Salam Semua!
Beberapa tahun dahulu ( dah lama dah ) seorang pekerjaku bertanya, " Puan, bagaimana puan mendidik anak-anak hingga mendapat keputusan cemerlang ?" Masa itu salah seorang anakku mendapat keputusan SPM cemerlang.
Aku memandangnya, berfikir, kemudian sambil tersenyum berkata, " Nantilah suatu hari saya akan ceritakan " Aku tidak mahu bercerita semasa itu kerana memikirkan masih ramai anak-anakku yang masih kecil. Kejayaan seorang anak tidak bermakna kami berjaya sebagai ibubapa melainkan yang lain juga turut cemerlang.
Kemudian baru-baru ini anakku yang ke 8 telah mendapat keputusan yang mengembirakan kami walaupun tidak secsmelang keputusan orang lain. Kami telah lama sedar bahawa tiap anak mempunyai tahap dan kebolehan masing-masing. Insya-Allah rasanya anak ini juga boleh menjejakki sebuah Universiti. Anak-anak yang lain ( kecuali yang bongsu )semua telah menjejakkan kaki ke Universiti, ada yang sudah bekerja dan ada 3 orang lagi yang masih menuntut.
Anak yang bongsu sedang dalam Ting 2 sekolah kami. Insya-Allah selain jadi seorang Al-Hafizoh, dia juga akan ke menara gading di suatu hari nanti. Minat dia adalah dalam bidang Sains Astronomy. Dengan kedudukan anak-anak dan pencapaian mereka sekarang, bolehlah aku bercakap sedikit tentang bagaimana kami mendidik anak-anak dalam pelajaran dan melorongkan mereka agar tercapai matlamat yang di tuju.
Semasa anak-anak masih di sekolah rendah lagi kami sudah dapat mengukur tahap kecerdasan dan kecenderongan mereka. Galakan di beri kepada mereka dalam semua perkara dan bidang. Kami mengikuti perkembangan pembelajaran mereka di sekolah. Ada anak yang suka subjek matematik dan sains. Ada anak yang lebih minat subjek seni lukisan dan kraftangan. Apapun minat mereka kami menggalakan mereka dan menambah minat dan pengetahuan dalam perkara itu dengan membeli buku-buku dan alat-alat yang berkaitan dengannya. Namun kami tidak memaksa mereka mengambil sesuatu jurusan.
Boleh dikatakan kesemua anak-anak kami dapat menyatakan dengan tegas, mereka akan mengambil sesuatu jurusan itu di penghujung Tingkatan 3. Ini disebabkan kami telah menyediakan mereka dan minda mereka lebih awal dari sekolah rendah lagi untuk membolehkan mereka membuat pilihan. Jadi apabila masuk Tingkatan 4 dengan mudah anak-anak dapat memilih jurusan mereka ( Arts atau Sains ) Dari situ kami akan membantu mereka membuat pilihan subjek yang bersesuaian. Subjek-subjak yang yang di pilih akan di padankan dengan syarat-syarat perlu untuk memasuki Universiti dan fakulti pilihan mereka. ( Ininlah point yang sangat penting yang ibubapa abaikan. Ibubapa selalunya mengikut arus sahaja dan menunggu keputusan cemerlang anak-anak. Ini merupakan kesilapan yang besar! )
Misalnya anak pertama bercadang mengambil jurusan undang-undang. Jadi semasa naik Tingkatan 4 kami tidak menggalakan dia mengambil subjek Add Maths dan Subject Pure Science. Mula-mula dia protes mengatakan kawan sekelas ( top students ) semua mengambil subjek-subjek tersebut. Puaslah kami menerangka kepadanya tidak perlu mengambil subjek-subjek tersebut kalau nak masuk jurusan undang-undang. Akhirnya dia bersetuju dan sejarah telah membuktikan anak ini dapat keputusan yang cemerlah dalam subjek-subjek relevant untuk tujuan jurusan yang dipilih. Pernah anak ini bercerita bagaimana seksanya seorang sepupunya yang mengambil aliran sains ( yang dipaksa ibubapa )kemudian mendapat keputusan kurang cemerlang dan akhirnya memilih jurusan undang-undang juga. ( kami selalu berkata kenapa ibubapa nak susahkah hidup anak ! Oramg Melayu suka mengikut arus dan malu mengambil jalan lain daripada orang lain ). Anak kami ini sedang bekerja sebagai Pegawai Undang-undang di sebuah Institusi Kewangan Negara.
Anak kedua telah menunjukkan kecemerlangannya dalam subjek-subjek sains di Ting 1 hingga 3. Dia telah mendapat tempat ke 3 dalam Ujian Physics seluruh Malaysia ( semasa di Ting 3) Perkara ini membuat kami berangan dan mengandaikan dia akan mengambil bidang Kedoktoran atau Kejuruteraan. Agak terkejut kami apabila naik Ting 4, dia telah menyuarakan mahu menjadi seorang arkitek. Maka kamipun menyediakan dia untuk mengambil mata pelajaran Seni Lukisan di samping subjek-subjek sains yang semestinya perlu. Di pendekkan cerita dia telah mendapat keputusan cemerlang SPM dan telah kami hantarkan ke U.K untuk buat A level dan kemudiannya masuk Universiti di U.K dan sekarang bekerja sebagai seorang Arkitek.
