Friday 27 March 2009

Kisah Pelik Tetapi Benar

Assalamualaikum!

Semalam mak teh menyatakan ada tiga jenis orang yang tidak boleh belajar di sekolah kami. Mereka ini bukan yang tak layak, tak pandai atau tak mahu. Mereka ini adalah orang yang layak ( kami telah menerima masuk ), pandai mendapat 3, 4 atau 5 A , dan sangat berminat belajar di sekolah kami.

1. Jenis yang ada saka atau benda peliharaan Tok Nenek.

Sebelum membuka sekolah ini Mak teh dan Pak haji tidak pernah tahu apa itu saka. Setelah membuka Sekolah ini pada tahun ke2 pengambilan pelajar, ada seorang pelajar yang mula-mula sekali datang berdaftar. Ini menunjukkan pelajar itu dan keluarganya sangat minat pada sekolah kami. Malangnya dia hanya dapat bertahan 3 hari orientasi sahaja. Apabila anak-anak tahfiz mula sessi bacaan al-Quran dia mula jadi sakit. Dia akan sesak nafas, berguling-guling kesakitan dan menjerit panggil emaknya. Kadang-kadang sakitnya itu seolah-olah orang sakit perut dan kadang-kadang seolah-olah ada orang mencekiknya.

Kamipun telefon memberitahu ibubapanya suruh datang ke sekolah melihat keadaan anak mereka. Ibubapanya segera datang untuk membawanya pulang untuk berubat. Mula-mula kami ingat ini kes saikologi, anak-anak yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan asrama. Tiga hari kemudian pelajar itu kembali keasrama dengan wajah yang ceria. Aku nampak keriangan di wajahnya apabila masuk semula melakukan perkara-perkara biasa apabila mula masuk asrama. Namu hari berikutnya pelajar itu jatuh sakit lagi. Tiga kali ibubapanya ambil dia bawa pulang untuk berubat. Akhirnya mereka datang beritahu hal yang sebenar bahawa anak mereka itu kena gangguan saka. Mereka menerangkan kepada kami bahawa datuk sebelah ibunya mewarisa saka tok nenek dan sekarang hendak di turunkan kepada ibu pelajar itu walaupun dia tidak mahu mewarisinya ( kerana dia anak sulung dalam keluarga ) dan saka itu mengganggu pelajar ini sebab dia juga anak sulung.

Maka kami membenarkan anak itu di keluarkan dari sekolah kami. Mereka telah pergi merata tempat untuk cuba membuang saka itu. Adakah mereka berjaya berbuat demikian? Kami telah putus hubungan dan tidak tahu kisah selanjutnya cuma ada terdengar anak itu mereka hantarkan ke sekolah biasa.

Setakat hari ini sudah ada 3 kes yang sama seperti ini. Perbezaanya hanyalah sedikit. Kes yang ke 2 berlaku tahun lepas, dimana pelajar itu masuk ke sekolah kami agak lewat. Bila di tanya mengapa datang lewat, dia berkata telah bersekolah di maahad tahfiz lain tetapi tidak sesuai. Perkara yang berlaku keatas pelajar ini kurang sikit seriusnya tetapi pelajar ini selalu menakut-nakutkan pelajar lain dengan menceritakan dia ada membawa bersamanya beratus-ratus ekor jin. Maka nak-anak lainpun cemas dan ketakutan. Pelajar ini selalu mengadu sakit perut atau demam di pagi hari. ( kami mengesyakki dia mengada-adakan cerita kerana malas belajar ). Namun apabila kejadian dia sakit berulang, kami panggil ibubapanya supaya mengambil dia pulang. Akhirnya kami mendapat tahu budak ini juga adalah mangsa masaalah gangguan saka walaupun bapanya tidak mengaku.

Kami buat keputusan tidak benar pelajar ini kembali ke sekolag kerana dia mengganggu ketenteraman pelajar lain. Arahan Pak haji kepada ibubapanya " Jangan bawa dia pulang ke sekolah ini selagi di tidak di pulihkan dari penyakitnya." Sehingga hari ini kami tidak dengar lagi berita dari keluarga ini.

Kes yang ketiga baru berlaku di tahun ini, dimana seorang pelajar itu akan di ganggu apabila dia masuk ke asrama. Keluarganya telah cuba mengubatinya tetapi tidak berjaya. Setiap kali dia pulang ke asrama benda halus itu akan membuat dia sakit. Dia cuba melawan tetapi dia tidak sanggup lagi apabila benda itu menjelma dan menunjukkan dirinya. Kes ini, keluarganya telah menafikan ada kaitan dengan saka. Mereka tidak dapat menjelaskan kenapa syaitan atau jin itu mengganggu anak mereka. Akhirnya anak itu di bawa keluar dari sekolah ini walaupun mereka kecewa berbuat demikian.


