Monday 4 May 2009

Kemasukan Pelajar Baru

Assalamualaikum!

Hari sabtu lepas kami telah menerima seorang pelajar baru masuk ke Ting 1. Dengan kemasukannya kami sekarang mempunyai 19 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan untuk Ting 1. Bagi Ting 1, kami boleh menerima pelajar baru sepanjang tahun. Namun bagi Ting 2 kami hanya boleh menerima pelajar di awal tahun dan syarat kelayakannya sangatlah ketat. Dia hendaklah datang dari sekolah yang mempunyai kurikulum sama seperti sekolah kami. Kami juga kurang minat mengambil pelajar dari sekolah lain untuk memasuki Ting 2 kami. Bagi Ting yang lebih tinggi kami tidak akan terima kemasukan baru.

Minggu lepas ada orang telefon nak masukan anaknya ke sekolah kami. Apabila di tanya keputusan UPSR anaknya ternyata tidak layak diterima masuk. Kemudian ada yang ingin masukan anaknya ke Ting 3, juga aku telah menerangkan kami tidak boleh terima. Bapa-bapa kepada kedua-dua anak-anak itu telah menyuarakan tidak senang hati kenapa kami tidak boleh menerima anak-anak mereka sedangkan mereka mampu membayar yuran yang kami kenakan dan sekolah swasta lain mahu menerima anak-anak mereka.

Ada juga ibubapa semasa memohon untuk masuk sekolah kami menceritakan bahawa anak mereka telah menjadi nakal, susah nak control iaitu liar, melawan ibubapa, malas belajar dan sebagainya. Maka tentu saja apabila kami mendengar hal-hal itu, kami tidah mahu mengambil anak itu belajar di sekolah kami. Maaf ye ! Sekolah kami bukan pusat pemulihan ! Kami hanya mahu mengambil anak-anak yang ada potensi untuk di gilap hingga akan menjadi orang yang cemerlang. Ada potensi bermaksud orang itu boleh dan mahu di didik dan dibentuk akhlak dan pencapaian peljarannya. Kalau kami terima anak-anak yang kurang baik akhlak dan peribadinya ianya akan mengganggu kemajuan anak-anak lain.





Masa Berlatih Main Bola Jaring Anak-anak Tahfiz Puteri




Inilah bunga melur istemewa mempunyai 100 kelopak sekuntum. Kebanggaan Pak haji yang ditanam di taman asrama kami. Lambang anak-anak Tahfiz kami yang suci dan bersih lagi harum akhlah mereka.

3 comments:

  1. ramai yang silap dengan sekolah tahfiz ni..
    mereka ingat, bila anak mereka tak berjaya, akhlak tak baik boleh hantar ke sekolah tahfiz untuk jadi baik... pendidikan bermula dari kecil.. bukan bila dah rosak.. ish.. Nauzubillah.... lelebih pulak neeza ni..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, anak kami diterima masuk dengan senang kesekolah mak teh.

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  3. Neeza,

    Mungkin mereka boleh pergi hantar ke madrasah-madrasah di tempat lain. Sekolah kami ni lain sikit. Ini sekolah berwawasan untuk menjadikan anak-anak bangsa kita insan-insan cemerlang, berilmu, bertakhwa dan berakhlak mulia. Insya-Allah.

    ReplyDelete