Assalamualaikum!
Hari ini hari cuti umum sempena Maulidur Rasul. Anak-anak tahfiz kami menyambutnya dengan menghadiri perhimpunan di Stadium Melawati. Mereka baru saja bertolak. Cuaca di Shah Alam sekarang ini nampak mendung menandakan kemungkinan hujan akan turun pada pagi ini.
Hari ini anak-anak tahfiz tidak disuruh berpuasa sunant kerana kami tidak mahu memberatkan mereka. Makanan rihat jam 10.30 pagi, kami tidak sediakan untuk mereka kerana kami tidak pasti pukul berapa mereka akan pulang dari stadium. Aku sudah pesan kepada mereka supaya bawa bekalan air minuman dan sedikit duit poket.
Nampaknya anak-anak tahfiz sangat suka aktiviti sebegini. Malam tadi mereka telah menyertai seminar sempena Maulidur Rasul di Masjid Negeri hingga jam 11.00 malam. Tak letihkah mereka ini? Aku pernah bertanya kepada mereka, apabila ada aktiviti yang berturut-turut begini. Serentak mereka menjawab, " Tidaaakk ! " Apa aku nak kata lagi, hanya membenarkan mereka menyertai aktiviti seterusnyalah.
Pak haji dan aku sebagai ibubapa selalunya prihatin akan keletihan dan kepenatan mereka. Oleh sebab itu kami tidak membenarkan mereka keluar bermain bola setiap petang. Anak-anak tahfiz banan sentiasa mengambil peluang nak bermain bola selepas aktiviti wajib dipetang hari. Kami tidak benarkan perkara ini berlaku kerana bermain bola akan membuat mereka terlalu keletihan ( hari bermain bola mengikut jadual hanya seminggu sekali ). Kalau mereka terlalu letih, pada malam hari mereka tidak dapat membuat hafalan al-Quran. Pak haji berkata kalau mereka terlalu letih semasa buat hafalan ada yang kepala sudah menungging ke lantai, maka tidak ada cara lain
melainkan terpaksa menyuruh anak itu masuk tidur.
Gambar menunjukkan Pak haji sedang mengajar sesuatu pada malam hari di asrama Putra
Mereka sedang menbuat sesuatu aktiviti di asrama
Kerana terlalu keletihan ada yang tertidur walaupun orang lain sedang menghafal atau membuat kerja-kerja sekolah
Itulah serba sedikit kehidupan anak-anak tafiz kami di asrama. Yang penting bagi kami setiap hari mereka sihat, ceria dan aktif dalam menghafaz al-Quran, dalam pelajaran dan juga aktiviti ko-kurikulum.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
baru nampak Pak Haji... macam orang sini dah dia ya. Alhamdulillah.. ikut sunnah nabi simpan janggut..
ReplyDeletekat sini kan Mak Teh, diorang kata, kalau tak simpan janggut, bukan orang Islam (extremist la tu.. )
Mak Teh bila nak menjelma pulak ;)
Neeza,
ReplyDeletePak haji dah simpan janggut sejak sebelum kahwin lagi. Janggut dia mula putih setelah berumur 40 tahun. Orang panggil dia juga Tok Janggut Putih. Masa muda sikit orang panggil dia Osama ben Ladin. Beberapa tahun lepas orang panggil dia Abu Bakar Bashir. Bila pergi overseas ada orang dia " Babaji " . Hehehe, bertuahnya Pak haji, macam macam gelaran dia dapat!
Maaflah, mak teh belum mahu appear lagi. So we can leave that to your imagination! Hehehe!
Salam Mak Teh!!
ReplyDeleteWah blog Mak Teh berwajah baru! Tahniah.
Mr Janggel! Selamat datang ke rumah baru mak teh. Nak kasi cantik sikit, rumah lama dah jemukan?
ReplyDelete