Anak ketiga, merupakan ujian kesabaran kami dalam mendidik anak-anak untuk mencapai tahap pembelajaran yang tinggi. Pada permulaan alam persekolahan dia lambat membaca kerana mengalami sedikit sindrom dyslexia ? Semasa sekolah menengah gurunya tidak mempercayai kebolehannya. Dengan usaha gigih Pak haji dan anak ini akhirnya dia berjaya mencapai tahap Masters in Buisness Management UiTM. Sedang membantu kami mengurus sekolah kami.
Kerana menghadapi cabaran berat semasa mengandung, Anak ke-4, di lahirkan dengan sifat mahu banyak tidur. Kebolehan awal yang yang di tunjuknya ialah bakat modelling dan kraftangan. Tentu saja hadiah-hadiah yang diberi padanya adalah jenis bahan-bahan melukis dan seni kraftangan. Habis kain diguntingnya buat baju barbie dolls. Sangat jelas perjalanannya masa depannya menghala ke modelling dan fashion designer kalau kami tidak menarik perhatianya kearah lain. Mula-mula Kami ikut rentak dia tetapi setelah naik Sekolah menengah secara perlahan-lahan dan hati-hati Pak haji telah mengalih minatnya supaya di lorongkan ke arah seni yang lebih sesuai. Walaupun sekolahnya pada mulanya tidak menyediakan kelas seni lukisan, ( Ni sebuah sekolah cemerlang aliran Sains ) Pak haji telah memujuk Pengetua sekolah itu mengadakan kelas itu. Akhirnya anak ini dapat memasukki UiTM mengambil bidang arkitek interior dan sekarang sedang bekerja di firma yang sama dengan abangnya.
Anak ke-5 masih menuntut di Jordan sememangnya telah berazam hendak menjadi seorang doktor sejak darjah 5 lagi. Sejak itu, buku-buku, barang-barang permainan yang di hadiahkan kepadanya semua berkait dengan minatnya. Sebutir tengkorak plastik menjadi permainannya, di letakkan dalam biliknya. Semasa di asrama, kami telah membekalkannya sebuah Kotak First Aid. Kami bekalkan panadol, vitamins, ubat-ubat keperluan dia, minyak sapu, cream, dan segala bahan farmasi yang tidak berbahaya dan dia tahu menggunakannya. Dia juga ada sebuah stethescope, thermometer, dan torchlight kecil. Jadi di asrama, kawan-kawan yang sakit akan datang mengadu kepadanya dahulu sebelum dia suruh report pada guru bertugas untuk di bawakna ke hospital atau kelinik sekiranya kes itu bukan tahap panadol dan vitamin. Kawan-kawan suka datang kepadanya kerana, panadol, vitamin dan krim sapu di beri secara percuma, sedangkan mereka kena bayar 20 sen untuk sebiji panadol dari guru bertugas. Begitulah cara kami mengambil serious memupuk minat anak-anak.
Kami telah mendapat hidayahNYA untuk membawa anak yang ke-6 dan 7 ke jalan agama. Awal-awal lagi anak-anak ini telah di hantar belajar Al-Quran, bahasa arab dan agama kesebuah negara yang jauh. Pengembaraan kami membawa anak-anak ini ke jalan yang berbeza dari anak-anak yang terdahulu terlalu panjang untuk di ceritakan disini. Mungkin disuatu hari aku akan menulis sebuah buku mengenai perjalanan kami ini. Kerana anak-anak ini juga kami telah di "tarik" untuk membuka sebuah Maahad Tahfiz, sekolah kami sekarang ini. Alhamdulillah kedua-dua anak ini sedang menuntut di Al-Azhar Mesir dalam bidang Usuluddin dan Qiraat.
Itulah kisah bagaimana kami berusaha mencanai, membentuk dan melorong anak-anak dalam pendidikan mereka. Ada orang melahirkan sedikit kehairanan bagaimana anak-anak kami mendapat jurusan yang dipilih apabila membuat permohonan masuk ke Universiti?Mereka selalunya dapat memasuki fakulti yang menjuruskan kepada cita-cita mereka dalam sesuatu bidang. Apa yang telah aku ceritakan itulah ringkasan caranya dalam usaha-usaha kami membantu melorongkan anak-anak ke matlamat yang mereka ingin capai.
Alhamdulillah! Semua kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Elok makteh bukukan pengalaman mendidik anak2 makteh agar dijadikan panduan buat ibubapa .
ReplyDeleteAlhamdulillah makteh dikurniakan anak2 yang pintar dan berakhlak mulia.
Sarina,
ReplyDeleteCoretan mak teh dalam blog adalah permulaan usaha hendak membukukan pengalaman kami. Mak teh juga mahu feed-back melalui komen supaya mak teh tahu apa yang pembaca ingin tahu.
Insya-Allah mak teh akan usaha menulis buku berdasarkan pengalaman kami agar ibubapa muda dapat faedah darinya.
