Assalamualaikum !
Semalam mak teh pergi ke rumah Mak long. Mak long tinggal kesaorangan kerana gadis yang menyewa rumahnya sudah berpindah ke kondo sendiri. Maka untuk menunaikan solat maghrib mak long bawalah aku naik ke bilik di tingkat atas dahulunya di huni oleh si tenant.
Maka aku terperasan betapa bersihnya rumah mak long, sedikit habukpun tidak kelihatan. Di rumah mak long lipas, cicak semut dan lalat tidak pernah kelihatan. Lalu aku bertanya, " Mak long, you cuci dan kemas rumah berapa kali seminggu?"
Jawab Mak long, " Selang sehari dari lepas subuh sehingga jam 10.00 pagi"
Tercengang aku mendengarnya. Terasa malu sendiri kerana aku jarang sekali mencuci rumahku. Adalah maid kemas rumah setiap hari tetapi tak samalah kalau tuan rumah yang rajin tu buat sendiri. Bagiku banyak lagi perkara yang aku nak buat setiap kali terfikir nak mengemas rumah. Aku akan baca buku dan majallah, tonton tv seperti national geographic, tulis blog, tulis buku, plan projek, kutip bekalan yang nak di bawa sedikit-sedikit ataupun sekurang-kurangnya berSMS dengan anak-anak. Hehehe!
Setahu aku mak long yang tinggal bersoarangan sejak kematian Pak long 2 tahun yang lalu tidak banyak hobi. Selain mengemas rumah dia tengok t.v., dengar radio dan buat sudoku. Mak long juga jarang memasak sebab katanya tidak ada orang yang nak makan. Jadi sebab itulah rumah Mak long bersih berkilat seperti sebuah muzium.
Syabas Mak long boleh tinggal bersendirian dan happy !
Bagi ku rasanya aku tidak boleh tinggal bersendirian. Aku dan Pak haji hidup bersama macam pasangan Swan. Kami tidak akan happy kalau partner tak ada bersama. Semoga Allah SWT panjangkan umur mak teh bersama Pak haji. Ameen!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Saya teringin nak rumah bersih macam rumah maklong , entah bila dapat kerajinan macam maklong :)
ReplyDeleteMak Teh kalau datang rumah saya, kena tukar tajuk ni.... Dgn anak2 yg membesar, buat kerja menyambil, bila lah nak dapat rumah kemas macam showhouse tu???
ReplyDeleteSarina,
ReplyDeleteSertiap orang ada kelebihan dan kelemahannya. Kalau kita kurang dari sudut mencuci rumah mungkin kita ada kelebihan yang lain. Hehehe! Any excuse is a good excuse !
Mamamia,
ReplyDeleteJangan risau kalau mak teh datang rumah Mamamia. Tentu sekali ada perkara lain untuk diperkatakan. Mak teh faham keadaan rumah orang yang ada ramai anak sedang memebesar.
Rumah mak teh dahulu cantik, kemas dan bersih hanya 2 tahun pertama sahaja selepas berkahwin. Kemudian dari itu tak payah nak berceritalah!
Mak teh harap orang yang mengunjung rumah mak teh faham keadaan kami yang menambah bilangan anak setiap 2 tahun. Hehehe!