Wednesday 1 June 2011

Best News !

Assalamualaikum!

Hari Isnin lalu, aku berdebar-debar menunggu berita dari tengah hari ia-itu merupakan awal pagi waktu di Jordan.Akhirnya pada waktu malam selepas Isya barulah dapat berita yang dinanti-nanti. Aku mendapat panggilan dari Lia yang menyampaikannya dengan suara penuh emosi, " Mameee! Kaklia lulus!!!"

Itulah Best News yang ku nanti-nantikan setelah bertahun-tahun mengharapkan berita itu.Lia yang belajar di Jordan University Science & Technology dalam bidang kedoktoran akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya.Lantas malam itu aku & suami sujud kesyukuran.

Keesokan hari dapat mesej dari Lia bertanyakan kami akan datang ke Majlis Konvokesyennya atau tidak. Untuk menyenangkan hatinya aku menjawab, " Insyaallah, akan diusahakan! " Dia sangat gembira dengan jawapan itu lalu mesej seterusnya dia minta baju untuk konvo. Ini yang susah sedikit sebab masa terlalu suntuk untuk menempah baju istimewa untuknya.

Walau apapun akan ku cuba memenuhi permintaannya. Ada 20 hari lagi sebelum tiba tarikh majlis seperti yang ditetapkan.Tahniah anakku semoga menjadi insan yang lebih matang dan seorang anak yang soleh!Ameen Ya Robbul Alamin!

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum wrt Mak Teh...

    ya ..berita yang sama Azzah tunggu2 dari Asma' juga..Alhamdulillah ..kedua2 anak2 kita lulus dan berjaya menamatkan pengajian mereka... Mak Teh jadi ke pergi konvo?

    ReplyDelete
  2. Insyaallah sekiranya kesihatan dari segi physical dan fiscal mengizinkan! Kita berangkat bersama-sama, o.k?

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk anak Mak Teh dan juga Makteh sekeluarga!

    ReplyDelete