Salam Semua!
Hari ini mak teh nak sambung perkara yang mak teh tuliskan semalam. Mungkian akan berfaedah untuk sesetengah pengikut blog mak teh.
5) Untuk Melatih Mereka Pemurah Dan Prihatin
Setiap kali keluar shopping atau ke pasaraya anak-anak di latih memberi sedekah terutama kepada orang-orang buta. Bermula anak-anak itu berumur 4 tahun kami akan berikan wang dan menyuruh mereka memberi sendiri wang kepada peminta sedekah. Kerana latihan begitu, mereka sendiri yang akan minta wang untuk diberikan setiap kali ternampak peminta sedekah.
6) Untuk Melatih Mereka Suka Belajar
Tiap anak yang telah masuk Tadika mempunyai meja masing-masing di ruang study mereka. Mereka di beri pujian berpatutan kalau mendapat markah yang bagus. Kemudian semua orang digalakan belajar penuh minat. Melainkan membaca buku cerita sebelum tidur semua kerja sekolah atau membaca untuk pelajaran tidak di galakkan dibuat dalam bilik atau atas kati. ( Apabila mereka dah pringkat Diploma atau dah masuk Universiti barulah meja study didalam bilik mereka )
Mereka tidak dibenarkan menonton tv malainkan 1 atau 2 rancangan sehari sebelah petang yang telah di luluskan oleh Bapa mereka.
Kami memberi banya buku tambahab atau peralatan yang sesuai mengikut perkara yang mereka minati.
7) Untuk Menjadikan Mereka Orang Berani Dan Positif
Kami selalu membawa anak-anak keluar melawat atau melancung. Kami tidak tumpukan kepada Bandar dan hotel-hotel besar. Kami juga telah membawa mereka ke kampung, dusun dan hutan, laut tasik dan bukit. Anak-anak enjoy semua jenis outing tanpa memilih tempat atau jenis outing. Di hotel besar atau berkhemah sama saja mereka enjoy. Mereka suka adventure dan tahu kepelbagaian situasi yang di tempuh. Kalau kami cemas, merekapun cemas dan tidak buat banyak kerenah dan kalau kami suka merekapun tahu caranya.
Sukan berenang dan berkuda di antara sukan yang baik untuk anak-anak kami. Mereka boleh kami lepaskan berenang di swimming pool dan laut yang tidah merbahaya. Manakala sukan berkuda pula memberanikan diri mereka menghadapi pelbagai situasi.
8) Untuk Melatih Mereka Merendah Diri ( Humble )
Untuk melatih anak-anak merendah diri dalam ertikata humble, janganlah ibubapa bercakap bersar di hadapan mereka. Janganlah menunjuk kepada anak-anak bahawa kita lebih dari orang lain. Kalau betul ada keadaan yang menampakkan kita lebih hendaklah mengajar mereka bersimpati. Kalau anak-anak pulang menceritakan ada kawannya berkata anak kita itu orang kaya, maka kami ajarkan mereka berkata kapada kawan bahawa kami orang sederhana, tidak kaya dan tidak miskin. Itulah juga yang di suruh jawab kalau ada kawan-kawan yang bertanya demikian. ( Budak-budak memang pandai bertanya begitu sesama mereka )
9) Untuk Kasih Sayang Dan Bertoleransi Sesama Mereka
Mereka di ajar memberi pakaian yang sudah tidak muat kepada adik-adik. Dan Adik-adik di ajar mau menggunakan pakaian itu.
Mereka diajar boleh kongsi bilik dengan adik-adik dan membenarkan adik-adik mengguna barang-barang mereka kalau di minta kebenaran berbuat demikian. Mereka di larang sama sekali mengambil dan menggunakan barang adik-beradik lain tanpa kebenaran.
10) Menjalinkan Silaturrahim
Semasa anak-anak kecil kami selalu membawa anak-anak ke rumah saudara-mara. Kami juga selalu membuat majlis, party. makan-makan dan kenduri menjemput ramai saudara-mara. Permulaannya dan contoh merapatkan silaturrahim telah kami tunjukkan. Namun apabila nak-anak besar mereka sendiri tahu menilaikan mana sanak-saudara yang ikhlas dan rapat dengan mereka.
Sekian dulu untuk hari ini dan besok mak teh akan cuba tunjukkan bagaimana kami membentuk lorong untuk career anak-anak yang masing-masing bebeza kebolehan dan minatnya. Terima Kasih.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Alhamdulillah, cukup saya kenal Alia sorang sebagai anak makteh, saya tau kebenaran segala apa yang makteh katakan, memang Alia adalah contoh anak yang baik hasil didikan baik Makteh dan Pak Haji .
ReplyDeletebagus nih.. lagi banyak info berguna yang boleh neeza praktikkan..
ReplyDeletethanks ya Mak Teh..
Neeza akan cuba buat apa yang Mak Teh tulis disini.. Insyaallah..
Tips yang bagus sebagai panduan buat yang ada anak2 yang tengah membesar macam kami ni...
ReplyDeleteMemang anak2 pandai bertanya soalan "kaya/miskin" ni, somtimes mereka judged dgn melihat rumah kawan-kawan.
Anak kami pernah balik satu hari tu, masa tu van sekolah hantar mereka balik dan kawan anak2 ni bila sampai jer depan rumah kami berkata pada kakaknya yang sama-sama ada dalam van:
"rumah dia orang buruk kan?"
Anak kami ni agaknya berkecil hati dengan kawan dia tadi, bagi tau lah hal tersebut.
What I told them is this:
"tak kisah lah rumah kita kat dunia ni buruk pun, asalkan rumah kita di akhirat nanti lebih cantik dan indah daripada segala rumah yang ada di dunia ni dgn syarat kita...(lepas tu saya syarahlah anak2 what they are suppose to do)
Sariana,
ReplyDeleteKembang hati mak teh membaca kata-kata pujian Sarina itu. Terima kasih banyak.
Alia dulu balik cutipun selalu bercerita " Baik unty Sarina tu mak ! Dia selalu belanja kami makan! "
Alhamdulillah anak mak teh bertemu , berkenalan dan berkawan dengan orang yang baik seperti Sarina.
Neeza,
ReplyDeleteSilakan ! Kalau ada apa-apa yang boleh pakai sebagai panduan ambillah. Dalam pada itu adaptasilah kepada keadaan dan situasi keluarga anda. Lain padang lain belalang kan?
Lagipun tidak rugi kita membaca pengalaman orang lain supaya kita tahu bagaimana orang lain menangani atau mengatasi sesuatu keadaan.
OO,
ReplyDeleteEloklah di jelaskan kepada anak-anak begitu. Kita juga hendaklah mengajar anak-anak jangan react kepada perkataan atau perbutan orang lain.
Kita kena mengajar mereka mengambil sikap " We are ok, they are ok." Kita semua sama saja walaupun berbeza. Yang penting kita semua hendaklah bersyukur.