Assalamualaikum !
Entry ini ditujukan khas kepada semua ibubapa anak-anak Tahfiz kami. Lembaga Sekolah telah bermesyurat dan telah mengambil keputusan untuk melepaskan anak-anak tuanpuan pulang awal sedikit dari jadual takwim sekolah. Tuanpuan bolehlah datang mengambil anak-anak pada hari Ahad 31 hb Mei 2009, selepas jam 10.00 pagi.
Sebelum membawa anak-anak pulang hendaklah berjumpa dahulu dengan Pak haji. Ini adalah untuk memastikan tuanpuan tahu akan arahan-arahan kerja rumah semasa cuti yang perlu dibuat oleh anak-anak. Semasa datang masuk semula ke asrama nanti, pada hari Sabtu 13 Jun 2009, tuanpuan hendaklah berjumpa Pak haji sekali lagi untuk menyerah borang-borang yang telah di tanda tangan oleh tuanpuan sebagai memenuhi kehendak sekolah bahawa tuanpuan telah memastikan anak-anak tuanpuan telah melakukan segala tugas mengikut jadual.
Maaf! Nampak susah sikit ye? Ada pula tugas ibubapa semasa anak-anak pulang untuk bercuti. Betul, tuanpuan disusahkan sedikit untuk memastikan segala latihan dan didikkan anak-anak tuanpuan selama berada bersama kami tidak lenyap begitu saja. Untuk kami membentuk perangai baik anak-anak ini mengambil masa berbulan-bulan. Kalau di biarkan sehari dua sahaja mereka tidak melakukannya, maka sekejap saja perkara yang baik pada diri mereka itu akan lenyap.
Di sini mereka di latih bangun sebelum subuh, menunaikan solat sunat malam dan solat-solat sunat lainnya , melakukan solat sebaik masuk waktu, mereka membaca al-Quran setiap selepas solat fardu, mereka menghafal al-Quran setiap malam, mereka menulis al-Quran setiap selepas asar. Pohon ibubapa dapatlah memerhatikan jadual mereka berjalan seperti biasa. Kita sebagai ibubapa hendaklah memainkan peranan kita. Akhirnya hadiah dan ganjaran yang banyak akan di beri Allah kepada ibubapa juga. Bagaimana kita akan mendapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya!
Sekian dulu di harap tuanpuan menjaga anak-anak dengan sebaiknya, jagalah pemakanan mereka, kesihatan mereka dan keselamatan mereka. Kenapa kami perlu berpesan kepada tuanpuan begitu ? Kerana kami telah membela anak-anak tuanpuan selama ini dan anak-anak tuanpuan adalah anak-anak kami juga.
Wassallam!
Wah! Ramainya ..... kami!
Seronoknye menjadi pelajar MTAQSA.... walaupun kepalaku dibotakkan!
Belajar menyanyi lagu-lagu Sekolah
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Salam,
ReplyDeleteBagus pengumuman ni . Nampak macam susah buat ibubapa tapi sebenarnya ianya adalah untuk anak2 pelajar itu sendiri . Saya dah melaluinya dan sekarang pun di Al Amin ada buku catatan musim cuti yang kena diikuti arahannya dan di tandatangan oleh ibubapa setiap hari .
yehyeh...angah boleh balik awal! Bestnya
ReplyDeletebagus bagus.. salamm dr me dikejauhannns
ReplyDeleteSarina,
ReplyDeleteDulu kami tak buat macamni sangat. Maka ada ibubapa yang buat tak amabil tahu langsung. Lepas tu dia tidak faham apa yang kami bersusah-payah lakukan untuk kebaikan anaknya. Kemudian anaknya akan komplen apa kita tak tau. Lepastu dia akan pindahkan anak dia tanpa sepatah kata. Tapi yang macam tu selalunya kami mengalu-alukan mereka keluarkan anak mereka! They not worth all our efforts!
Princess,
ReplyDeleteYehyeh! Mak Aji boleh rehat awal.....
Kamipun dah rancang nak pergi bercuti!
Salam En_Me,
ReplyDeleteAnda di kejauhan mana ? Kesian ye pergi di kejauhan. Tentunya kerana tugaskan?
Terima Kasih kerana sudi menjenguk mak teh. Selalu, selalulah jenguk kami warga emas. Takpe kalau tak jenguk selalupun kerana kami faham orang muda banyak kerja dan tanggungjawab.
Selamat bertugas!
nak bercuti dah ya.. elok jugak bagi arahan pada mak ayah. Takde lah diorang anggap sekolah tu tempat pemulihan anak-anak. Biar mereka juga ambil tanggungjawab tu..
ReplyDeletecomel je kepala botak. Macam baru balik umrah. Kat sini kalau kepala botak tu, sama ada lepas haji atau umrah la.. :)
Neeza,
ReplyDeleteYa, kami akan mula bercuti pada 31 Mei. Dah penat sangatlah, perlu berehat dan pergi jalan-jalan sikit. Hehehe!