Salam Semua!
Sedar tak sedar sudahpun masuk bulan Mei. Ini bermakna masa persekolahan tahun ini sudah berlalu hampir setengah tahun. Anak-anak tahfiz akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun bermula minggu hadapan. Selepas ini mereka akan menfokuskan kepada pelajaran akademik. Setelah exam akademik dan agama selesai mereka akan menghadapi exam al-Quran dan hafazan. Kemudian mereka akan bercuti pertengahan tahun.
Alhamdulillah, nampaknya anak-anak Tahfiz kami sihat dan sedang tekun dalam pelajaran mereka. Kebanyakan mereka berazam untuk memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM nanti. Dari segi hafazan ada yang telah melebihi sukatan kami dan ada yang sederhana dan ada beberapa orang yang agak lambat. Bagi anak-anak yang sedehana kami tidak bimbang sebab kami menekankan kepada mengulang supaya " Ingat apa yang telah di hafal " atau " apa yang telah di hafal tidak hilang".
Dari segi membentuk akhlak dan perwatakan baik anak-anak ini, pada keseluruhannya kami telah berjaya melakukannya. Insya-Allah apabila anak-anak ini telah 1 tahun bersama kami, mereka akan masuk acuan yang kami mahukan. Anak-anak yang tidak dapat dibentuk akan dengan sendiri merasa dirinya tidak sesuai dengan sekolah ini dan mereka akan menarik diri berpindah ke sekolah lain.
Anak-anak Tahfiz Puteri sedang berjalan ke sekolah awal pagi
Anak-anak Tahfiz Putera sedang berjalan ke sekolah
Membaca doa sebelum masuk kelas
Mentasme' Al-Quran ( memperdengarkan apa yang telah di hafal kepada ustaz )dari 7.30 pagi hingga 9.30 pagi
Anak-anak Tahfiz Puteri sewaktu mentasme'
Sedang tekun belajar di dalam kelas
Pelajaran di dalam kelas bersama ustazah
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
seronoknya tengok anak-anak tahfiz ni..
ReplyDeletesuci bersih saja pakaian mereka..
menenangkan fikiran Neeza, Mak Teh..
alhamdulillah
ReplyDeletecantik & kemas putera & puteri didikan makteh ni :)
Neeza dan Masni Qisrine,
ReplyDeleteKami cuba sedaya upaya mendidik mereka mengenai pentingnya kebersihan. Alhamdulillah, ada yang cepat masuk ajar! Seperti biasa adalah juga seorang dua yang lambat sikit masuk ajar mungkin tidak di didik oleh keluarga mereka sebelum ini.