Thursday 31 January 2008

Perginya Seorang Ulama'

Assalamualaikum! Semalam dan pagi tadi SMS di terima menyatakan kembalinya ke rahmatullah Dato Haji Ishak Baharom. Blog lain dah mencoretkan mengenai Tokoh ini. Jadi saya akan cerita apa yang berlaku pada kami sahaja. Saya telah mula English class for Form I pagi tadi, tiba-tiba nampak Pak Haji (Pengetua) bergegas ke Ting 2 kelas sebelah. Kemudian nampak the boys berderet turun ke bawah blok bangunan. Lepas tu Pak Haji masuk kelas saya buat pengemuman mengenai bekas Mufti Selangor meninggal dunia akan di kebumikan di Makam Di Raja Shah Alam. Pak Haji ajak/ mengarah kami semua seluruh warga MTAQSA pergi ke Pusara mengiring Jenazah dan menyaksikan pengkebumian. Tanpa lengah kami semua bergegas turun ke bawah. Girls pun nak ikut sama jadi kamipun berhimpit-himpitlah naik transport Hilux Pak Haji bawa ke pintu masuk jalan nak naik ke Pusara.

Setiba kami di situ keadaan jalan Persiaran Masjid sangat sesak. Kelihatan ramai orang yang berjalan kearah Masjid Negeri dan juga Ke Pusara. Kami berjalan kaki naik ke kawasan Makam Di Raja yang terletak di atas bukit bertentangan Masjid Negeri. Tidak berapa lama kemudian kereta jenazahpun tiba. Upacara pengkebumian di jalankan dengan segera dan berjalan dengan lancar. Cuaca yang mulanya mendung kian panas. Nasib baik saya dan pelajar-pelajar MTAQSA berada dibawah khemah, kerana kami datang kesitu agak awal juga. Namun saya lihat orang-orang lain yang berdiri dalam panas tidak berganjak seincipun sepanjang upacara pengkebumian, bacaan talkin dan tahlil sehingga doa-dao tamat di baca olih Timbalan Mufti Selangor. Bacaan tahlil dan mengamin doa-doa bunyinya bergema kuat dikawasan pusara itu.

Dalam pengalaman saya, inilah upacara pengkebumian yang sempurna dan teratur dan indah diiringi oleh ramai muslimin dan muslimat yang datang ikhlas bukan kerana pangkat simati. Maka tidaklah salah lah kalau kita buat kesimpulan bahawa arwah tersebut mendapat rahmat besar dari Allah SWT.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh arwah Dato Haji Ishak Baharom!(seorang yang berani menjalankan tugasnya) Ameen! Ameen! Ya Robbul'aalamin! DariNYA kita datang kepadaNya juga kita kembali!

7 comments:

  1. As'kum Mak Teh,
    Saya juga merasa sedih bila dengar pemergian Allahyarham Dato' Ishak Baharom, seorang ulama' unggul dan dihormati. Teringat saya semasa mengerjakan umrah dibulan Ramadhan 2000 saya mendengar ceramah dia semasa di Mekah. Sungguh kagum dengan sifat dia yang merendah diri. Semoga Allah mencucuri rahmatNya terhadap beliau.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah..

    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam Mazz dan Mamamia, kehilangan seorang Ulama' adalah satu kerugian bagi kita. Semoga dimasa hadapan yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti. Marilah kita sama-sama berusaha kearah itu agar anak cucu kita ada yang akan ada yang menjadi ulama'. Ameen!

    ReplyDelete
  4. Assalamu`alaikum Mak Teh,
    Rasa sedih masih ada dalam hati ini kerana satu kehilangan yang sangat besar bagi kita semua. Sambil itu, saya menadah tangan untuk turut mengaminkan doa Mak Teh itu. Semoga dimakbulkan Allah. Amin, amin, ya Robbul alamin!

    ReplyDelete
  5. Tentu sebak semasa upacara pengkebumian berjalan.Sememangnya perginya tiada pengganti.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam mak aji dan Silversarina! Apabila saya membaca blog anda berdua ternyatalah anda lebih beruntung mengenali arwah lebih dekat berbanding saya. Saya hanya mengenalinya sebagai Mufti Selangor yang telah dipecat jawatan kerana tegas menjalankan tugas-tugas nya 'without fear or favour'. Saya tidak bernasib baik kerana tidak mengenalinya secara peribadi macam anda berdua. Namun cerita-cerita dari dari Pak Haji mengenainya selalu juga saya dengar. Semoga Allah mengangkat arwah ketempat yang tinggi disisiNYA! Ameen!

    ReplyDelete
  7. salam ziarah from Dublin.. :)

    ReplyDelete