Wednesday 9 January 2008

Semua Berjalan Lancar

Alhamdulillah, ni baru dapat mengadap computer ni nak blog, lama dah tidak dapat buat entry. Kesibukan saya kerana mengedalikan sekolah MTAQSA. Bermula 1 hingga 5 hb January pelajar telah menjalani orientasi. Senior masuk pada 3 January, mereka bersuai kenal. Mulai 6 January kelas dimulakan. Pelajar-pelajar beratur 2 baris mereka berjalan (kawad) dari asrama ke sekolah. Pintu sekolah dari asrama lelaki hanyalah 50 meter, dari asrama perempuan 200 meter.

Setiap pagi 'morning walk' saya di tukar kapada sama-sama berkawad dengan pelajar-pelajar perempuan ke sekolah. Rasa suka berbuat demikian kerana selain dari boleh exercise, saya 'bangga' dengan kehadiran ramai pelajar saya berkawad, mencerminkan latihan disiplin di sekolah ini. Segak kelihatan pelajar-pelajar lelaki berpakaian jubah putih, kopiah putih, kasut dan setokin hitam menyandang beg berbaris kawad ke sekolah (nampak macam burung bangau)

Menghafal Al Quran telahpun berjalan lancar sejak hari pertama, sekarang ada yang sudah boleh menghafal 1 muka sehari. Kaedah hafalan kita ialah dengan cara membaca ayat-ayat hingga lancar, menulis ayat-ayat yang hendak dihafal, menghafal ayat-ayat yang ditulis, keesokkannya tasme' atau memperdengarkan hafalan kapada ustaz. Pelajar-pelajar diajar menghafal lancar sebutan, melihat ayat-ayat dalam minda secara fotography, mengingatkannya secara mengenal makna perkataan-perkataan umbi (root word) dalam ayat itu dan memahami secara keseluruhan maksud ayat.

Ada juga beberapa orang murid yang lemah dalam Al Quran tetapi selepas temuduga kami bersetuju menawarkan tempat pada mereka kerana minat mereka dan ibubapa ke jalan ini, cemerlang akademik tetapi baru mengenal Al Quran dan kalau kami tak ambil kemungkinan besar dia tidak akan ada peluang belajar Al Quran dan agama. Mereka saperti ini diberi bimbingan khas oleh ustaz.

Mata pelajaran akademik dan Agama juga telah bermula serentak. Semua buku-buku pelajaran agama adalah dalam bahasa arab, membuatkan ada pelajar-pelajar yang rasa kecut. Mereka diberitahu bahawa semua orang tak pandai bahasa arab sebab tu lah nak kena belajar. Ibubapa jangan bimbang sebab kita dahulu masuk sekolah inggeris pun dari tak tahu apa-apa, 3 tahun boleh mahir! Ada 3 orang ustaz mengajar pelajaran Agama. Dari segi pelajaran akademik pula tidak ada masaalah. Saya mengajar Bahasa Melayu, Inggeris dan Public Speaking. Pak Haji ajar sejarah dan Kemahiran Hidup. Seorang guru sambilan mengajar Maths dan seorang lagi mengajar Sains.

Hari ini saya dah mula mengajar Bahasa Melayu Ting 1. Memang seronok mengajar pelajar-pelajar sekolah ini. Mereka cerdik, cergas dan mudah menerima pelajaran. Itulah juga pendapat guru-guru sambilan berpengalaman yang pernah mengajar di sekolah ini (mereka adalah guru-guru sekolah biasa)

Masaalah yang telah kami lalui adalah juga seperti, pelajar yang sakit kerana merindui ibunya, kerana belum pernah berpisah dan terlalu dimanjakan. Kes pertama (lelaki), ada seorang murid yang mengalami 'freeze' hingga tidak boleh bernafas 'spasm' kerana fobia takut tinggal 'berasrama'. Jawabnya, kami suruh ibubapanya ambil bawa pulang hingga dia pulih boleh hantar semula. Kes kedua (perempuan), sakit pening dan muntah-muntah, kerana tidak boleh berpisah dari ibunya. Cara mengatasinya sama seperti yang tadi. Kes ketiga, menangis tidak boleh fokus hafalan (lelaki) sebab ingat dan rindukan keluarga. kes macam ini diberi 'counselling' sahaja. Kes keempat(lelaki), nak balek sebab jadual sekolah ini terlalu padat dan dia lambat menghafal al-Quran. Ini juga diberi 'counselling'. Kes minor medical seperti, demam-pening sembelit, cirit-birit, adalah perkara biasa bagi kami. Dari pengalaman kami dapati orang-orang Melayu terlalu memanjakan anak-anak hingga mereka tidak boleh berpisah dari ibu mereka. Ini adalah perkara yang kurang baik kerana semua orang sayang anak tetapi janganlah terlalu dimanjakan hingga akan menghadapi masaalah untuk anak dimasa hadapan. Janganlah jadikan anak kita seorang yang lemah semangat dan tidak boleh berdikari.Kita tidak dapati bangsa lain berbuat begini di dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Perkasakanlah Anak-anak Bangsa kita bermula dari rumah kita sendiri!

4 comments:

  1. This is a good enty as you are "right in the middle of battle field"..

    I observed that now most parents have spearation-anxiety, i pun sama masa anak yang first nak sekolah dulu but now dah mellowed sikit..you are right, anak2 kita jangan di "beban" kan sangat dengan emosi yang melampau2 - nanti susah sendiri.

    p/s: you pelajaran agama in arabic? wow! I dengar pun kecut nih! hehehehehe...from experience yang tak seberapa ni, I dulu masa form 1-3, ada belajar basic bahasa arab tapi tak continue langsung dah lepas tu..even yang ciput tu and that was more than 20 years back, ilmu tu masih ada sikit2 and macam root words boleh ingat lagi so bila baca quran tu, ada lah sedikit "sense" kat situ..

    ReplyDelete
  2. OO, yes I do feel that we are in the midst of a battle field. Mendidik, mengajar, counselling, memberi makan, memberi ubat, menghadapi ibu bapa yang pelbagai, membentuk dan menjaga standard dan imej sekolah, dsbgnya. We do all these for one main reason, ie to provide quality Islamic based education!

    ReplyDelete
  3. I do wish I can send my kids to boarding schools. Biar dia orng independent sikit. Tapi hubby reluctant...

    Mak Teh kena pandai handle all kind of stress lah ya? Beginning of the year, minor teething problem, biasalah kan...

    ReplyDelete
  4. Mamamia, tiap awal tahun itu perkara biasa dan dikira minor problems. Alhamdulillah by the third week they all have settled down. Rasa bahagia bila melihat atau mendengar mereka bersungguh-sungguh menghafal Al-Quran.

    ReplyDelete