Friday 6 November 2009

Ku Pujuk Diriku

Assalamualaikum !

Selepas pulang dari masjid kami ambil sedikit sarapan. Kemudian Mak teh dan Pak haji pergi berjalan-jalan buat exercise, morning walk. Ni baru saja pulang dari berjalan itu, terasa panas dan berpeluh-peluh !

Sejak meningkat usia keemasaan sekarang ini mak teh terpaksa memujuk diri. Pertama, mak teh memujuk diri untuk minum susu untuk mencegah aestoporasis tu. Mak teh memang jenis tak suka minum susu, tetapi kalau susu asli, susu segar atau susu dalam kotak boleh lah tahan juga. Ini susu untuk warga emas, memanglah bukan susupun ( di campur bahan-bahan terutama kalsium )Jadi setiap kali nak minum mak teh baca Bismillah kemudian ingat dalam hati 'ini ubat yang tak pahit boleh di minum '. So dapatlah mak teh menelannya secawan setiap pagi.

Kedua mak teh perlu memujuk diri untuk buat exercise. Oleh kerana pak haji tak mahu membelikan mak teh alat senaman seperti ' basikal bodoh ', mak teh terpaksalah berjalan perlahan-lahan di jalan hadapan rumah ! Nak pergi buat exercise kat tepi tasikpun tak ada kawan dan masa.

Perkara ketiga yang mak teh kena pujuk diri ini ialah makan semua ubat yang di beri doktor dan vitamin tambahan yang di beli. Kalau tidak berbuat semua ini maka pada malam hari akan terbitlah dari mulutku " Aduh letihnye...! Kaki lenguh seperti menggigit-gigit ! " Ha ! sedar tak sedar aku telah mewarisi perkataan yang pernah di keluarkan oleh ibu dahulu !

Mungkin ada orang akan berkata, " Sedarpun diri dah tua ! "

Sebenarnya aku dah sedar dah lama dah. Aku sedar apabila melihat wajah tidak bercalit make-up dan lipstik lagi. Aku sedar apabila kasutku tidak bertumit tinggi lagi. Aku sedar apabila baju dan pakaianku satu pesen saja ! Aku sedar apabila pakaianku terutama pakaian dalam tidak berjenama lagi.

Hehehe! Adakah anda ingat aku tak sedar diri?? Bukan tak sedarkan diri cuma kadangkala terlupa sekejap.

Terlebih lagi aku sedar apabila anak-anak sudah di peringkat mendirikan rumah tangga masing-masing. Terlebih-lebih lagi aku sedar apabila aka akan mendapat cucu tidak lama lagi !! ( Insya-Allah ! )

Oleh kerana mak teh amat mencintai Bahasa Ibunda maka di bawah ini adalah perkataan-perkataan yang selalu di guna oleh masyarakat pertanian di Negeri Kedah yang mungkin anda jarang dengar :

Buang busuk : buah yang gugur sebelum musim atau masanya, selalunya buah itu busuk

Tanah rang : tanah yang kurang mendapat hasil apabila di tanam padi

Balogh liat : Orang yang pemalas

Besar gajah Tok Mia : Orang yang berbadan besar, atau anak remaja yang hampir dewasa

Tarik muka 14 relong : Orang membuat mukanya masam teramat kerana merajuk atau tidak sukakan seseorang.

Anak dara mulut ceh : seseorang gadis yang cakap berlebihan, terlalu 'outspoken'

Anak dara cedeh : Seseorang gadis yang suka keluar rumah tak tentu - terlalu 'outgoing'

Contoh penggunaan perkataan :

Buang busuk - Haji Ahmad amat mengharapkan hasil dari dusun duriannya yang mula berbuah tahun ini. Malangnya banyak buah gugur sebelum masak kerana buang busuk. Namun Haji Ahmad dapati, walaupun hasil tanamannya tidak seberapa, kualiti buahnya adalah yang terbaik.

Sekian, terima kasih !

Wassalam !

7 comments:

  1. Saya pun tak suka minum susu. Nampaknya kena mula minum , sebab lutut tu dah bagi signal...

    Saya ada 'basikal bodoh' tu, tapi jarang jugak guna. Bila mengayuh, memang berpeluh lah jugak...

    Org guna lagi ke perkataan2 tu Mak Teh??

    ReplyDelete
  2. Mamamia,

    Makanlah susu asli dari peringkat umur muda. Kalau dah warga emas tak berapa berkesan kena makan susu khas untuk wasga emas ie artificial and calcium added.

    Kalau tak mau guna basikal bodoh tu seelok-eloknya buat exercise berjalan lah.

    Perkataan seperti itu dan banyak lagi masih di guna oleh orang-orang utara. Sepatutnya DBP menerimanya dalam kamus dewan mereka. Ada kut cuba cek. Nanti di entry lain mak teh akan tambah perkataan lain.

    ReplyDelete
  3. Maaf ! mak teh dah tersilap cakap sepatutnya mak nak kata " minumlah susu "

    Ambio guru bahasapun tersasul !

    Maafkan Daku !

    ReplyDelete
  4. ingatkan pujuk diri sebb merajuk dgn pak Haji..heheheh..dah tua-tua tu kenala jaga kesihatan MakTeh, nanti nak pegang cucu lagi :=) boleh jadi Nenek Vogue gitu.

    Saya yg baru masuk 30 series pun badan dah sengal-sengal.

    sama-sama lah kita jaga kesihatan badan dan keluarga kita yer.

    ReplyDelete
  5. Salam pagi Jumaat ,

    ketawa kecil saya baca entry makteh ni , bukan apa kelakar lah terutama bab baju sepesen aje , saya kat rumah pun pakai baju sepesen aje , T-shirt dan seluar nyonya ..hihi.

    Tak pe pujuk diri demi kebaikan terutama susu dan vitamin pills , makan jangan tak makan tau .

    ReplyDelete
  6. Mamalisa,

    Bila nak bawa Alisa ke rumah mak teh ?

    Dengan Pak haji dah tak main merajuk-rajuk dah, sebab Pak haji no time to pujuk. Kami menunggu untuk menimang cucu. Hehehe!

    ReplyDelete
  7. Salam Sarina,

    Dah nak jadi nenek ni, mak teh rasa kena tukar fesyen. Dah lama anak mak teh yang ustaz dan ustazah tu suruh mak teh pakai jubah dan tudung labuh !

    Baru sesuai dengan panggilan Mak Aji oleh anak-anak Tahfiz !

    Yes, ubat-ubat tu mak teh kena makan setiap hari dan minum susu setiap pagi. Kalau tak buat camtu Doktor Aliaa marah !

    ReplyDelete