Salam Semua !
Malam ini mak teh dan Pak haji sangat keletihan. Sejak bangun sebelum subuh pagi tadi belum ada rehatpun. Pak haji sudah tidur, samalah kami keletihan kerana kebanyakan perkara yang kami lakukan adalah bersama-sama. Tambahan pula hari ini Aizad ambil cuti, jadi semua kerja department dia kami juga terpaksa lakukan.
Walaupun hari ini Hari Guru kami tidak menyambutnya. Pertama kerana anak-anak Tahfiz sedang mengulang kaji untuk exam bertulis bermula esok. Kedua, Pak haji telah memberitahu anak-anak Tahfiz supaya jangan membeli hadiah atau kad untuk guru-guru. Dia tidak mahu menyusahkan anak-anak itu dengan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan. Kita tidak mahu Hari Guru ini di komersialkan oleh pihak tertentu. Kata Pak haji lainkali apabila bukan masa exam kalau nak sambut hari guru bolehlah membuat kad ucapan sendiri bukan terpaksa membelinya. Lagipun anak-anak ini sedang menghadapi peperiksaan. Fikiran mereka hendaklah difokuskan kepada perkara exam sahaja. Doa anak-anak ini setiap hari untuk kesejahteraan kami guru-guru mereka sudah lebih dari memadai.
Buat masa ini semua anak-anak Tahfiz sedang menumpu sepenuhnya mengulang pelajaran mereka. Keadaan mereka sangat tenang, cuma apabila menghafal hadith dan nahu sorof akan kedengaran suara mereka berlumba-lumba menghafalnya.
Hari ini kami menerima seorang lagi pelajar perempuan dari Ipoh, Perak. Dia akan masuk asrama pada 27 Mei ini setelah pelajar-pelajar kami selesi exam.
Berita untuk si kecil ialah kakak-kakak di sini makan nasi lemak dan menu malam kami ialah daging masak hitam ala Thai, udang goreng chili dan sayur kangkung.
Di Karnival Masjid Negeri Baru-baru ini. Pasukan Memanah MTAQSA bergambar bersama Imam Besar, Ustaz Ahmad Mustaffa.
Gerai Kelab Memanah MTAQSA - Mendapat Sambutan Hangat dari para Pengunjung
Anak-anak Tahfiz Junior Sedang Belajar
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Selamat beristirehat buat mak teh dan pak aji. Kami memang kagum dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh mak teh dan pak aji, kadang-kadang tertanya-tanya jugak "tak penat kah mereka ni?". Anyway, harap-harap lepas habis exam nanti dan anak2 tahfiz mula bercuti, both of you dapat berehat sepenuhnya.
ReplyDeleteBTW, Selamat Hari Guru!
p/s: Sikecik dah tidur, tadi masa dia nak masuk blog mak teh, internet kat rumah kami down pulak. Tak pe, ptg tadi dah pergi lawat...
Salam...Kak Long
Kak Long,
ReplyDeleteTerima Kasih! Kami sudah memang biasa dengan kerja-kerja seperti ini dari dulu lagi sejak kami masih muda. Tapi sekarang kami mudah penat mungkin kerana faktor umur. Takpe cuti ni kami berazam nak berehat betul-betul.
Perihal menjaga anak-anak yang ramai ini kami telah mendapat training secukupnya kerana kami telah membesarkan dan mendidik anak-anak kami yang ramai itu.
Thank you again for the wishes!
Have a good rest. Kena recharge battery tu...
ReplyDeleteTinggal berapa minggu aje lagi, nanti dah cuti sekolah. Nanti boleh rehat panjang sikit...
Selamat Hari Guru, Mak Teh.
Terima kasih Mamamia !
ReplyDeleteInsya-Allah cuti ini kami akan pergi bercuti. Betul kami perlu recharge battery. Jadi tak boleh pergi jauh-jauh nanti badan letih lagi.