Sunday 2 August 2009

Sekolah Kami Menang Lagi !

Salam Semua!

Hari ini hari ke2 Konvensyen Falak Selangor. Alhamdulillah! Sekolah kami mendapat tempat ke2 dalam quiz ilmu falak yang telah di adakan. Bukan main teruja anak-anak Tahfiz yang membawa pulang trofi dan hadiah yang di menangi. Syabas di ucapkan kepada mereka.

Petang ini pula anak-anak Tahfiz lelaki di jemput membaca 30 juzu' al Quran dan membuat tahlil kerana kemangkatan seorang keluarga di raja, Selangor.Jadi yang tinggal di asrama adalah anak-anak Tahfiz puteri dan pelajar-pelajar baru dari luar Negara.

Alhamdulillah! Mak teh bertambah sihat dan sudah boleh pergi ke pasar dan ke kelas. Semoga kesihatan mak teh akan terus meningkat. Begitu juga di doakan untuk kawan=kawan sekelian. Ameen!

2 comments:

  1. 30 juzu' mak teh?? banyaknya.. berapa lama tu diorang nak baca? atau untuk beberapa hari agaknya ya.. famous betul sekolah Mak Teh ni.. sampai istana jemput tu...

    tahniah untuk ahli2 tahfiz putera.. semoga kejayaan yang lain bakal menjadi milik mereka juga.. Ameen..

    ReplyDelete
  2. Neeza,

    Kebiasaannya mereka akan membaca seorang 1 juzuk. Tak sampai 30 minit siaplah mereka membacanya. Begitulah selalunya kami akan menghantar 20-30 orang ke majlis yang seperti ini.

    ReplyDelete