Salam Semua!
My entry today is meant especially for those young Malaysian ladies in Irbid Jordan, who are studying in Jordan University of Science and Technology ( J.U.S.T ).
Hello girls ! I am informing you that the SPM superscorer with 19 A1 and 1 A2 is coming your way. I hope you senior gilrs would not be too envious of her. Do take good care of her since she will be one of the new arrivals there soon.
Pagi tadi Mak teh terbaca dalam akhbar tempatan kisah Nik Nur Madihah telah memilih untuk belajar di sebuah universiti di Jordan lebih tepat di J.U.S.T. Pada pandangan Mak teh, bagus pilihannya tu tambahan pula dia ingin mempelajari bidang Physics Islam. Nasib baik dia tidak memilih untuk belajar di negara Baratkan? Rasanya sebuah negara Islam seperti Jordan lebih sesuai untuk anak gadis ini.
Khabarnya di Negara-negara Timur Tengah orang Arab sudah mengenali orang Melayu yang mempunyai sifat-sifat murni maka mereka beri gelaran " Insan yang Baik " dalam bahasa Arab " Khairul Insan ? " Jadi selepas ini nanti biarlah orang Arab akan mengenali kita orang Melayu sebagai " Insan yang Genius " pulak. Hehehe! Boleh ke??
Minta perhatian ! Harap janganlah kau orang cakap seperti ini kepada Mek Klate tu, " Mu Klate make buduh sebab tu ceredik ! "
Hehehe! Sebenarnya tak salahpun cakap begitu sebab orang Kelantan dan Trengganu terutama anak-anak nelayan makan banyak makanan berasaskan ikan. Kau orang bakal doktor tentu tahu bahawa pemakanan berasaskan ikan mengandungi banyak protein dan zat mineral sepeti Omega 3. ( mak teh hentam saja ni, tak tahu sangatpun ). Apapun tentu saja pemakanannya mengandungi bahan-bahan yang membuat sel-sel otaknya aktif, yang membuat neutron sel otak itu kerap berhubung sepeti bateri di charge sepenuhnya.
Maka mak teh teringatlah satu iklan susu, " Pembelajaran hanya berlaku apabila sel-sel otak berhubung.......... " So kau orang kat sana tu makanlah banyak pemakanan yang akan mengchargekan sel-sel otak. Mak teh tahu di Irbid tu takde banyak ikan. Makanan laut mahal. Mak teh ingat nak kargokan kepada kau orang belacan, budu, ikan bilis, cencalok, sardin dan sebagainya. Kalau mahu nanti mak teh kargokan segera.
Dah ada kemudahan nak terbangkan barangan Malaysia pada kau orang, janganlah pula nak minta, mee, laksa, koay teow, roti canai segera, murtabak segera, sambal belacan, kicap, chilli sos dan sebagainya. Masa kita buat kargo haritu ada orang minta mak teh kargokan roti canai segera !
Sekian dulu selamat makan dan berehat ! Maasalamah !
Pemandangan di Negara kita semasa kami dalam perjalanan ke Kuala Selangor
Sebahgian dari pelajar kami yang akan pergi menuntut di Jordan kelak. Yang cilik di hadapan itu ialah Ilai Ketua Pengawas Junior
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
yup..we are waiting for her !!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteHaa, siap ye gadis2 JUST, jaga molek anak genius tu , alahai kalau makcik ada di jordan boleh makcik masak mee ikan buat kalian ...hehehe.
ReplyDeletewuhhhh~
ReplyDeleteinsan genius ingin belajar di JUST...
to klong: kalau dia dah sampai nanti kat just tu..doa2 lah dia housmate klong~hahahahaXDXD
eheh..semoga berjaya di jordan utk semua!
ReplyDeleteYellowrose,
ReplyDeleteOk , make sure you all are kind helpfull seniors ! Biarlah dia cakap nak ambik course apapun. Sian dia !
Haa! Apa kata kita hantar aunty Sarina sebagai warden jaga budak-budak kat Irbid, Jordan tu. Lagipun budak-budak tu kata mereka sangat suka pada aunty Sariana. Hehehe!
ReplyDeleteSayapunyer,
ReplyDeleteAnda tak inginkah nak mengikut langkah kak long pergi belajar di J.U.S.T. ?
Ekramhakim,
ReplyDeleteInsya-Allah ! Kita berdoa akan berjaya mereka semua nanti termasuk yang baru nak pergi tu.
phew...genius girl coming!!
ReplyDeleteright choice for her to be in J.U.S.T
but "physic islam"...hurm..never heard of it since 1st year in JUST.
just kuatkan minda, students in physics faculty are really "something"
BEST OF LUCK
Anon,
ReplyDeleteYelah! kau orang bantulah dia walaupun bidang apa dia akan ambil nanti. Dia mana tahu apa benda yang ada kat JUST tu. Siapalah agaknya yang beritahu dia ada such course as physic Islam at JUST tu !
Alhamdulillah.. pilihan yang sangat tepat! Sesuai sangat dengan dia. Semoga dia balik sebagai cendekiawan Islam terkemuka..
ReplyDeleteoghae kelate takdok pitih nok beli lauk.. makae budu dengae nasik jah haghi haghi Mok Teh... hehehee..
Neeza,
ReplyDeleteBiarlah haghi haghi make macetuh asekan bijok ! Hehehe! Mok teh dah bijok mace oghe klate nih !
Alhamdulillah....akhirnya dia pilih untuk belajar di Jordan. Pastinya pilihan yang tepat sebab hari tu bila banyak sangat offer yang datang, dia kata akan buat solat istikharah. Tentunya Allah dah bagi petunjuk tu.
ReplyDeleteLagi satu, kami memang berharap sangat anak kami dapat melanjutkan pelajaran ke negara2 Timur Tengah selepas habis belajar di sekolah Mak Teh nanti....insyaallah.
Salam...Kak Long
Kak Long,
ReplyDeleteSama-samalah kita berusaha dan berdoa akan kejayaan anak-anak kita.
Insya-Allah kami sedang menyediakan mereka ke arah itu walaupun pilihan mereka banyak tempat nanti.
Kalau ada yang sponsor , makcik ina sudi sangat nak jadi warden kat Irbid, siap semua, baru kenal siapa cik ina sebenarnya.....hehehe.
ReplyDeleteSarina,
ReplyDeleteMungkin Persatuan Ibubapa Anak-anak Malaysia di Jordan boleh sponsor. Cuba kira berapa berapa gajinya dan kos-kos lain. Kalau ada persetujuan bulan Ogos boleh terbang.
Siapa Presiden Persatuan itu? Hehehe, Pak haji lah! And I am Mrs President.
salam
ReplyDeletetetiba terkejut ternampak warkah khas untuk budak2 irbid.. hehe.. insyallah, don't worry mak teh.. senior-senior sini baik-baik semuanya.. ^_^