Tuesday 19 May 2009

Asrama Puteri Belum Siap

Assalamualaikum!

Hari ini panas terik. Kain di jemuran sekejap saja dah kering. Washing machine yang rosak telah dibaiki semalam. Kos pembaikan dan alat ganti rm 250.00. Bolehlah tahan dibandingkan kalau nak hantar ke laundry, sekilo Rm 2.00. Kami membayar pada kedai dobi lebih Rm 1000.00 sebulan untuk mencuci pakaian anak-anak Tahfiz lelaki sahaja.

Anak-anak Tahfiz sudah pulang dari sekolah bermakna mereka sudah selesai exam 2 lagi subjek hari ini. Anak-anak Tahfiz perempuan kalau pulang dari exam mereka senyap berihat dan ada yang sudah pegang buku untuk revision subjek yang esok pula. Berbeza dengan anak-anak Tahfiz lelaki, untuk melepaskan tension mereka, semalam sekumpulan di tangkap main bola dalam asrama. Ustaz Aizad yang menangkap mereka naik berang. Pasti mereka akan dikenakan hukuman pada hujung minggu ini.

Asrama Puteri hampir siap. Sekarang pekerja sedang meletakkan tile untuk lantai pantry mereka bewarna hijau lembut. Cantik juga nampaknya apabila dipadankan dengan tile dinding dan tile lantai toilets. Kemudian dinding selebihnya dicatkan apple-white. Bahagian dorm mereka tinggal nak pasangkan tingkap dan sliding door and grill.
Dindingnya akan di catkan warna orchid-white. Ibu Ai telah menyiapkan langsir warna purle pink ( mak teh belum lihat lagi ). Rasanya semua akan turn out nice.

The girlspun tak sabar nak pindah masuk dorm baru mereka. Mereka ada 3 tandas 3 bilik mandi dan satu kawasan tempat wudhuk ( ada 5 kepala pipe ). Pantry mereka ada 1sinki dan table-top, 1 peti ais, 1 rak pinggan mangkuk dan 1 tempat seterika. Dorm mereka akan ada 9 unit katil double-decker, 9 wardrobe besi, kipas dan lightings, cermin panjang solek dan rak-rak buku. Bolehlah muat dengan selesa 18 orang. Tempat makan mereka dan dewan solat mereka dan tempat study adalah kawasan yang sama, terletak di depan dorm. Disitu akan ada meja rendah untuk makan dan menulis ( boleh di susun ), boiler atau flask air panas, pembakar roti, rak makanan dan bahan membuat minuman serta sebuah tangki akuarium.

Sekarang masaalahnya kami sudah ada 16 orang girls. Akan masuk lagi 3 orang girls baru semasa buka penggal baru nanti. Bilik-bilek yang girls guna sekarang telah di janjikan untuk kegunaan Sekolah Rendah kami sementara nak dapat bangunan baru. Kami sedang dalam proses nak ambil alih sebuah bangunan berhampiran yang sedang digunakan oleh sebuah taska. Kami berdoa agar dapat mengambil alih bangunan ini. Sekiranya dapat kami akan selesaikan banyak masaalah sekali gus.




Penghuni Asrama Puteri dan 4 orang guru-guru mereka

4 comments:

  1. siapa yang pakai tudung purple tu?
    kakak saya lah tu......!!!!!!!!!!Oklah nak tidur, good night!

    ReplyDelete
  2. Kami doakan usaha untuk dapatkan bangunan baru itu nanti berjaya. Apa-apa pun pastinya anak-anak tahfiz perempuan seronok nak pindah masuk dorm baru mereka yang akan siap tak lama lagi.

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  3. Yes, Kakak si kecil tersenyum lebar menandakan gembira berada di sekolah ini. Sesiapa yang tak percaya marilah tengok sendiri. Hehehe!

    ReplyDelete
  4. Kak Long,

    Terima Kasih ! Kata kontraktor hujung minggu ini siaplah bahagian dalam. Tambahan kat luar tu belum mulapun. Sabar je lah !

    ReplyDelete