Salam semua! Pagi ini cuaca redup dan hujan turun renyai-renyai. Walaupun bagi sekolah kami hari ini merupakan cuti hujung minggu, namun anak-anak tahfiz kami sibuk dengan kelas khat dan kemudian di hantar ke Perputakaan Negeri. Bagi anak-anak tahfiz banat mereka ke perpustakaan dari jam 12.00- jam 3.00 petang. Bagi anak-anak tahfiz lelaki, mereka dihantar ke pepustakaan Negeri selepas solat jumaat dari jam 3.00 - 6.00 petang.
Ini ialah seorang kadet Tahfiz Puteri. Puteri kami ini akan mewakili Daerah Petaling untuk pertandingan Tilawah Hafazan minggu hadapan. Kami iringi beliau dengan doa -Semoga dia berjaya. Ameen!
Gambar ini menunjukkan barisan Kadet Tahfiz sedang membuat latihan kawad. Mereka berlati berkawad 2 kali seminggu. Latihan kawad ini wajib untuk semua pelajar kerana ia akan membentuk disiplin pelajar. Dengan latihan ini mereka di ajar menerima arahan dari ketua.
Barisan mereka close-up. Di hujung barisan sana kelihatan Cik Su, anak bongsu mak teh. Dia dalam Ting 2 Tajwid.
Selepas penat berlatih kawad, mereka diupahkan dengan minuman teh tarik special. Itu sebabnya anak-anak tahfiz kami suka aktiviti di sekolah ini.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Mak Teh,
ReplyDeleteApa nama sekolah? Dekat2 Syed Restoran tu ke??? I namapk budak2 archery kat padng sekolah kat situ, but I tak aware tu sekolah apa.
Sekolah Mak Teh ada untuk primary & secondary ka? I dok tercari la la sekolah tahfiz nak hantaq anak , tak jumpa last2 my son pi Jais integrated school in Sec 19. Do u have any website I can surf dak? Tq
Sekolah kami nama Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Shah Alam ( www.mtaqsa.com ) Yang you nampak tu ahli-ahli kelab memanah kamilah berlatih hari Sabtu dan Ahad.
ReplyDeleteBaru tahun ini kami mulakan Sekolah Rendah Tahfiz. Kami ambil murid darjah 1 & 2. Kalau minat datanglah bawa anak sekali. Call dulu, ok?
barulah dapat imagine sekolah Mak Teh bila tengok aktiviti macam ni..
ReplyDeletebestnya laaa.... lengkap anak-anak ni ilmu dunia akhirat.. ALhamdulillah...
Neeza, kami menubuhkan sekolah ini bertujuan untuk memberi pendidikan yang seimbang.
ReplyDeleteAnak-anak ini dididik untuk menjadi orang yang boleh maju kehadapan, serba boleh, tidak kekok bersaing bersama bangsa-bangsa lain serta mempunyai pendidikan agama yang mantap agar mereka sendiri dapat menilaikan baik dan buruk.
Sekurang-kurangnya mereka selamat dari gejala sosial yang amat buruk melanda masyarakat kita sekarang
ini.