Assalamualaikum!
Hari ini hari Ahad, bagi kebanyakan orang merupakan hari cuti hujung minggu. Namun bagi kami hari ini adalah hari pertama minggu ini. Bagi mak teh hari ini adalah hari yang sibuk setelah solat subuh kepala ligat berfikir jadual hari ini.
Awal pagi lagi mak teh telah ke pasar. Mahalnya harga ikan membuatkan mak teh terkedu, tak tahu apa yang hendak dibeli. Maka mak tehpun duduklah berehat seketika di sebuah bangku yang disediakan di pasar itu kerana terasa sakit pula kaki kananku yang sememangnya dok sakit tapi aku buat tak tahu sahaja. Aku tunduk memicit tapak kaki, kelihatan ada bekas sengat terlekat menusuk tapak kaki. Rupan-rupanya rasa bisa itu sebab aku telah terpijak lebah yang banyak bertaburan di lantai rumahku sejak beberapa bulan yang lalu. ( Ada lebah buat sarang di atas pokok tepi rumahku )
" Assalamualaikum ! " satu suara menyapa mak teh.
" Waalaikumusalam " jawabku sambil mendongak kepala melihat orang yang menyapa.
" Hajjah! Berapa orang anak-anak ada belajar dalam madrasah Hajjah? " tanya orang yang menyapaku, seorang pemuda India muslim yang aku amat kenal sebagai tauke sebuah kedai makan tidah jaug dari sekolah kami.
" Ada 60 orang , kenapa? "
" Saya ingat mau kasi makan diorang, mau sedekah hari Khamis atau Jumaat. Nanti saya telefon Hajjah. Hajjah kasi saya nombor telefon "
" Ok !" kataku seraya memberi nombor handphone ku dan dia terus memicit kedalam fonnya.
" Awak fon saya satu hari sebelum ya! " sambungku " supaya hari itu saya tidak masak, kalau tak membazir nanti. "
" Ok , saya fon Hajjah ! Hajjah kenalkah saya ? "
" Mana boleh tak kenal ! Kan kami selalu order banyak ( borong ) roti canai kat kedai awak? "
" Ya, ya, ok nanti saya call. " Pemuda itu tersenyum lalu pergi.
" Alhamdulillah ! " berkata hatiku.
Sakit dan bisa di kaki dah kurang terasa. Akupun bangun segera menjalankan tugasku membeli barang sedar keperluan kami. Allah sentiasa membantu dalam urusan kami setiap hari. Aku tak perlu takut kekurangan wang untuk membeli keperluan anak-anak tahfiz kami. Rezeki mereka sentiasa murah!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Alhamdulillah. Syukur.
ReplyDeleteAmalan dan rezeki sentiasa melimpah.
Alhamdulillah....sesungguhnya semua/segala rezeki datangnya dari Allah SWT semata...
ReplyDeleteAbang Long, Alhamdulillah kami sentiasa bersyukur. Mak teh dan Pak haji amat bersyukur kerana diizinkan Allah untuk kami melakukan kerja-kerja ini.
ReplyDeleteNurazzah, benarlah kata-kata itu. Beberapakali kebenaran itu terbukti apabila kami didalam keadaan tidak ada, pertolongan datang melalui hamba-hambaNya.
ReplyDelete