat. Ameen.

    ReplyDelete
  3. Dear Mazz, Syukur and thanks to you and the others too. We would not be able to do what we have done without the help of friends like you. Alhamdulillah Allah membenarkan kami melakukan kerja-kerja ini.

    ReplyDelete
  4. OO, we are happy to be able to help young mothers like you who are keen to educate your children the Islamic way, with quality education. Thank you for your encouragement and all your doa. We want our children to grow up and become better persons than we are because we did not have this kind of Islamic education.

    ReplyDelete