Salam Semua !
Selalunya apabila mak teh berjumpa kawan lama, atau berkenalan dengan orang-orang baru bertemu kami bersembang-sembang. Maka tak boleh larilah dari soalan-soalan ini.
Kawan bertanya " Berapa orang anak ? "
Mak teh jawab " 9 orang "
" Wow! ramainya! " atau " Alhamdulillah! Kaya awak! " exclaimation yang terkeluar.
Alhamdulillah! Itulah rezeki kurniaan Allah limpahkan kepada kami. Kebelakangan ini apabila orang tahu mak teh dan Pak haji menubukkan sekolah kami sebuah Maahad Tahfiz. Ada pula orang berkata, " Tak penatkah? Dulu membesarkan dan mendidik anak-anak sendiri, sekarang jaga dan mendidik anak-anak orang pula? " Pak haji dan mak teh selalunya tersenyum mendengar soalan itu.
Ada lagi satu jenis soalan yang kami tidak mampu menjawabnya, " Banyakkah untung buka sekolah Tahfiz ? " bertanya seseorang, selalunya jenis orang-orang yang hanya faham diniawi.
Apakah yang kami harus jawab kepada soalan begini? Kami hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah! Allah menduga kita bila membuat ke jalanNya dan dia juga memberi ganjaran pelbagai cara yang kita sendiri tidak tahu. Yang jelas kita akan dapat merasa nikmat dan kebahgiaan hidup seolah-olah amat besar dan rugilah sekiranya kita tidak menjalankan aktiviti ini.
Bagaimana caranya kami mendidik anak-anak tahfiz kami? Sebaik mungkin yang kami mampu seperti menjaga dan memdidik anak-anak kami sendiri. Malahan lebih dari itu sebab kami menanggung harapan ibubapa mereka dan kami juga sudah lebih berpengalaman berbanding semasa kami menjaga dan mendidik anak-anak kami sendiri.
Kami amat bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada kami menjalankan tugas-tugas ini. Besarnya harapan ibubapa dan beratnya tugas kami amatlah kami sedari. Kami sentiasa berdoa agar dapat kami mejalanakan tugas-tugas ini dengan baik dan kami dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak tahfiz kami. Ameen!
Hanya masa yang akan menentukan!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Salam ziarah MakTeh
ReplyDeleteteringin sekali nak masukkan anak ke sekolah tahfiz Mak Teh..apa syarat-syarat kemasukannya yer..
"Untung banyak ke buka sekolah tahfiz?? "
ReplyDeleteSaya selalu kata pada hubby pendidikan memang bukan bidang mencari untung, ia lebih kepada kebajikan dan mencari redha Ilahi dan itulah yang saya tahu Makteh dan Pak Haji sedang lakukan.
Semoga diberkati dan diberi ganjaran syurga InsyaAllah. Amin.
salam ziarah MakTeh...
ReplyDeleteharap dapat tambah lagi gambar-gambar anak tahfiz Mak Teh..saya teruja benar nak masukkan anak ke sekolah tahfiz Mak Teh..tu pun kalau cukup syarat lah..apa syarat kemasukannya Mak Teh?
bagi neeza memang untung banyak buka sekolah tahfiz..
ReplyDeleteuntung kat akhirat esok sebab Mak Teh, Pak Haji dan semua tenaga pengajar akan dapat pahala besar
Lagi satu, akan terlepas dari tuntutan memberi ilmu kepada yang tak tahu...
Pinatbate,
ReplyDeleteBoleh datang berjumpa kami. Insya-Allah kalau anak berminat, ada keputusan UPSR minimum 3A 2B, boleh membaca al-Quran dengan baik dan boleh menulis jawi.
Insya-Allah mak teh akan cuba letakkan banyak lagi gambar anak-anak tahfiz dimasa hadapan.
Sarina,
ReplyDeleteTeriama kasih kerana memahami dan terima kasih juga untuk doa itu. Ameen!
Neeza,
ReplyDeleteSememangnya itulah untung yang diharapkan! Namun kita tidak boleh berkata kepada orang yang bertanya itu seperti yang Neeza katakan itu.
So the best thing is just to smile.
Terima kasih Mak Teh
ReplyDelete