Salam Semua !
Relax nampaknya anak-anak Tahfiz kerana hari ini hari akhir peperiksaan untuk minggu ini. Esok dan lusa mereka bercuti hujung minggu. Minggu hadapan mereka ada beberapa subjek lagi yang mereka akan menduduki peperiksaan. Tentunya hari ini selepas selesai membuat kertas-kertas exam tadi, mereka merasa lega!
Pak haji sudah sibuk nak belikan semua pelajar-pelajar Ting 1 pakaian seragam kadet Tahfiz. Pagi Sabtu ini mereka akan berlatih berkawad. Rancangan Pak haji ialah hendak membuat " Passing off Parade " iaitu kawad tamat latihan bagi seniors di perkarangan Masjid Negeri. Masa yang sesuai ialah awal bulan 7, semasa Aly sudah pulang ke sini. Kata Pak haji orang-orang masjid menyambut baik cadangan itu.
Hari Sabtu hujung minggu ini bukanlah hari " Lawatan Keluarga " untuk anak-anak Tahfiz. Namun kami tidak melarang ibubapa dan keluarga datang melihat anak-anak mereka berkawad. Ramai ibubapa yang rindukan anak-anak mereka mengambil kesempatan ini untuk menjenguk anak-anak mereka dan melepaskan rindu. Ada beberapa pasang ibubapa yang datang setiap minggu menjenguk anak dengan cara begini. Oleh kerana segan di lihat oleh Pak haji, maka ada yang terhendap-hendap di hujung padang. Hehehe! Geli hati melihat gelagat mereka. Pak haji tak marahpun tetapi mereka yang terasa sendiri.
Apabila anak-anak Tahfiz kami berkawad, orang luarpun ada sama memerhatikan aktiviti mereka. Sesiapapun boleh tengok anak-anak ini berkawad. Di jamin amat mengagumkan ! Inilah kelebihan MTAQSA, sebuah sekolah Tahfiz yang disiplinnya ala kolej ketenteraan. Kawadnya juga tidak kalah jika di bandingkan dengan sebuah kolej ketenteraan yang terkenal. Apakah latihan begini perlu untuk sebuah sekolah Tahfiz? Jawapannya, amatlah perlu mengikut wawasan kami!
Attention! Arahan Ketua Perlu di Dengar
Sewaktu Kawad Kemas dan Segak
Tidak Ketinggalan Kadet Tahfiz Puteri Berkawad Sama Rentak !
Puteri kami, Lemah-lembut di Pentas Tilawah, Cekang di Padang Kawad !
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Salam,
ReplyDeleteSegaknya kadet2 tu berkawad , Kadet memang banayk mengajar anak2 lebih berdisiplin dan taat kepada ketua dan paing utama kerjasama sesama kadet.
Terbayang dah "Passing off Parede" di halaman Masjid Negata....bestnya dan ibubapa pasti bangga punya anak2 yang serba boleh , hafiz dan hafizah yang cergas dan cerdas, Alhamdulillah.
Sarina,
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengunjungi mak teh dan meninggalkan kesan kehadiran. Kalau orang tak tinggalkan kesan mak kita tak tahu orang datang mengunjung. Kalau orang tak datang mengunjung kita rasa sunyi jugakan? Ok Tq again.
Alhamdulillah, anak-anak ini masih mudah di lentur. Sekiranya datang ke shah alam bolehlah melihat sendiri aktiviti kami.
Tak sangka anak kami dah boleh berkawad, tak sabar nak tengok dia berkawad dengan pakaian seragam. Tapi "Passing off parade" tu untuk seniors aje ke?
ReplyDeleteSalam...Kak Long
Kak Long,
ReplyDeleteYa, anak puan dan seangkatan denganyapun sudah boleh berkawad. Tengoklah nanti!
Passing Off Parade memang bertujuan untuk seniors bermaksud mereka sudah dapat sijil tamat latihan berkawad. Namun di hari itu bukan mereka saja yang akan berkawad. Mereka akan di sertai juniors yang sudah pandai berkawad.
Mengikut rancangan kami seorang Pegawai Tinggi dari KAGAT akan mengambil tabik hormat, Insya-Allah.
bestnya...putra putri harapan bangsa
ReplyDeleteSalam Masni,
ReplyDeleteItulah tujuan kami hendak membina perwatakan cantik putera-puteri harapan bangsa!