Assalamualaikum!
Pagi ini cuaca mendung sedikit. Perasaan mak teh dan Pak haji legaa .... kami menghapi hari ini dengan suasana bersantai. Kami tidak lagi terpaksa terburu-buru buat itu buat ini. Kenapa ya ? ... sebab anak-anak tahfiz kami semua dah balik kepangkuan keluarga mereka. Rumah asrama mereka telah dikunci. Bilek-bilek bahagian sebelah rumah kami ( asrama puteri)juga telah di tutup. Cik Su juga telah balik kerumah iaitu berpindah balik ke bileknya di tingkat atas rumah kami.
Mula-mula plan nak ke Kedah esok. Kemudian dapat tahu orang-orang yang nak buat kerja rennovation nak kerja hari ini. Jadi kami kena tunggu mereka mula buat kerja-kerja itu dahulu. Mungkin selepas tiga hari mereka bekerja barulah kami boleh tinggalkan rumah. Ada juga keinginan nak berjalan-jalan ke pantai timur atau ke selatan. Hai dah tua-tua ni hati masih adventourous tetapi daya sudah berkurangan!
Hari Jumaat lepas bawa pak haji check-up ( follow-up )kedua selepas operation. Selain dari cholesterol tinggi sedikit, lain-lain perkara semua beres iaitu in good condition. Pak haji pumya bp naik tetapi itu kami rumuskan kerana sistem di hospital tu teruk. Kami datang awal tetapi terpaksa tunggu kerana mereka yang tidak update file mereka, mereka kata kami masih ada baki tidak buat bayaran. So mereka tahan file pak haji sampai mereka dapat updatekan akaun mereka. Terukk lah! Tu yang pak haji punya bp naik!! Mak teh sememangnya ada love ang hate relationship dengan Hospital Jantung itu. Macam-macam yang mak teh komplenkan hingga dah meluat nak komplen dan mungkin PR mereka yang baik dengan mak teh tu dah meluat tengok mak teh! So yang kali ni depa buat kat kami mak teh dah tak mau pi komplen.
Namun di hari itu ada perkara yang menyelamatkan keadaan. Sejuk jadinya hati mak teh dan Pak haji lalu turunlan bp Pak haji. Apa yang boleh menyebabkan kami suka pula?? Semasa di Hospital Jantung tu teruja dan suka sangat sebab terjumpa kawan-kawan lama kami dari tempat kerja kami yang lama. Al maklumlah semua dah jadi warga emas maka tak sangka pula tempat itu jadi tempat kami berkumpul.
Mula terdengar orang kaunter panggil nama " Dato W... MN..!" hati ku berbisek macam pernah dengar je nama tu lalu aku dongakkan kepala menjeling siapa orang yang dipanggil itu. Namun aku tidak mengenali orang itu, jadi aku tidak endahkan lalu aku teruskan membaca surat khabar. Kemudian Pak haji panggil, " M... mai tengok sapa ni! " Aku bangun mendekati mereka yang sedang berbual, terus memberi salam dan menghulur tangan bersalaman, " Laaa! Tak perasaan you tadi! " Rupa-rupanya Dato itu, senior dan boss aku masa kat service dahulu. Lepas tu kamipun berborak rancaklah. Kisah itu kisah ini , gossip itu gossip ini, apa yang keluar dalam paper, apa yang tak keluar dan aku sendiripun tak pernah tahu selama ini. Hehehhe! macam-macam cerita lah dengar dari dia. Sebenarnya dia ni kawan baik arwah bapa Pak haji, sebab tu dia ingat aku dam masa service dulu kami kawan baik.
