Salam Semua !
Seperti yang mak teh beritahu semalam, anak-anak Tahfiz sedang on study leave. Namun kelas sesi Al-Quran masih berjalan setiap hari dari jam 7.30 hingga 9.30 pagi. Cuma perbezaannya sekarang mereka tidak mentasme' ayat baru, mereka mengulang ayat-ayat yang telah di hafal. Mereka ada 1 lagi paper al-Quran thariri iaitu menulis ayat-ayat yang telah dihafal terus dari ingatan mereka.
Walaupun sekarang ini adalah time mereka dok study, petang tadi the girls ada yang pergi berenang. Kami benarkan mereka pergi kerana kami berpegang kepada " All work and no play makes Jack a dull boy " Tapi ada juga yang tak mahu pergi kerana nak berkepit dengan buku.
Mak teh baru dapat tahu ada sekumpulan anak-anak cilik yang meminati blog mak teh. Setiap malam mereka membuka blog mak teh dan mengharapkan ada cerita baru. Mereka adalah adik-adik kepada anak-anak Tahfiz kami. ( Mereka merindui abang-abang dan kakak-kakak mereka ) Jadi untuk tidak mengecewakan mereka mak teh cubalah buat entry setiap hari. So janganlah hairan kenapa mak teh selalu menulis kisah aktiviti anak-anak Tahfiz kami dan apa yang mereka makan dan buat setiap hari.
Untuk hari ini makanan jam 10.30 mereka ialah nasi goreng cina. ( Pasti yang halal punyalah ! ) Apabila kami hidangkan nasi goreng cina atau nasi goreng kampung pasti habis licin dan kadang-kadang mereka mengadu tidak cukup. Makan malam mereka ialah ikan bawal sweet n sour, udang goreng cilli dan sayur kangkung. Aktiviti boys petang tadi ialah berkebun bersama Pak haji. Aktiviti di malam ini ialah keluar berjalan di malam hari sambil melihat angkasa kalau tak hujan. ( Lagi best kalau ada bulan sedang mengambang ). Ini adalah latihan untuk mereka berani tidak takut kepada kegelapan malam dan untuk mereka yang meminati astronomy.
Kisah pelajar dari luar negara tu biarlah mak teh cerita besok setelah kami interview mereka petang esok. Anak-anak mak teh kurang bersetuju mengambil orang luar ini kerana takut menganggu anak-anak Tahfiz kita. Kita tengoklah esok macam mana.
Sekian dulu hingga kita berjumpa di esok hari. Untuk adik-adik yang dah booking nak masuk MTAQSA, rajin-rajinlah membaca al-Quran dan perelokan tulisan jawi anda serta tidak ketinggalan improve your English ! Heheh nanti senanglah mak teh nak ajar kau orang. Bye...
General-general Kami Sedang Bersidang
Anak-anak Tahfiz Cilik Kami Sedang Tekun Belajar
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Wah! hari ni makan nasi goreng cina pulak. Itu makanan kegemaran saya. Senanglah nanti bila saya masuk MTAQSA he..he
ReplyDeleteFrom: Adik Ai
Sedap-sedapnya makanan kat sekolah, Alhamdulillah .
ReplyDeleteGeram tengok anak2 cilik tu, tekun bukan main belajar , comelnya :)
Sarina,
ReplyDeleteYang depan sekali comel tu anak OO ( Cikgu Wani ) Kemudian Ilai, Ketua Pengawas Junior, next Sak, Johan berceloteh! Hehehe !
Ada mereka mak teh terhibur dan kagum dengan cepatnya mereka menyerap ilmu.
Adik Ai,
ReplyDeleteAlhamdulillah, makanan di sini setiap hari sedap-sedap. Kami mementingkan pemakanan yang seimbang berkhasiat untuk pertumbuhan badan dan otak anak-anak Tahfiz.