Friday 14 December 2007

Nak Cerita Lagi

Wan Harun keletihan, perjalanan jauh memandu kereta dan kerja keras tadi membuat dia tersandar sebentar. Mata mula mengantuk, namun digagahi diri ke bilik air membersihkan diri dan ambil wudhuk untuk bersolat. Begitu juga dengan isterinya Yasmin. Setelah solat pasangan itu melafazkan kesyukuran kerana selamat perjalanan dan masuk rumah, mereka juga berdoa panjang. Kemudian kedengaran mereka berdua membaca Ayatulkhursi berulangkali dengan suara yang agak kuat. Mereka tahu dengan membaca ayat itu, adalah cara yang paling baik untuk menghalau makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata. Mereka arif perihal rumah yang lama tidak didiami orang akan didiami oleh makhluk-makhluk lain. Sebelum mereka tidur mereka telah menyalakan lampu luar rumah, porch depan dan belakang, lampu dapur, lampu ruang makan dan lampu koridor laluan ke bilik-bilik tidur. Semua pintu-pintu bilik belum dibuka. Bagi mereka itu adalah satu kerja yang besar dan memerlukan masa yang sesuai.

Ada satu perkara lagi yang mereka perlu lakukan sebelum tidur. Mengikut pesanan orang tua-tua (Yasmin mengingati petua neneknya) apabila berpindah kerumah baru hendaklah meletakkan sebakul beras ( dalam bakul mengkuang) dan semangkuk air ditepi tiang seri rumah. Yasmin mengambil barang-barang yang telah disediakan itu dan meletakkannya ditepi tiang seri rumah itu. Yasmin dan Wan Harun berpegang kepada adat itu walaupun mereka tidak tahu sangat kenapa perlu berbuat demikian. Mereka juga tidak pernah bertanya kepada ahli-ahli agama untuk mengesahkan sama ada perkara itu kurafat atau tidak. Hampir pukul 3.00 pagi baru Wan Harun dan isteri tidur dan mereka sangatlah keletihan.

2 comments:

  1. I can sense that I will learn lots of things from this novel!

    teringat pulak what had happened when we shifted in our current rented house...

    ReplyDelete
  2. Im trying to tell the things we did and that does not mean all that we do are right.

    ReplyDelete