Thursday 5 March 2009

Teringat Anakku Lia


Pagi-pagi mak teh mesti jenguk blog dahulu sebelum ambil sarapan. Awal pagi ini teringat akan anak mak teh Lia yang sedang menuntut di Jordan.

Malam tadi Lia telefon dari Jordan minta mak teh doakan dia nak exam. Biasalah kalau ada saja anak yang nak exam depa mesti telefon minta didoakan. Insya-Allah mak teh dan Pak haji sebagai ibubapa akan doakan mereka dan selalunya membuat solat hajat juga memohon kejayaan anak-anak. Inilah halnya sebagai ibubapa sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak dan mak teh percaya ibubapa lain juga begitu.




Lia memang seorang anak yang aktif dan berani sejak kecil lagi. Gambar ini menunjukkan Lia sedang menunggang kuda di sebuah Kelab Ekuistrian Queen Alia di
Amman. Sekarang Lia sudah jarang pergi ke Kelab tersebut kerana sibuk dengan pelajarannya.





Gambar diatas menunjukkan tulisan-tulisan khat Lia yang menang dalam pertandingan menulis khat antara pelajar-pelajar Malaysia di Jordan. Lia telah belajar menulis khat semasa dia di sekolah rendah lagi dan setiap kali dia memasuki pertandingan dia akan menang tempat pertama.

6 comments:

  1. Masyaallah.. cantiknya tulisan khat Lia.. ingatkan computer yang tulis..
    semoga Lia cemerlang didalam pelajarannya..
    juga semoga Lia cemerlang didalam bidang akhirat juga..
    sejuk perut Mak Lia.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam MakTeh...

    Tentu sejuk perut makteh kan ada anak2 yang berjaya dalam cabang yang di harapkan...

    saya suka calligraphy arabic... sgt suka... dulu masa sekolah rendah and kat uia, ustz bahasa arab selalu puji tulisan jawi saya... tapi sekarang... hahahaha...jgn ceritalah...malu...falir mcm dah kering...

    take care makteh.
    wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam Mak Teh.

    Salam perkenakan......i found ur blog while bloghopping & like it verymuch.

    Sebabnya, My mom pun is called Mak Teh, she's about ur age and she was a teacher as well and I can sense that u r a lot like her, make feel closer to home.

    Anyway, im in sec 7 Shah Alam and working in Sec 13.

    Look forward to read ur thoughts often.

    ReplyDelete
  4. Neeza, Mak teh bersyukur Lia dikurniakan bakat seni menulis khat. Dia selalu menang walaupun dia bukan dari aliran sekolah agama.

    ReplyDelete
  5. Dalilah! Kalau suka seni khat ini masih boleh diteruskan. Di Shah Alam ada kemudahan untuk mempelajarinya.

    Mak teh juga ada buku latihan tulisan seni khat untuk di hadiahkan pada Dalilah, kalau betul-betul berminat. ( Buku ini yang pelajar-pelajar sekolah kami gunakan )

    ReplyDelete
  6. Salam Desert Rose ! Selamat berkenalan dan berkunjung ke blog mak teh. Alhamdulillah! Kalau minat cerita dan celoteh mak teh datanglah berkunjung selalu.

    Kalau nak kunjung in person kenalah call dulu. Nak kontek number ? Senang je, pergi ke sekolah kami di seksyen 3 ada tertera kontek number kat situ.

    ReplyDelete