Assalamualaikum !
Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa kepada anak-anak Tahfiz kami, anak-anak anda sedang sibuk mempersiapkan diri untuk peperiksaan yang akan bermula minggu hadapan. Laporan dari Pak haji menyatakan betapa bergemanya suara mereka menghafaz al-Quran setiap selepas maghrib. Mereka akan menghafaz al-Quran sehingga jam 9.15 malam. Kemudian mereka akan melakukan solat Isya dan selepas itu mereka akan buat persediaan untuk pelajaran keesokan harinya ( Prep )
Apabila jam menunjukkan 10.30 malam Pak haji akan menyuruh mereka masuk tidur. Namun ada lagi beberapa orang yang masih membuat kerja-kerja sekolah hingga jam 11.00 malam. ( Lights out tepat jam 11.00 malam ). Selalunya anak-anak ini akan tidur nyenyak tidak sedarkan diri sehinggalah Pak haji kejutkan mereka jam 4.30 pagi ( untuk hari Jumaat ( nak siap untuk solat Subuh di Masjid Negeri )dan Isnin ( bersahur ). Pada hari lain Pak haji kejutkan mereka sebelum 5.00 pagi.
Di pagi hari setelah bangun mereka akan mandi dan bersiap untuk melakukan solat subuh. Sebelum azan berkumandang mereka akan melakukan solat-solat sunat malam seperti solat tahajjud, solat hajat, dan solat witir. Selesai solat sunat mereka terus menghafaz al-Quran dan seterusnya solat sunat fajar dan subuh. Selesai solat mereka membaca Surah Yassin.
Begitulah selepas setiap solat fardu mereka akan membaca surah-surah amalan tertentu. Selepas setiap kali membaca al-quran mereka akan menamatkannya dengan " Allahummarhamna bil Quran ........... " Maka tidaklah jemu-jemu mereka berbuat demikian sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Sebelum tidur mereka akan menghadiahkan segala bacaan mereka itu kepada ibubapa mereka dan kepada arwah-arwah tok nenek mereka yang telah meninggal dunia. Setiap kali lepas solat juga mereka akan mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka.
Selain berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis ( tiada paksaan berpuasa sunat di hari Khamis ), mereka juga melakukan banyak solat-solat sunat termasuk solat sunat dhuha setiap pagi apabila selesai sesi mentasme' al-Quran sebelum masuk ke kelas untuk pelajaran agama dan akademik.
Beberapa bulan sahaja bersama kami mereka boleh melaungkan azan dan menjadi imam. Bagi yang sudah naik Ting 2 dan Ting 3 kebanyakkan mereka sudah boleh mengepalai majlis-majlis Tahlil. Maka hati ibubapa manakah yang tidak suka mengetahui anaknya sudah pandai hingga tahap ini? Maka hati manakah yang tidak rasa kasih sayang kepada anak-anak ini? Perut ibu manakah yang tidak akan sejuk melihat anak sebegini perlakuannya ?
Ketahuilah, ramai orang sayangkan mereka, ramai orang bersedekah untuk mereka, ramai orang nak beri makan mereka, ramai orang nak anak-anak Tahfiz ini mendoakan dan melakukan solat hajat untuk mereka. Ramai lagi nak menjemput mereka ke majlis-majlis. Sememangnya doa anak-anak yang sentiasa beribadah ini dan masih suci rohani mereka di makhbulkan Allah SWT. Sememangnya anak-anak ini di kasihi Allah SWT sehingga sangatlah murah rezeki mereka setiap hari. Namun demi pelajaran mereka Pak haji menapis segala undangan dan permintaan terhadap anak-anak ini. Kami hanya melayan jemputan dan permintaan yang sesuai sahaja.
Anda rindukan anak-anak anda? Mak teh dan Pak haji sangat faham kerana kami juga merupakan ibubapa yang telah menghantarkan anak-anak kami bersekolah asrama penuh. Relakanlah perpisahan ini demi untuk kebaikan anak-anak anda dan sudah tentunya limpahan rahmatNya akan terkena pada anda jua. Jangan fikir sekarang sahaja pandanglah masa hadapan, anda akan berbangga dengan pencapaian anak-anak anda. Insya-Allah. Sudah tentunya di saat ini juga anda sedang merasakan kebahgiaan kerana membawa anak-anak anda ke jalanNYA. Alhamdulillah, anda adalah ibubapa yang telah mendapat hidayahNYA!
Sekian, doalah kesejahteraan kami dan anak-anak Tahfiz kami dalam perjuangan ini. Perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama. Semoga di makhbulkan Allah segala doa kita semua. Ameen!
Tiga Sahabat Gembira - Dalam Perjalanan Lawatan Ke Kuala Selangor
Siap Sedia Untuk Berbakti Kepada Negara
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Salam..
ReplyDeleteSaya ingin sekali kalau dapat anak-anak saya termasuk dalam golongan hafiz dan hafizah..
seronoknya baca perjalanan harian anak anak ini
ReplyDeleteanak anak yg soleh menjadi harapan ibubapa
InsyaAllah ibubapa anak2 di sekolah makteh akan berasa amat lega dan gembira atas segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk menjadikan anak2 pelajar akan terus cemerlang.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSibuk sungguh beberapa hari yang lalu, tak sempat nak menulis di blog mak teh ni walaupun terus membaca celoteh mak teh.
Memang betul kata mak teh, kami rasa sangat bahagia diberi hidayah membawa anak kami kejalan NYA.I just don't know how to describe the feeling. Kami memang amat bersyukur kerana dipilih oleh Allah swt untuk mendidik anak-anak kami(insyaallah yang lain akan menyusul) kejalan ini dan diharap ianya akan berterusan.
Rindu memang rindu tapi kami tahu anak kami berada ditempat yang memberi ketenangan pada kami.
Selamat menjalani peperiksaan buat semua anak-anak tahfiz MTAQSA.
Salam...Kak Long
Pinatbate,
ReplyDeleteAnda boleh datang ke sekolah kami berbincang untuk menyediakan anak anda dari awal agar dapat di bawa masuk ke sekolah kami atau mana-mana sekolah lain jenis ini.
Persediaan awal untuk anak-anak itu adalah perlu. Dia mesti fasih membaca al-quran, berminat menghafaz dan kelayakan akademik juga perlu.
Masni Qisrine,
ReplyDeleteSalam dan selamat datang ke blog mak teh. Terima kasih mengunjungi blog ini dan lawatlah kami selalu kalau nak tahu pekembangan kami.
Sarina,
ReplyDeleteKami berharap begitulah! Mak teh bercerita di blog ini supaya ibubapa tahu apa yang anak-anak mereka melalui. Bukannya senang nak menjadi seorang al-hafiz/ hafizoh.
assalamualaikum...
ReplyDeletesejuk rsa hati baca kisah2 anak2 Tahfiz dlm blog ni...tenang je wajah2 anak2 Tahfiz tu...sukanye if anak2 sya juga d pilih untuk mjadi antara anak2 tersebut...moga Allah permudahkan untuk anak2 kami juga..
Baitijannati,
ReplyDeleteWaalaikumussalam! Berapa tahunkah umur anak-anak anda sekarang. Berhubunglah dengan kami segera supaya kami dapat memberi nasihat awal bagaimana nak membawa anak-anak ke jalan ini. Lebih awal persiapannya lebih bagus!
Terima Kasih kerana melawat blog mak teh.
Kak Long,
ReplyDeletePerasaan tenang dan bahagia itu adalah kurniaan Allah kepada ibubapa yang ikhlas membawa anaknya kejalan ini kerana Allah.