Saturday 12 September 2009

Fasa ke 3, 10 Hari Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum !

Alhamdulillah, kita sudah sampai ke kemuncak ibadah di bulan Ramadhan. Kalau ada rezeki kita akan bertemu dengan Lailatulqadar atau malam seribu bulan. Di malam yang mulia ini segala ibadah kita akan di beri pahala seolah-olah kita beribadah 1000 bulan. Maka ramailah para malikat yang di tugaskan turun ke dunia ini membawa rahmat di malam tersebut. ( Surah Qadr ). Kejadian Lailatulqadr di percayai berlaku pada salah satu malam 10 hari terakhir Ramadhan.

Cuaca di pagi hari ini agak redup. Maka terkenang aku akan kata-kata Ibu sewaktu aku kecil dahulu, " Kalau dimalamnya terjadinya Lailatulqadar, maka di pagi harinya akan sejuk dan redup. Ini di sebabkan cahaya matahari pagi di lindung oleh sayap-sayap malaikat yang naik semula ke langit." Ramai di antara kita yang tertanya-tanya, Malam manakah akan berlakunya Lailatulqadar ?

Apapun sejak kecil kami di ajar mengejar Lailatulqadar dengan beribadah bersungguh-sungguh 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Tak kiralah malam yang mana akan terjadinya Lailatulqadar itu. Berpuasa dan beribadah di 10 hari terakhir bulan Ramadhan juga di janjikan Allah kita dilindungi dari dimasukkan ke dalam Neraka.

Mendapat bertemu malam Lailatulqadar ini adalah rezeki yang di beri oleh Allah. Tentu sekali orang yang mendapat kemuliaan sebegitu adalah di kalangan orang-orang yang kuat beribadah, iaitu orang-orang ahli ibadah. Oleh itu kita usahakanlah menjadi orang yang tergolong kuat beribadah kalau ingin bertemu keajaiban itu.

Ada orang merungut bahawa susah menyuruh anak-anaknya berpuasa dan menunaikan solat 5waktu. Pendedahan kepada anak-anak sewaktu mereka kecil lagi akan hal-hal agama dan kebaikan beribadah akan mempermudahkan urusan anda mendidik anak-anak berbuat demikian. Insya-Allah lebih mudah kerja anda kalau anak-anak itu di masukan ke sekolah agama. Ini kerana mereka akan di didik lebih awal untuk memahami selok-belok agama dan melakukan ibadah.

Otak anak-anak kecil adalah sererti sponge, akan menyerap dengan pantas apa saja yang di ajar. Maka apakah yang lebih elok anak-anak itu serapkan ke otaknya dari kecil kalau tidak perkara-perkara agama? Ada ibubapa membelikan anak-anaknya apa saja yang di kehendaki seperti laptop, tv screen besar dinding, alat-alat permainan yang mahal-mahal, segala cd cerita kartun atau lebih dahsyat cd filem-filem barat sehingga anak-anak kecil itu sudah pandai mencarut-marut seperti orang barat. Astaghfirullah! Janganlah hendaknya perkara begini berlaku kepada anak-anak kita.

Di dalam kekalutan kita mencari nafkah setiap hari janganlah kita lupa akan tanggungjawab kita yang utama, iaitu mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan manusia yang berguna di hari muka. Luangkanlah juga masa untuk kita beribadat agar di hari tua kita tidak menyesal. Hari tua akan datang tidaklah lama lagi. Sedar-sedar kita sudah menghadapi hari-hari senja.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca tazkirah Mak Teh!

4 comments:

  1. Semoga dapat mengecapi nikmat lailatul Qadar tahun ini InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Sarina,

    Ameen! Begitulah doa dan harapan kita. Anda tentu mengakui bagaimana mudah mendidik anak-anak anda kerana telah menghantar anak-anak ke sekolah di mana kurikulumnya berasaskan agama. Anda sudahpun melihat hasilnya yang membuat anda mampu trersenyum sekarang.

    ReplyDelete
  3. Salam Penghujung Ramadhan....

    Mak Teh, macamana cara nak kejar LailatulQadar for those yg uzur?

    ReplyDelete
  4. Mamamia,

    Kalau dah uzur tak boleh solat kerana kedatangan haid itu maka tak dapatlah kita berbuat banyak perkara ibadah melainkan berzikir.

    Inilah yang dikatakan rezki, sudah di takdirkan oleh Allah seseorang itu uzur di waktu itu.

    Anda jangan bimbang, doakan sahaja agar dipanjangkan umur sehingga bertemu ramadhan tahun hadapan.

    ReplyDelete