Saturday 28 November 2009

Jangan Perasan !

Assalamualaikum !

Dalam hidup kita seharian kita akan berhadapan dengan berbagai perkara yang menjadi persoalan. Haruskah kita buat begitu atau haruskah kita buat begini dalam sesuatu keadaan. Kadang-kadang perkara itu amatlah kecil tetapi sebenarnya adalah sesuatu yang besar.Kadang-kadang pula ada perkara yang nampak besar tetapi sebenarnya kecil sahaja.

Apakah yang mak teh nak cakap pagi-pagi ini? Macam-macamlah yang nak mak teh cakapkan. Pertama mak teh risau melihat keadaan yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Orang-orang kita tidak dapat membezakan apa isu yang besar dan apa pula isu yang kecil.

Misalnya isu imam solat baca panjang-panjang , isu besarkah itu? ( Lagipun berapa orang sangat imam yang baca panjang-panjang ? Waktu mana yang dia baca panjang-panjang ? )Isu orang buat filem untuk melambangkan orang baik-baik pakai jubah, berjanggut dan bertasbih, isu besarkah itu ? Kata nak buat perubahan, kenalah tahu sudut mana kita nak buat perubahan.

Masyarakat kita bukan masyarakat yang baru masuk Islam. Ada orang yang dah bagus pegangan agama dan tidak salah akidahnya, biarlah dia nak solat atau doa panjang-panjangpun. Ada orang tak mau doa panjang-panjang biarkanlah dia. Jadi orang yang tak mau doa panjang-panjang ni janganlah gusar pulak kalau orang lain nak doa panjang-panjang. Atau kalau dia tak mahu pakai jubah jangan risaulah kalau orang lain nak pakai jubah. Itu bagi mak teh adalah perkara yang remeh-temeh.

Apakah perkara yang besar yang sepatutnya orang itu risaukan? Sepatutnya dia risau orang-orang Islam yang semakin lemah akidah atau orang-orang Islam yang terpesong akidahnya. Inilah yang sepatutnya menjadi isu besar, bukan nak gaduh orang lain solat panjang sangat atau doa berlebih-lebih. Atau perkara pakaian nak lambangkan Islam tak perlu pakai jubah, pakailah kot dan nektai. Ini perkara terlalu remehlah!

Kita janganlah perasan atau syok sendiri. Umpamanya, orang tidak kata kita handsome atau di sebaliknya. Tetapi kita yang ingat orang kata kita tu handsom atau di sebaliknya. Begitu juga didalam keadaan lain, umpamanya, orang tidak kata diri kita berpengetahuan tinggi dan luas tetapi kita yang ingat diri kita lebih berpengetahuan lebih advance dalam ilmu itu dari orang lain. Ini boleh di ibaratkan orang yang pegang lampu tetapi dia buta, dia buta kerana pandangannya tersilau oleh cahaya lampu yang di peganganya. Lagipun orang lain dah pakai lampu letrik yang menyuluh seleruh kawasan sedangkan dia masih pegang lampu pelita !

Begitu juga kalau kita membuat penampilan diri, seperti seorang model. Kitapun ingat dalam diri, sudah tentu orang nampak aku cantik. Padahal orang tidak nampak dia seperti yang dia sangka. So janganlah kita syok sendiri, membuat andaian sendiri! Bahaya, kalau bawa kereta sudah tertu boleh terbabas !

Sekian, Wassalam !

2 comments:

  1. as salam,

    Mak teh, Drop to say hi.. Kebetulan terjumpa blog ini semasa di blog Dalilah, It happen that baru saja kenal dalilah thru blog (kebetulan dia adalah kawan sister in law saya).. terpesona dengan pandangan orang-orang lama macam Mak Teh.. Tiada kata yang boleh menggantika pengalaman (pengamatan,penglihatan,pendengaran dan tajamnya kata-kata orang lama)

    ReplyDelete
  2. Salam Nora !

    Selamat datang ke blog mak teh. Terima kasih atas komen anda. Mak teh pernah tanya seorang kawan kenapa blog mak teh jarang orang beri komen.

    Jawapannya, orang akan rasa 'terketuk' apabila membaca sesetengah tulisan mak teh itu. Jadi orang tak mahu komen.

    Membaca komen anda ini maka fahamlah mak teh kadang-kadang mak teh ni laser sikit. Hehehe! Terima kasih !

    ReplyDelete