Salam Semua !
Hari ini adalah hari ke 20 kita berpuasa. Hanya ada 10 hari lagi sebelum Ramadhan melabuhkan tabirnya. Kita hanya ada 10 hari sahaja lagi untuk merebut pahala-pahala di bulan Ramadhan yang di janjikan Allah SWT.
Dalam bulan Ramadhan ini di umpamakan sebuah kapal yang besar datang berlabuh untuk memberi barangan yang bagus-bagus ( ganjaran )kepada kita. Maka inilah peluang untuk kita merebut ganjaran itu. Bagaimanakah caranya kita dapat merebut ganjaran istimewa itu ? Caranya ialah selain berpuasa ( wajib ), kita hendaklah melakukan ibdah-ibadah sunat seperti berzikir, membaca al-Quran ( bertaddarus ), melakukan solat sunat Tarawih dan solat-solat sunat malam ( Qiamullail ), bersedekah, memberi makan orang-orang yang berpuasa, membantu fakir miskin dan berbagai amalan-amalan yang baik semuanya mendapat ganjaran yang banyak.
Apabila berakhir Ramadhan maka kapal besar itupun akan berangkat dari pelabuhan kita dan belayar jauh sehingga timbul bulan Ramadhan tahun hadapan barulah ia muncul semula. Maka seharusnya berdoalah kita agar umur kita dipanjangkan Allah supaya dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan.
Saya terkejut apabila mendengar seseorang berkata ( dalam sebuah rancangan tv ) " Di dalam bulan Ramadhan ini hendaklah kita merebut peluang membuat banyak duit ......"
Astaghfirullah! Nampak sangat orang itu bermata duitan dan kurang pengetahuannya tentang agama. Sedangkan ada ustaz yang bertazkirah berkata, " Rebutlah peluang membuat ibadah dalam bulan Ramadhan, kuih rayapun tak usah buat beli sahaja supaya masa terluang itu digunakan untuk melakukan ibadah sebanyak mungkin "
Ada pula seorang kawan yang tidak dapat beserta untuk bertaddarus dengan alasan gerainya menghasilkan beribu-ribu ringgit dalam bulan Ramadhan. Katanya " Kalau tak tunggu gerai itu, siapa nak beri kita duit yang sebanyak itu??" Tak dapatlah aku menjawabnya, cuma di dalam hatiku berkata, " Semua rezeki datang dari Allah. Ada rezeki membawa berkat dan ada rezeki yang tidak berkat "
Sekian dulu Tazkirahku di pagi ini. Tazkirah ini adalah untuk diriku dan kawan-kawan yang mahu membacanya. Semoga kita semua di beri Hidayah olehNYA.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Bagi penjual yang mengambil peluang menambah pendapatan di bulan Ramadan tak salah kalau sambil berjual sambil berzikir dan luangkan masa membaca al quran, masalahnya entah berapa kerat penjual yang dapat berbuat begitu sebab bila dah banyak menjual mestilah badan pun dah terlalu penat , sayangnya Ramadan berlalu begitu sahaja, dapat habuan dunia saja :(
ReplyDeleteMak Teh, moga kita tergolong dalam orang yang mendapat ganjaran yang disediakan oleh "kapal besar" tersebut..entahkan sempat pula untuk berebut habuan di tahun hadapan..moga juga Allah menetapkan iman untuk sentiasa istiqamah dengan amalan yang telah sedia diamalkan dan memberi hidayah untuk menambah amalan tersebut.Ameen.
ReplyDeleteSarina,
ReplyDeleteBetul kata Sarina, kalu badan dah terlalu letih, bagaimana nak buat ibadah yang berlebihan ?
Bagi orang yang mendapat Hidayah, dia akan memahami bahawa hidup ini bukan untuk mencari duit sahaja.
OO,
ReplyDeleteItulah doa yang sebaik-baiknya supaya Allah menetapkan hati sentiasa kita dalam keimanan dan semoga kita menjadi orang yang lebih baik setiap hari dengan bertambahnya amalan kita setiap hari.
Maklumlah hati manusia ini sentiasa berbolak-balik. Ada doa yang berbunyi, " Ya Allah jangan Kau bolak-balikan hatiku ini.........."