Alhamdulillah! Kurniaan Allah kepada kami anak-anak yang kami kasihi. Namun bukan semua anak-anak itu top grade students. Kami pimpin mereka berusaha sebaik mungkin.
bila dah ada anak ni, neeza rasa susahnya lah nak didik anak-anak dengan elok..
ReplyDeletebanyak benda dalam diri sendiri kena perbaiki.. sifat yang cepat naik angin kena kurang. sifat sabar kena banyak..
bila neeza mengadu kat orang, anak-anak neeza macam tak minat sangat nak belajar, diorang kata takpe.. kecil lagi mereka..
tapi, neeza tak lah rasa mereka kecil..
tak tahu lah.. susah juga jadi parents..
tabik dengan Mak Teh dapat didik anak-anak hingga berjaya...
Neeza,
ReplyDeleteIbu muda selalunya kurang sabar berbanding ibu-ibu yang berumur. Insya-Allah bila berumur sedikit anda akan jadi ibu yang penyabar. Sabar itu amat perlu terutama kalau nak anak ramai.
Asal mereka dah masuk sekolah berikan special treatment iaitu mereka ada meja study sendiri. Cuba cara ini nescaya mereka akan rajin buat kerja sekolah dan mengulang pelajaran. Jadikan ianya satu kebiasaan melekat kat meja study. Aktiviti melukis dan kraftangan saya benarkan dibuat di atas lantai.
Jangan marah-marah kalau anak-anak sepah-sepah. Kita simpan dan ajar mereka kemas. Jangan juga marah atau pukul anak yang melukis di lantai atau dinding. Cara yang betul ialah membelikan mereka banyak crayons, colour pensils dan warna dan galakan mereka melukis di atas kertas lukisan. Untuk yang suka artwork berikan mereka satu kotak khas untuk peralatan mereka.
salam kenal ...
ReplyDeletetabik spring kat mak teh berjay amendidik anak sebegitu
Salam kulna Jentayutiara!
ReplyDeleteTerima kasih mengikuti blog mak teh. Semoga mendapat faedah darinya.
salam mak teh,
ReplyDeleteanak sulung saya lelaki berumur enam tahun dan masih belum tahu membaca. setakat ini,dia boleh mengira, mengenal abjad dan angka dan boleh mengeja/membaca 2 suku kata sahaja.mengaji juga dia boleh.Alhamdulillah sudah iqra2.namun yg membimbangkan saya penulisannya lemah.
semasa membimbing dia menulis abc di dalam buku sekolah, dia mengambil masa setengah hari untuk 1 muka surat.lama kelamaan semakin improve dimana 3-4 muka surat dalam sehari. baru2 ini saya cuba melakukan spelling di rumah. ada beberapa perkataan dia menulis 'b' sbg 'd' dan huruf 'g' dan 'm' secara terbalik.adakah anak saya seorg deslexia?
di sekolah anak sy kurang pandai bergaul dgn kawan.dia suka melakukan aktiviti sendiri dan suka explore sesuatu yg dirasakan pelik.dia kurang menumpukan perhatian terhadap cikgu dan disebabkan itu dia dkehendaki duduk bersebelahan cikgu di dalam kelas.
hari ini dia membawa balik buku latihan. sya menyemak dan mendapati tiada 1 mukasurat yg ditulis penuh dari papan putih.sebelum itu saya pernah melihat buku rakan sekelasnya dimana berjaya menyalin hampir keseluruhan nota cikgu di papan putih.kecuali 1 mukasurat di mana dia dikehendaki melukis ciptaan2 Allah dia berjaya melukis dan mewarnakan dengan agak baik.
sebagai org yg berpengalaman apakah bantuan dan tips yg saya boleh amalkan untuk membantu anak saya di rumah? hal ini amat menggusarkan saya kerana sebagai suri rumah waktu anak lebih banyak bersama saya dan saya tidak mahu gagal menjalankan tugas mendidiknya.saya khuatir jika dia bersekolah tahun depan dia akan ketinggalan jauh di kalangan pelajar lain..
harap mak teh dapat membantu, terima kasih
Salam Ibu Aman.
ReplyDeleteNampaknya anak puan ada tanda-tanda dyslexia dan juga keadaan tenggelam dalam dunianya sendiri dan asyik membuat sesuatu berulang-ulang ( ? lupa namanya pada saat ini ) . Eloklah puan bawa dia pergi berjumpa pakar kanak-kanak dalam bidang ini. Mereka akan dapat membantu puan dan menerangkan apa yang sepatuttnya puan lakukan setiap hari untuk mendidik anak ini.
Puan usah bimbang kedua-dua perkara ini boleh di atasi namun ianya memerlukan ketabahan dan kesabaran seorang ibu. Insya-Allah puan akan dapat melakukannya. Nasib baik puan seorang suri rumah, maka dapatlah puan bersama anak ini sepenuh masa.
Latihlah dia membaca dan menulis setiap masa tanpa jemu. Insya-Allah puan akan dapati prestasinya akan meningkat.
Selamat berjaya mendidik anak-anak dan jadilah seorang ibu mithali.