Selepas itu kami berlegar di kawasan itu masuk pula Dato H besama suaminya Dato A, juga kawan kami dari perkhidmatan yang sama. Haaa! apa lagi sembanglah lagi. Dah puas sembang-sembang tiba pula Dato A, rancaklah lagi sembang kami. Aku dan Pak haji rasa sangat seronok macam masa kami dalam service dulu-dulu. Yang lebih rasa seronok itu ialah mereka, kawan-kawan kami itu tidak lupa kami dan masih melayan kami seperti kawan-kawan seangkatan walaupun kami telah berpuluh tahun meninggalkan perkhidmatan itu. Oleh kerana aku lebih junior, mereka adalah level boss aku dan @ Dato itu adalah seangkatan dengan Pak haji. Walaupun seronok perjumpaan yang yang tak di sangka-sangka itu ada juga perasaan sayu di hati....entahlah kenapa?
Dari perjumpaan itu, yang lebih mengujakan aku dan Pak haji ialah minat mereka terhadap sekolah kami. Ada yang ingin menghantar anak dan cucu ke tempat kami, ada yang minta untuk masuk belajar semula ( Kelas Dewasa ), ada yang berpesan nak Imam Terawih siap janji imbuhan yang lumayan dan ada yang ingin datang membuat lawatan. Mereka ini telah lama kenal kami, mungkin reaksi mereka begitu kerana mereka boleh mengagak jenis mana sekolah kami ini, walaupun sebuah Maahad Tahfiz.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Salam,
ReplyDeleteBila jumpa gang lama memang pasti sronok dan hilang rasa sakit, saya lama betul tidak jumpa kenalan lama .
InsyaAllah sekolah makteh bertambah maju , saya pun tunggu cucu besar kalau ayahnya beri saya nak dia masuk belajar di sekolah makteh.
Salam Sarina,
ReplyDeleteAlhamdulillah! Kami amat berbesar hati menerima anak atau cucu kenalan dan sahabat-handai. Kami akan jaga mereka seperti anak kami sendiri. Malahan mungkin lebih dari itu kerana dari pengalaman kami mendidik anak-anak sendiri sudah tahu apa yang seharusnya kami lakukan dalam mendidik anak-anak tahfiz. Insya-Allah.
Terima kasih di atas doa-doa anda !Semoga Sarina juga akan cepat sembuh dan kembali aktif seperti dahulunya.
kawan-kawan Mak Teh dan Pak Aji ramai yang Dato' Dato' ya..
ReplyDeletetakpe, Pak Haji pun boleh jadi Dato' juga.. Dato' bercucu.. :)
Kalau orang dengar sekolah tahfiz ni, memang terpaut hati..
ramai orang dah mencari fitrah sekarang ni kan Mak Teh..
Alhamdulillah rezeki anak2 sek tahfiz...
ReplyDeleterasa berbaloi dan hilang segala penat lelah kan Mak Teh... dah lama tak jumpa Mak Teh kat pasar Sek 6 tu... hehehe.. sebab saya dah lama tak beli ikan kat situ... terasa sangat MAHALLLL... nya...kalau bawa RM100 tu, macam RM10! ambil anak2 ikan pun dah lebih RM50! itu belum lagi beli Udang ke..atau ikan besar2 sikit... sekarang beli ikan kat pasar Sek 16 jek, lebih murah sikit...
Neeza, nampaknya macam tu lah. Tetapi orang yang membawa anak-anak kejalan ini adalh mereka yang telah mendapat hidayahNya!
ReplyDeleteMak teh dan pak haji tidak mencari gelaran itu. Insya-Allah gelaran bila mendapat cucu yang kami nanti-nantikan.
Selamat Bercuti Mak Teh :)
ReplyDeleteKitorang kat sini belum start cuti sekolah lagi.. 2nd April nanti baru start.
Oh how I wish boleh balik Kedah... :P
Nurazzah!
ReplyDeletePasar seksyen 6 memang terkenal mahal. Namun barangnya ada kualiti ( melaikan daging dan santan )
Mak teh tak sempat nak pergi pasar jauh jadi dok pi kat situlah.
Elisa,
ReplyDeleteKami cuti awal tetapi seminggu sahaja. Lepas tu ligat semula.
Selamat menjalani pengembaraan to you and family!