2. Jenis yang Anak mahu belajar tetapi ibu tak senang duduk.

Ada 2 kes di mana anak-anak itu sedang pelajar bersungguh-sungguh tetapi ibunya menghadapi masaalah tidak boleh tidur. Belum sampai sebulan ( dua minggu ) anak itu belajar menghafal Al-Quran dengan penuh minat, tiba-tiba si ibu datang pada malam hari tergesa-gesa mahu mengambil anak itu pulang. Alasan yang di beri ialah ibu itu gelisah, tak senang duduk dan tidak boleh tidur malam. Anak itu terpingga-pingga sebab dia baru mula asyik seronok membaca dan menghafaz al-Quran. Anak tidak mahu pulang tetapi kerana kemahuan ibu wajiblahlah dia akur. Kesihan mengingatkan kisah anak-anak seperti ini. ( Dua kes seperti ini telah berlaku ). Kami pernah berdoa agar budak itu di suatu hari kembali kepada kami. Namun sampai hari ini mereka tidak muncul kembali.

Kes jenis ini besar kemungkinan, ibu itu belum sampai tahapnya mendpat anak Al-hafiz atau Al Hafizoh.


3. Jenis ketiga, Anak boleh belajar dengan baik, Ibu nampak Ok, Si bapa kurang mengambil peranan.

Kami telah melalui 3 kes yang jenis ini. Anak-anak boleh belajar dengan baik, pelajaran mereka sedang meningkat. Sedihnya si bapa kurang mengambil peranan. Akhirnya anak ini mereka keluarkan dari sekolah kami tanpa kami tahu apa sebab yang sebenarnya.

Besar kemungkinan ada yang mereka tidak suka dengan sistem kami atau mereka tidak sefahaman dengan matlamat yang kami hendak membawa anak mereka. Pastinya mereka ini orang-orang yang tidak berterus terang dengan kami. Walaupun kami sedih apabila mereka mengambil anak mereka keluar, kami redha kerana setiap hari kami berdoa agar anak-anak dan ibubapa mereka ini ( anak-anak tahfiz kami dan ibubapa mereka ) adalah jenis orang-orang yang berbaloi kami korbankan tenaga dan usaha kami.

Itulah cerita mak teh 3 jenis orang-orang yang tidak boleh tinggal belajar di sekolah kami. Wallahu'alam !

7 comments:

  1. Macam2 dugaan Allah turunkan bagi anak2 yang menghafal al Quran . Kes saka tu kawan saya yang ada sekolah tahfiz pun pernah alami di sekolahnya juga. Bertuah anak2 yang masih belajar di sekolah makteh kerana mereka adalah insan2 yang terpilih untuk terus menjadi hafiz suatu hari nanti InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Sarina,

    Betul Allah menduga kita kalau kita buat ke jalanNYA. Dia nak test keikhlasan seseorang itu.

    Tetapi dalam kes yang saya sebutkan ini kalau kita dah berkawan dengan makhluk tu, dia pun nak ganggu anak-cucu yang buat satu benda yang besar yang di janjikan Allah SWT syurga. Bukankah syaitan itu musuh kita tentu sekali dia tidak mahu kita masuk syurga.

    ReplyDelete
  3. saya pun sejak jadi warga mtaqsa baru dengar kes-kes macam ni..tapi bila dengar kata nak menjadi "hanya orang yang dipilih oleh Allah saja" yang mampu bersekolah di sekolah macam ni atau menyekolahkan anak2 ....termenung jugak lah..apakah kami/anak2 kami bakal "terpilih"?

    ReplyDelete
  4. OO,

    Kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Kalau niat kita itu sememangnya niat yang eloh Insya-Allah akan di makhbulkanNYA.

    Siapalah kita nak mengatakan kita terpilih atau tidak. Hanya setelah kita di sana nanti barulah kita tahu apakah ganjaran yang Allah beri kepada kita. Selagi kita di dunia ini kita hanya mampu berusaha, berdoa dan mengharapkan Rahmat dari NYA.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya semua orang diuji. Pelajar dan pengajar.

    ReplyDelete
  6. Saka tu tak boleh buangke? Zaman ni, masih ada lagi?

    Mak Teh, saya masih ada hutang yg belum ditunaikan.

    ReplyDelete
  7. itulah akibatnya bila berkawan dengan syaitan kan Mak Teh..
    kesannya sampai ke anak cucu..
    kesian cucu cicit tu..
    semoga dapat buang lah saka tu..

    ReplyDelete