Thursday 28 February 2008

Anak Orang Anak Kami

Assalamialaikum! Sejak membuka sekolah kami 3 tahun yang lalu, kami dapat ramai anak-anak baru. Setiap tahun bilangannya bertambah. Apabila kami membela dan mendidik anak-anak ini tak ubah seperti kami membela anak-anak sendiri. Kemudian perasaan kesihan dan sayang pada anak-anak orang pun ada. Ibu saya pernah berkata apabila mendengar saya dan Pak haji membuka sekolah ini," Hai tak penatkah hampa? Selepas penat menjaga anak-anak sendiri, ni menjaga anak-anak orang pula?"

Mendengar itu saya terdiam tak terkata apa-apa, sedangkan Pak haji hanya tersenyum. Beberapa lama kemudian saya terfikir mungkin ini diantara hobby kami iaitu memdidik. Dua hari lepas kami terpaksa memanggil parents seorang pelajar kerana didapati budak itu suka mengganggu ketenteraman pelajar-pelajar lain. Ada-ada saja perkara yang dia buat melanggar peraturan asrama. Kalau ikut hati kami panas memang elok dibuang sekolah sahaja budak itu. Tetapi ada perkara yang menghalang kami berbuat demikian, pertama, budak ini tidak akan menjadi orang akan terus hanyut kalau kami buang dari sekolah dan kami amat sedar itulah yang syaitan harapkan supaya budak ini tidak menjadi Al-hafiz. Kedua budak ini pelajarannya agak bagus dan hafalan Al-Qurannya mantap. Ketiga Pak haji dah sayang anak orang yang dia didik ni yang dia percaya masih dapat dibentuk perangai dan akhlaknya.

Oleh yang demikian Pak haji telah menjatuhkan hukuman gantung dari sekolah selama seminggu. Parents dia pun datang malam itu, menerima hakikat perangai anaknya yang salah itu dan bersetuju dengan hukuman Pak haji terus bawa dia pulang. Sejak dua hari pelajar yang dihukum itu tidak ada, nampaknya keadaan tenang dengan pelajar-pelajar lain bernafas lega serta melakukan aktiviti mereka dengan penuh semangat dan keceriaan.

Mak teh harap kepada ibu-ibu yang membaca blog ini, usahlah bimbang, kami akan pantau semua pelajar-pelajar setiap masa. Kalau anda tidak dapat panggilan telefon dari kami bermakna anak anda dalam keadaan bagus, sihat dan sedang tekun belajar atau aktiviti ko-ku yang mereka amat suka. Kalau ada berita dari anak-anak dalam bentuk pengaduan ambillah (percaya) 50% sahaja. Kalau berita gembira seperti, sekolah ni best, makan best, belajar dengan Pak haji dan Mak aji best, yang macam tu bolehlah ambil (percaya) 100% ! He, he he nak jaga anak orangpun susah tau!

8 comments:

  1. Tak ramai orang boleh buat macam makteh dan pak aji, jaga dan mendidik ramai anak-anak bukan perkara mudah.

    Saya amat terhutang budi pada arwah ummi (students panggil dia ummi ) dan ayah min di kubang kerian kerana begitu dedikasi mendidik anak kami Zaid di sekolah tahfiz Al Imam yang pelajar nya semua amat sayang akan mereka berdua.. makteh dan pak aji pun akan diingati anak-anak murid makteh nanti InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Selepas kami dah melawat Mak Teh dan Pak Haji serta anak-anak didik di bawah jagaan Mak Teh berdua, kami sedar kerja di jalan Allah ini (InsyaAllah) pastinya menuntut pengorbanan yang sangat besar dan kerana mulianya kerja ini, maka syaitan yang mengacau pun tentunya "besar-besar dan hebat-hebat juga".

    Bukanlah satu kerja yang mudah nak dibuat apalagi perlukan istiqamah. Orang yang membimbing juga perlu kan kekuatan yang bukan "sekadarnya"..

    Saya berdoa agar anak-anak MTAQSA nanti menjadi orang yang cemerlang dunia dan akhirat, particularly anak yang sekarang ni kelihatan bermasalah. Mungkin jua Allah pilih dia sebagai cobaan.

    Teruskan lah Mak Teh juga Pak Haji melangsungkan kesinambungan serta memartabatkan agama Islam kita ni! Ramai orang berdo'a untuk kejayaan kalian, insyaAllah!

    ReplyDelete
  3. Sarina, kami ni memang tegas bila mendidik anak-anak termasuk anak-anak orang tu. Jadi tak taulah mereka akan suka atau tak suka kita kelak. Namun dalam perkara lain juga kami tak anggap mereka anak orang. Umpamanya Bila beri makan nak beri yang bagus dan sedap, walaupun harga makanan sekarang naik.

    ReplyDelete
  4. OO, terima kasih atas doa anda itu. Betul kamipun sedar dugaan yang sedang kami lalui berkaitan anak yang sedikit bermasaalah ini. Dia dah tahu berfikir mana yang baik dan buruk untuk dirinya. Jadi kami akan beri dia sedikit kaunselling nanti. Kalau dia tak ubah perangai dia maka dia akan di keluarkan dari sekolah ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mak teh,
    Salam perkenalan dri umie,,, tadi dari blog Onde-Onde terus ke mari. Seronok membca pengalaman yang makteh tulis disini.
    Doa umie semoga segala amalan mulia yg makteh dgn Pak Haji lakukan mendapat keredaan dan keberkatan dari Allah...

    ReplyDelete
  6. Walaikumusalam umie, selamat berkenalan. Kalau nak dengar banyak cerita rajin-rajinlah kunjung blog mak teh. Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Salam Makteh,
    alamak, tadi pagi saya ternampak MakTeh kat pasar...tapi makteh nampak serius dan tunduk jek... saya nak tegur pun takut..hehehe...

    ReplyDelete
  8. Maaf nurazzah! Mak teh sibuk pagi tadi sebab Pak haji baru kematian saudaranya. Kami menguruskan jenazah yang dibawa ke Shah Alam dan kemudian telah selamat dikebumikan di Bukit Kiara sebelum tengah hari tadi.

    Lainkali you kena tegur mak teh sebab saya kurang nampak orang kerana tak pakai glasses dan mungkin juga kerang ingat wajah you. Hehe, kena faham orang dah warga emas ni.

    ReplyDelete